cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

30 June 2010

Perhatian kepada pengguna kereta ! curi kereta cara baru !

Asalamualaikum semua....

Perhatian kepada semua pengguna kereta dan sebarkan kepada semua orang.. please ! supaya berhati-hati semasa nak parking ! sebab walau mcm ner buruk pon kereta yang kita ada ia tetap berharga kalau dah hilang kan susah.... taktik terbaru ialah dengan menggunakan trak penunda (towing truck) so mari kita saksikan video ini.... layanzzz...

>


So apa pendapatan pendapat korang semua ?  kalau mcm nie lebih baik tinggalkan kereta kat rumah kan.. naik ajer bas atau cab... tapi susah nak begerak lah plk kan... hai macam-macam lah kat dunia skrg nie kan...apa apa pon.. jangan lupa komen... & layanzzzzz ajer...

Buat kawan kawan Winner VS Looser ! Anda yang mana satu ?

Asalamualaikum semua..

Selama ini setakat mana  anda nilaikan diri anda sendiri ? 
sebab mcm entry yang lepas saya aku ada nyatakan yang tiada siapa yang sesuai menilai diri anda selain diri anda sendiri begitu juga dengan anda boleh tipu sesiapa sahaja kecuali diri anda... fikir fikirkanlah yer...

Jadi dekat sini saya aku nak sharekan dengan semua kawan-kawan, teman teman bloggers mahupon pembaca kat luar sana.. apa beza winner dan apa beza looser !


Sebagai renugan kita semua kita dilahirkan sebagai pemenang ! jadi mengapa kita perlu menjadi pasif dan merubah diri kita menjadi looser (orang yang kalah ) ?

Kikis segala rasa sikap negatif dalam diri kita Insallah kita pasti menjadi winner!

Tapi saya aku percaya semua bloggers adalah seorang winner... betul tak ?

So apa kata korang semua ? .. jangan lupa komen sikit... dan Layanzzzz ajer... :)

29 June 2010

Sekadar renungan - buat kawan - kawan semua..

Asalamualaikum semua...

Selain dari online dan update blog yang tak seberapa ini saya aku juga selalu membaca buku buku ilmiah, dan dalam pembacaan itu ada beberapa yang saya aku nak kongsikan kat korang semua, moga moga dapatalah saya aku share apa yang say aku rasa patut rakan rakan bloggers fikirkan dan renungkan semoga kita mendapat keberkatan daripadanya... Insallah....

  Seseorang yang merasakan dirinya Mahal (kaya) tidak memerlukan melekatkan dirinya dengan barang yang mahal, sebagai contoh, menggunakan ballpen yang berharga RM 1.80 untuk menandatangani sekeping cek yang benilai ratusan ribu mahupun jutaan ringgit, sebab itu satu penjimatan....
 Manakala orang yang merasakan dirinya miskin, akan cuba melekatkan dirinya dengan barangan yang mahal seperti pen berjenama mahal walaupon bukan yang original, untuk menunjukkan diri mereka mahal, walaupon pen tersebut hanya sebagai hiasan..nak orang tengok dan angap dia kaya... sebab ini satu pembaziran... apa lah gunanya ?

Jadi anda bagaimana ? sebab dalam hidup ini anda boleh tipu sesiapa sahaja, selagi belum kantoi lahkan,
kecuali diri anda sendiri... tiada siapa yang lebih mengenali diri anda kecuali diri anda sendiri !


Jadi kawan kawan, teman teman bloggers, pembaca kat luar sana... renung renungkanlah, bantu membantulah sesama kita sebab hidup kita ini saling perlu memerlukan diantara satu sama dengan yang lain.... Insallah kita akan hidup harmoni.... amin...


27 June 2010

Apa itu Internet? - Sedikit Maklumat Buat anda !

Asalamualaikum & salam sejahtera semua !

Kalau anda boleh baca entry ini maknanya anda telah mengunakan & tahu menggunakan INTERNET ! dah berapa lama anda semua terjebak dengan internet ini ? bagi saya aku telah kenal internet sejak tahun 1995 lagi.. masa itu hanyalah gunakan dail up dan juga hanya JARING & TM-NET jer yang ada provider masa tu.. dan hanyalah gunakan line Telekom jer...itu pon masa tu sbb saya aku bekerja sebagai technician di salah sebuah kedai komputer di hometown saya aku, walaupon banyak belajar kat sana tapi di sebabkan untuk sambung study terpaksalah tinggalkan syarikat tu...

 So kat sini just nak sharekan serba sedikit kepada anda semua mengenai apa itu internet lah yer...



Internet, mungkin anda sering mendengar istilah ini dan sudah akrab di telinga anda. Internet sebuah fenomena mengagumkan dalam dua dekad terakhir. Internet mampu menghancurkan struktur budaya bangsa, melalui liputan batas-batas yang tidak pernah terpikirkan sebelumnya, kelajuan pemerataan maklumat dalam masa beberapa saat, mampu membentuk sebuah dunia yang berasingan yang dikenali sebagai dunia maya.


Dalam Internet menjadi lebih murah dan tidak maklumat, siapapun tanpa memandang kelas, umur, pangkat, jantina, status boleh mengakses maklumat tanpa batasan apapun. Semua jenis maklumat yang ada, baik positif atau negatif. di internet tidak ada undang-undang yang menetapkan, kecuali negara-negara di mana pengguna berada. Internet merupakan hutan maklumat, tidak ada orang lain yang dapat menguasai semua maklumat yang terkandung di dalamnya. Internet merupakan sebuah perpustakaan besar. Anda boleh membaca beribu-ribu surat khabar di berbagai negara internet secara percuma. Anda boleh mendengar radio sejumlah sangat banyak dari berbagai negara, bahkan Anda boleh menonton televisyen di internet.


Internet sebagai media pertukaran maklumat dan komunikasi. Internet telefon boleh digunakan sebagai alat untuk percuma ke seluruh pelosok dunia. Internet boleh digunakan juga sebagai sarana bertukar surat elektronik dan SMS percuma ke seluruh dunia. Internet dapat digunakan sebagai alat untuk membentuk rangkaian komuniti rakan. Internet dapat digunakan sebagai sarana ekspresi diri (blog). Internet dapat digunakan sebagai tempat untuk perbincangan tentang topik-topik tertentu.
kehadiran internet sangat penting, internet dapat menambah wawasan dan pengetahuan jika digunakan secara positif.

Jadi internet ini adalah satu medium yang di penuhi dengan apa sahaja.. kita beruntung sbb internet di Malaysia ini tak di sekat atau di tapis.. so pandai2 lah kita mengunakannya sebaik mungkin demi kepentingan kita bersama..... amin.... mcm ustaz lah plk aku ini... heh he he...

apa apa pon happy berbloging happy to surfing internet.... dan Layanzzzz

26 June 2010

Lagi Video Sex Ariel - Playboy lah dia nie !

  
  Lagi Ceita pasal mamat nie... saya aku sebenarnya tak kenal mana pon mamat nie tapi sbb ini isu hangat sekarang kali nie lagi gempak... mamat nie bukan sahaja merakamkan aksi lucah dengan perempuan sahaja pasal aksi lucah dengan sesama lelaki plk nie.. iskh ! Playboy ker apa dia nie ? Ini berita yang aku sempat cedok dari blog sahabat dari seberang.... (Indonesia)

Ariel Peterpan dipercayai merakam persetubuhan dirinya tidak hanya dengan wanita-wanita cantik, tapi juga merakam adegan mesum itu dengan sejumlah laki-laki. iskh apa nie depan belakang pon boleh  
"Informasinya begitu," kata Ketua Bidang Penerangan Umum Mabes Polri, Kombes Pol. Marwoto Soeto, menjawab soalan wartawan tentang kebenaran adanya rakaman adegan porno Ariel bersama sejumlah lelaki.
Namun Marwoto menjelaskan, setakat ini penyiasat Bareskrim masih fokus pada tiga video sex ariel-luna maya dan videosex ariel-cut tari, yang beredar luas sampai ke pelbagai negara.
Lebih jauh Kombes Pol. Marwoto Soeto itu mengatakan, jika Ariel tak bermaksud mengedarkan, belum tentu demikian. "Yang pasti video sex ariel-luna maya dan video sex ariel-cut tari itu diperlihatkan ke teman-teman tertentu," katanya



Dan dari berita yang beredar masih ada lagi:
1. video sex ariel-aura kasih (ada ker pelakon yang nama ini ?)
2. video sex ariel-Andhara early  (sapa nie ? x kenal pon !)
3. video sex ariel- BCL  Betul ker nie ? Ini BCL ajer yang boleh jawab.. jawab jangan tak jawab ! Melodi Pls Cover ! Bikin Panazzzzz....



Katanya, semua video sex ariel itu di ambil dari laptop ariel yang hilang, dan katanya masih ada video sex ariel bersama 32 wanita artis-artis indonesia cantik dan seksi. 


"Memang maklumatnya videonya ada 32, yang empat dengan laki-laki, tapi maklumat sahaja," katanya.
Maklumat yang diterima wartawan, ke-32 jumlah gambar itu terdiri dari 23 video porno dan sembilan imej yang dipercayai Ariel bersama-sama dengan sejumlah wanita. Namun, dari 32 video dan foto itu lima di antaranya merupakan gambar Ariel bersama lelaki yang belum diketahui identitinya. wah panas lah korang. sure lari keluar negara kan.  


Bakinya, merupakan adegan Ariel dengan sejumlah wanita yang mirip dengan artis RF, AK (A*** K***h), AE (A*****a E****y), MH, KD dan BC (B***a C***a L*****ri). sejauh mana kebenaranya - kita pon tak tahu... (terpaksa tak letak nama penuh.. kang kena samam kang naya ajer kan...


Kredit kepada blog dari seberang : http://baru2.net/ternyata-ariel-juga-beradegan-porno-dengan-4-pria.html

25 June 2010

AMARAN KERAS ! Jangan Tengok Kalau Tak Sanggup ! Penguguran Janin.

 AMARAN KERAS ! JANGAN TENGOK KALAU TAK SANGGUP ! Saya tak bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada diri anda dengan tengok video klip ini !

SUBHANALLAH ! ASTARIRULLAHALAZIMM....
Proses Penguguran janin .... kepada yang tak ada kekuatan di larang sama sekali untuk tonton video ini, saya tak bertanggungjawab sekiranya terjadi apa apa kepada anda...

Saya paparkan di sini sekadar ingin mengingatkan kepada diri saya dan juga kepada diri kawan2 semua hebah2kanlah berita ini dan bersama samalah kita awasi diri kita, dan juga kawan2 kita tentang ini....


>


Iskh apalah salah janin tu kan... tak sanggup rasanya nak tengok sampai abis...
semoga anda mendapat sesuatu daripadanya... amin...

apa apa pon Layanzzz.....

APA ! Aku Scandal ? - Pengakuan seorang kawan. 18 SX




Sam )    Apa ! ko kata aku scandal ? iskh ? mana ada ? pandai2 jer buat cerita kan....

Dol)       Alah tuhari aku nampak ko jalan dengan 1 gurl lah.. 2 orang ajer... kat *****,

Sam)   Iskh  sumpah x ada...aku x layan scandal2 nie... (kata mamat yang nampak blues ajer nie...)

Dol)    Eh yer ker ? kalau mcm tu aku salah orang lah kot.... nasib baik aku tak tegur kalau kejar                       lepas tu tegur sure aku malu kan.. he he he...

Sam)   Yer nasib baik lagi ko tak cerita kat orang kalau x sure aku lagi malu ! silap haribulan
            aku dengan mem x bertegur... time tu sapa yang nak jawab ?

Dol)   tersengih2 jer... lalu Sam blah dengan membebel tah apa apa yang x mcm semut hilang   
          sesungut...


 Pengajaran dari pertikan perbulalan di atas ialah :

1) Apa yang kita nampak tak semestinya betul,
2) Apa yang kita cakap sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang...silap haribulan boleh buat jadi rumahtangga seseorang tu kucar kacir....
3) Jangan fikir pasal diri anda sahaja sebab orang lain pon ada perasaan & maruah, dan sekali tercemar susah nak pulihkan...
4) Berhati2 dalam mengeluarkan kata kata sebab ketajaman lidah lebih tajam dari pedang !
5) Berhati2 di jalan raya (ada kaitan ker nie ?)


Eh tiba tiba saya aku nak dengar lagu Aku Scandal - dari kumpulan Hujan.... mintak kat pakcik google lah jap...


1,2,3..go
Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam di temani Bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan ku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam di temani Bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan ku sendiri

hemm.. oklah apa apa pon minta kawan2  bloggers ataupon kawan2 kat luar sana berhati2 hati dalam mengelurkan kata kata dan kenyataan... semoga kita semua mendapat keberkatan sempena hari Jumaat - penghulu segala hari.... amin....


apa apa pon kawan2 semua ... Layanzzzz....

Penat Tunggu Nuffnang

Penat saya aku tunggu iklan kat Nuffnag tu keluar kat blog saya aku x muncul2 jugak.... yang peliknyer orang lain tu bersusun2 iklan kat tempat dia.. saya aku plk visitor yang tak berapa ramai nie.. x muncul2 plk iklan dia.. dah ikut dah mcm cik dahlia ajar tu same way (BTW thanks sis! u great blogger).. saya aku rasa mcm nak try provider lain lah plk... mangga ads ker adverlet (betul ker saya aku eja nie?) alah x per lah janji bunyi dia mcm sama on ajer lah kan... tapi kang campur aduk plk kang jadi hal kat nuffnag tu.. ubah plk saya aku punya status gillerati pegi biasa jer.. tapi berapa lama lagi perlu saya aku tunggu wahai nuffnag ? pilih bulu ker ? nuffnag nie ? apa plk pilih2 bulu nie x aci lah oi... aci aci bukak pintu nana datang bawak hantu... he he he tengok visitor ramai.. uniqe visitor pon ramai.. satu lagi adsense.. pon x berubah2.. padahal ramai yang click iklan tu.. nie lagi satu nak buat saya aku klr api nak aku fire ajer pakcik google nie... jeles gak orang lain leh dapat riban2 duit dari google atau dari nuffnag nie... nak jugak rasa lepas lah jugak duit bayar insuran keta & roadtax keta aku saya kan.... he he he

Haraplah mana mana otai bloggers yang ada idea mcm nie nak buat nie... pls bagi saya aku sedikit info... drop me your mail at akmjrr001(at)pakcik googlemail(dot)com pls help me...

oklah Layanzzzz ajer...  nak nagis nie...

23 June 2010

Apa ada dengan Payu dara wanita - Opsss... 18SX tau...

Masa tengah terbang melayang di tiup angian tersinggah satu tempat dan saya jumpa artikel ini,
sejauh mana benarnya kenyataan ini saya pon tak tahu... kalau bagi pendek umur boleh kot.. sebab kena bantai tenung payudara orang.. sensitif ooo...  bukan nak suruh orang jadi jahat tapi nak mintak pendapat korang semua benarkah kajian ini ? dan bukanlah nak menghina kaum hawa.. akan tetapi berbanggalah dengan kejadian ALLAH SWT keatas diri anda.... dan lagi satu saya nak ingatkan bagi yang dah berumahtangga macam saya .. wife ada kan... bagi yang belum lagi... tunggulah sampai dah sah nikah nanti tengok lah puas-puas ok...


 Ini dia artikelnya....


sekali lagi saya ingatkan maybe isu ini sensitif.. so saya mintak maaf banyak banyak tau bagi kaum hawa... bukanlah niat saya nak suruh kawan-kawan bloggers dan jugak readers kat luar sana jadi jahat tetapi nak berbincang sesama kita selalunya kajian kajian yang macam nie lah yang selalu mengelirukan kita...

Maybe boleh pendek umur kot ....  Tetapi percayalah setiap Kedajian ALLAH SWT itu ada hikmahnyer.... semoga kita mendapat sesuatu yang berguna dengan berbincang sesama kita.... amin...

apa apa pon jangan lupa komen... & layanzzz...

Cerita Panas - Mari tengok sini 21SX sahaja...

Sekadar renungan buat Kawan Kawan....

ok sekadar buat renungan bagi kawan kawan....

Jangan lupa komen.. & layanzzz

21 June 2010

Repair Kereta - luar jangka

Asalamualaikum...

Sekarang nie tengah letih tunggu kereta tengah repair.. formen pon tak tahu apa silapnyer... penat aku saya tunggu oo... skrg nie baru tahu.. oil pump dia rosak... yerlah benda dah 10 tahun memang lah senang rosak... dan ini di luar kawalan aku. saya . sbb benda nie letaknyer di dalam tangki minyak... mcm ner nak check kan... hemm.. maka 1 hari lagi aku  saya bercuti.. padahal kat office tu berlambak- lambak kerja, sbb tahu akan boring nie.. maka aku bawak lah lappy wife aku  saya nie.. sib baik ada berukband celcom nie.. dapatlah online walaupon tak selaju mcm siputmax saya  kat office... akan tetapi untuk aku saya catatkan sediit entry dalam blog ini kira oklah kan....  hemmm .. di sebabkan ketensionan aku tu.. maka entry ini pon mcm bosan ajer kan.. tak tahu lah korang mesti tension & boring baca entry nie.. so mintak lah maaf banyak banyak yer....


salammm.... layanzzz....

Apa ada pada cap jari anda ? - Sila Ambil tahu disini.

Rahsia cap jari





Bentuk pola mampu dedahkan personaliti, potensi individu






CAP jari selama ini hanya digunakan sebagai asas pengenalan diri, sistem keselamatan sama ada untuk keperluan forensik ataupun mengenalpasti identiti penjenayah.
Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang. Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik - ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.

Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.

Dermatoglifik pula adalah tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya. Analisis cap jari ini menjadi antara khidmat yang disediakan syarikat perundingan, Airborne Discovery Sdn Bhd yang berpejabat di Shah Alam, Selangor.
Pengurusnya, Hanizah Ujang, berkata cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah.
“Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak,” katanya.

Namun, tegas Hanizah, tujuan dan manfaat analisis cap jari adalah untuk mengetahui potensi bakat, kecerdasan, watak dan motivasi individu dan tiada kena mengena dengan perbuatan meramal masa depan seperti menilik nasib berasaskan tapak tangan (Palmistry) dan sebagainya.

“Kaedah ini boleh dijadikan sumber rujukan berdasarkan potensi genetik untuk menentukan kejayaan masa depan, bukan untuk mengetahui masa depan. Memandangkan analisa dibuat melalui teori dan metodologi ilmiah dan proses perhitungan logik maka laporan adalah tepat berdasarkan data statistik dan biometrik.

“Masyarakat kini tidak lagi meletakkan kepentingan akademik sebagai kayu pengukur kejayaan dalam hidup secara seratus peratus, potensi bakat juga dilihat dan dinilai dalam diri seseorang kerana sebagai manusia kita dilahirkan unik. Ada kalanya kelebihan orang lain adalah kekurangan pada kita dan di situlah cabaran untuk kita memperbaiki diri,” katanya.

Bagi anak ‘auditory’ (gemar belajar dengan iringan suara, muzik dan bahasa) misalnya perlukan pendekatan berbeza berbanding anak kinestetik (menyukai pembelajaran dengan gerakan, pancaindera dan praktikal) dan visual (menyukai pembelajaran dengan gambar, grafik, foto dan tampilan). Begitu juga kedudukan mereka dalam kelas dan cara untuk berkomunikasi dengannya atau kalangan majikan, pekerja, pelajar, ibu, bapa dan individu lain.

Menurut Hanizah, teknologi analisis cap jari mula dipelopori lebih 25 tahun lalu di Amerika Syarikat (AS) terutama bahagian forensik Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hanya selepas dua tahun kaedah ini tersebar di Singapura dan Indonesia barulah ia sampai ke sini.

Katanya, sejak mula beroperasi lebih dua tahun lalu, syarikat Airborne Discovery sudah mempunyai 5,000 pangkalan data sampel cap jari. Kaedah ini bukan saja banyak memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak sebagai panduan memilih jurusan yang sesuai berdasarkan potensi diri, mengesan gaya pembelajaran yang sesuai dan efektif malah berupaya merancang masa depan dan kerjaya yang sesuai dengan bakat.

“Kaedah analisis ini besar manfaatnya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara terutama kalangan perunding motivasi dalam membina sahsiah diri, majikan, ketua jabatan, guru-guru khidmat bimbingan dan kaunseling, penghuni pusat pemulihan akhlak serta pesalah juvana, golongan berkerjaya malah pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.”

Bagi menjaga sensitiviti pelanggan yang majoriti beragama Islam, kaedah ini mempunyai panel syariah sendiri iaitu Penasihat dakwah untuk Kerajaan Negeri Selangor, Dr Azahar Yaakob yang juga Pensyarah Pengajian Islam UTM dan diiktiraf Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“Kami juga menitikberatkan soal keselamatan data yang tersimpan dalam pangkalan datanya. Menjadi amalan penganalisis untuk memusnahkan imej sampel cap jari mengikut tempoh yang sudah ditetapkan iaitu satu hingga tiga bulan,” katanya

8 perkara asas analisis cap jari

“Sejak kecil hingga berkahwin dan beranak pinak, satu soalan yang masih sukar untuk dijawab hingga kini ialah adakah salasilah dalam keluarga yang berkahwin dengan orang asing? Adakah saya berdarah campur?” kata Zenora Ibrahim, 35, salah seorang pelanggan Airborne Discovery Sdn Bhd.
Pelbagai soalan timbul kerana pertama mungkin rupa paras, nama selain perwatakannya yang ceria, mesra dan mudah untuk didekati.

“Hidup tanpa kepastian memang cukup menyeksakan, dan maklumat mengenai salasilah keluarga menjadi semakin sukar kerana perpisahan dan juga kematian, jadi saya hilang punca dan tiada sumber untuk merujuk hal berkaitan keturunan dan darah,” kata Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah firma swasta di ibu negara.

Mengetahui mengenai kaedah yang diperkenalkan AD selepas terlihat pameran mereka di sebuah pusat membeli belah. Selepas membuat temujanji semua persoalan semakin jelas.

“Analisis itu ternyata satu kejutan buat saya, berdasarkan rupa bentuk atau pola cap jari jenis lengkungan (arches), saya memang sah berdarah kacukan. Apapun, salasilah keturunan dan bangsa masih lagi satu misteri namun apa yang pasti arwah moyang saya adalah seorang guru taranum begitu juga ibu yang berbakat mengaji dengan baik manakala ayah yang berkebolehan bermain muzik.”

Hasil analisis itu juga menjelaskan ibu kepada tiga orang anak ini punya kecenderungan yang besar terhadap muzik. Laporan itu turut mendedahkan tabiat Zenora sewaktu menuntut yang tidak boleh belajar tanpa mendengar muzik. Ternyata Zenora jatuh dalam kategori pelajar auditory iaitu lebih menyukai pembelajaran dengan suara, muzik dan bahasa.

Laporan itu turut menggambarkan bahawa otak kanan Zenora yang mewakili kreativiti, warna, seni, visual, intuisi, idea, khayalan, muzik, bentuk dan ruang lebih dominan berbanding otak kiri, yang begitu cenderung terhadap sesuatu yang artistik.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, perisian khas analisis imbasan cap jari akan memproses dan menilai lapan subjek atau perkara menerusi data yang diperoleh iaitu Ujian otak kanan otak kiri; Ujian potensi kompetensi multiple intelligence; Ujian pengambilan/penempatan pekerja; Ujian gaya belajar; Ujian kepekaan belajar; ujian keperibadian; Alternatif kerjaya dan Cadangan gaya kerja.

Laporan analisis oleh penganalisis yang siap akan dicetak dan dibukukan dalam Buku Bakat. Menerusi laporan analisis ini penganalisis akan berbincang dengan pelanggan mengenai maksud, interpretasi dan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan pelanggan di mana proses ini hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.

Laporan analisis ini juga membolehkan penganalisa mengesan Kecerdasan secara majmuk (multiple intelligence) supaya pelanggan lebih fokus dan terarah pada bidang tugas yang paling sesuai dengan potensi dan bakatnya.

INFO: Proses cap jari
# Sampel cap jari peserta diambil (sepuluh jari satu persatu)
# Sistem komputer mengumpulkan dan menganalisa data cap jari
# Perisian khas akan menganalisa data cap jari berdasarkan ilmu Neuroscience dan Dermatoglifik
# Fungsi kerja otak dipetakan
# Laporan Hasil Analisa Potensi Bakat dan proses rundingan

Petikan dari Berita Harian - Oleh Suzana Ahmad 20/06/2010

Jadi kawan kawan semua, apa ada dengan cap jari anda ? Unik bukan ? Ya Itu antara kekuasaan ALLAH SWT..


Layanzzzz.....

19 June 2010

Berita Tergempar ! - Serangan Ala Pengganas di Masjid

 Berita Tergempar ! - Serangan Ala Pengganas di Masjid





Kalau anda fikir anda masih Islam…bacalah
Kalau tidak…
Allah saja yang tahu…
MESSAGE :
Tolonglah ambil masa 2 minit
untuk membaca ini…
kalau lebih 2 minit..
tu bukan membaca tapi mengeja…;-)

Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda…
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat
Yang dihadiri oleh lebih kurang 2000
jemaah…
tiba-tiba masuk dua orang lelaki..
yang menutupi seluruh tubuhnya dengan
pakaian hitam…tak nampak apa..
cuma dua biji mata dan membawa
mesin gun..
lalu salah seorang lelaki itu bertempik..

“Sesiapa yang sanggup mati kerana
Allah…sila berdiri ditempat kamu”
Selepas mendengar arahan lelaki itu,
Maka segeralah bertempiran lari para jemaah
Itu untuk menyelamatkan diri..
Daripada 2000 yang tadi itu,
hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja
yang masih berdiri di tempat masing-masing
termasuk Pak Imam tu…lalu
lelaki yang bertempik itu..
segera membuka tutup mukanya
lalu melihat kearah Pak Imam sambil berkata

“Ok Pak Imam,saya dah halau SEMUA yang hipokrit
sekarang bolehlah Pak Imam
mulakan Sembahyang Jumaat”…
lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan duduk sama bersama sama semua jemaah….
Macammana…
Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas?
Selain terhibur…
Anda fikirkanlah….

“Lawakkan, dari 2000 orang yang
mengaku dia Islam hanya 40
yang betul-betul beriman….”

“Lawakkan berapa banyak manusia yang
Mudah lupakan Allah bila menghadapi bahaya..
Kedua lelaki hanya membawa mesin gun..
Dia tak kata pun nak bunuh..
Tapi generasi sekarang…
Amat lemah…
Baru kena ugut nak bunuh..dah lari lintang pukang.
lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya
cuma seminggu sahaja..
tu pun bile time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat orang kampong..
ada tu lagi dahsyat setahun 2 kali je..
bile time sembahyang raya

“Lawakkan, bile ramai yang percaya pada gossip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar..dan jugak blog
daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran..”

“Lawakkan, berapa ramai yang
percaya dunia hanya sementara..
akhirat adalah tempat yang kekal…tapi
berlumba-lumba mengejar dunia..”

“Lawakkan, kita boleh bersembang
dengan boyfriend n girlfriend berejam-rejam..
tapi nak berdoa pada Allah..alahai…
tak cukup masa..”

dan lebih lawak lagi..bila kita boleh post banyak thread
atau email yang berunsur lawak jenaka
dan lucah kesemua tempat..tapi,merasa berat
nak berkongsi dan hantar artikel-artikel
yamg berunsur agama

Lawakkan..???
Kenapa gelak? itukan reality…tapi
Yg paling lawak sekali…berapa orang
yang lepas baca benda nie akan sampaikan
kat orang lain….




WALLAHHUALAM…

Layanzzz.....

18 June 2010

Video Klip Ariel & Luna Maya + Cut Tari

wow.. laju ajer korang kan kalau tajuk mcm nie kan...

Actually mmg saya pernah dapat video clip mcm nie.. tapi nak di jadikan koleksi tu kurang minat lah plk, actually video clip ini dah lama saya dapat dulu.. tapi tah lah saya tak berapa nak ambik port sbb saya tak berapa gemar musik dari seberang nie...so artis -artis dari seberang nie tak berapa gemar saya nak ambik tahu, lepas tengok.. saya pon delete ajer lah video tu... pada saya "alah dah dunia artis .. bila dah tak berapa glamour .. buat lah scandal lah.. buat lah berita gempak lah.. sampai babitkan maruh diri sendiri - alah Kat Malaysia pon ramai artis buat mcm tu aper !" Just tak nak nyatakan ajer nama dia, kang tak pasal-pasal saya kena saman kat mahkamah kang, LEH GLAMOUR JUGAK AKU KAN !  tapi tak nak lah... buat malu diri sendiri jer..

 Heboh jugak kat office nie ramai budak-budak office asyik tanya tanya saya ada ker tidak video nie.. selamber jer saya  jawab.. "apa ko ingat muka aku nie tokey video XXX ker ? kalau aku tokey dah lama aku pakai Kereta Honda.. ini tidak.. yang ada hanyalah HONDA CAWAN  itu pon kat Kg sana... adik aku pakai... tak pon pakai BMW .. ini tidak BMX pon tak ada.... mcm ner ?  Tak nak lah cerita dari mana saya dapat sumber tu.. kang diorang ramai - ramai pakat pegi link tu.. mahu jameed plk line siputmax kat office saya nie... he he he.. saya cakap lah pegi download pki h.pone... biar kredit diorang parah .. sbb masing- masing kedekut nak abiskan kredit dia... nak org call dia ajer.. itu pon pki sms or pakai missed call ajer   woi lain kali kalau kedekut kredit.. simpan ajer dalam ice box lah h.pone ko tu... handphone canggih.. tapi kredit tak der.. buat mcm aku.. h.pone saya murah ajer.. itu pon wife belikan... tapi kredit sentiasa ada... jangan kedekut lah wei... duit tu x bawak mati pon...

Well tak der apa apa yang banyak saya nak katakan kat sini just nak share sesuatu jer pasal minda masyarakat kita yang kebanykannya suka pada story yang panas panas... termasuklah saya jugak.. he he he
tapi as a blogger inilah keyword yang panas yang dapat menarik readers untuk lawat blog korang kan... sama jugak dengan saya... so apa nak heran kan....

Sedikit pesanan buat readers -readers kat luar sana dan jugak buat sesama bloggers, internet ini satu keajiban masa kini, so apa yang korang cari itulah yang korang dapat, dan berfikir serta bertindak secara bijaklah agar dia tidak meracuni minda korang dengan berita berita yang tak sepatutnya masuk dalam minda korang ok...

so semoga bertemu kembali.... salam.....

Layanzzzz....

16 June 2010

Apa yang anda inginkan ?

Asalamualaikum ...

Kawan kawan semua.. tentu ada gadjet yang anda impikan sekarang ini kan... macam saya saya teringin sangat nak memiliki  benda nie....

 
            Apple I Phone
tentu best kan kalau ada benda nie...

dan jugak ini


                                                                      Apple IPad..
Gadjet terhangat buat masa sekarang


Sebab senag nak updatekan Blog and nak tengok GPS x ler sesat nanti.. he he he....

Buat masa sekarang ini terlalu mahal di pasaran.. so tunggu ajer lah kan.. mana tahu ada provider yang baik hati nak sponser.. dapat test drive pon jadi lah kan.. (product review)  nanti leh story kat member member kat blog kan..  apa kelebihan benda nie kan... so korang pulank apa yang korang teringinkan .. he he he. meh ler sharekan kan sesama kita....

Apa Itu Autisme dan Apa yang anda perlu tahu mengenainya

15 June 2010

Inikah sikap pemuda Malaysia ??

Asalamualaikum semua....

Kali ini entry nie bukan pasal ayat-ayat cinta lagi.. kali ini apa yang terjadi di hadapan mata saya sendiri, yang kadang-kadang saya terfikir adakah ini contoh dan pemuda kita yang bakal menerajui negera ini di masa yang akan datang... fikir fikirkanlah....

Kejadian ini pada hari Sabtu yang lepas 12/06/2010 masa tu saya dalam perjalanan pulang dari kerja (full day tuh) kepala penat, otak pon letih... sambil drive tu terfikir nak pegi cuci kereta lah...so kebetulan melalui jalan yang sama ada pulak tempat cuci kereta yang jenis mesin ...(bukan cuci baju ajer ada mesin - kereta pon dah ada skrg nie) so pegi lah sana... iskh kena beraturlah plk... x apa lah.. susun ajer lah kan.. tak banyak lagi pon just next 2 buah kereta ajer.. so tunggulah kan.... tiba tiba nampak kereta jenis Kancil (patern lama) dari arah bertentangan terus ajer beri signal .. masuk kat sebelah aku.. tapi tak lepas.. so dia menghalang jalan utama.. dengan selamba jer dia tunggu kat situ sambil hisap rokok ( aku plk memang pantang benci orang hisap rokok sambil drive kereta macam bagus ajer) dah tu puntung rokok tu boleh di buang ajer keluar dari kereta... so nonsern.. pengotor betul... dan bila dia dah halang jalan utama tu bila kereta nak lalu sure diorang akan bunyikan hon biasalah sikap pemadu Malaysia - hon tu kan kawan rapat ! he he he, dia boleh tunjuk penumbuk kat driver kereta tu.. cis sungguh kurang sopan... apa dia ingat penumbuk dia dah cukup kuat ?
- terfikir jugak kat dalam pemikiran saya time tu.. apa lah salahnyer lajak kan sedikit ke hadapan.. lepas tu buatlah pusingan U dan beratur seterusnya di belakang ?  tak salah kan... nak kejar apa nak cepat - cepat nie ? lain kali kalau nak cepat sangat keluar selepas subuh tu... baru tak payah rebut- rebut mcm tu... hemmm mcm nie lah sikap pemandu malaysia... agak agak kalau jadi pemimpin nanti kalau buat silap sikit mesti bertumbuk kan.... biasalah dia nie maybe dari angota pertubuhan yang famous pukul org sbb ada sticker pertubuhan itu kat cermin kereta dia tu.. maybe lah kot... x tahulah kalau kereta pinjam.. he he he he...


 Dan masa kereta di cuci tu saya pon layan CD dalam kereta tu.. sbb tak boleh dapat siaran (antena di masukkkan) so layanzzzzz.... bila dah siap di cuci.. so aku pon nak vacum lah dalam kereta nie.. mcm nie lah kereta orang dah bekeluarga.. macam macam ada.... sampai cd yang dah patah pon ada kat dalam kereta nie... biasalah kan hero hero saya tu.. kadang - kadang tergelak sendirian  saya, terkenagkan gelagat diorang masa dalam kereta nie... so park lah satu tempat yang telah di sediakan... biasalah strategi permasaran kan.. bila turun kereta ajer pekerja bangla tu offer nak cuci engine lah, nak wax body lah nak wax cermin lah mcm macam lagi... so aku ckp tak payah lah sbb aku baru jer buat semua tu 2 bulan lepas.. so aku wax sendiri ajer.. selamat duit aku RM80 he he he he ... tapi yang aku tak berkenan tu ada lah sorang mamat nie.. dia belakang dari aku.. dengan kawan dia ala ala Kuman KU2 tu... turun lepas cuci.. nak vacum kereta dia...
jadi bila turun kereta jer.. biasalah pekerja bangla tu pon mulakanlah promosi dia sebab dah itu yang bos dia suruh... tapi mamat nie dah ler x perihati tempat tu di penuhi dengan wax (mudah terbakar) disel, dan yang terpenting bagi saya ialah kat situ ada kanak- kanak kecil yang ikut ayah dia cuci kereta... dengan selamba jer mamat nie menyalakan api rokok tu.. dengan style rambut panjang lurus rebonding kot, aku ingat ppn ajer buat rebonding skrg lelaki pon dah rebonding gak....  dengan cekak rambut... dengan sling bag LV (maybe line ps kot.. semacam ajer aku tengok)  dengan seluar paras lutut, tapi layak buat tidur ajer... di tenung mamat bangla nie and tiba 2 ajer nak tumbuk mamat bangla tu... eh apa kes... lps tu dia ckp kuat- kuat kat kawan dia.. aku hangin betul nak promosi mcm-macam.. aku datang sini nak cuci kereta... aku ckp dalam hati.. nak buat ckp buat tak nak buat cakap tak nak buat kan senang ! takder duit kot tapi kalau dah tak der duit cakap baik baik sudah lah kan tak payah sampai nak bertumbuk pulak kan.. so saya perhatikan kereta dia bukan lah Honda ker Merch jauh sekali... BMW pon bukan... wira 2 tone plk tu.. depan warna hitam karat belakang warna biru  trend kot skrg nie...  tengok 2 sama jugak macam kereta tadi ada sticker pertubuhan tu..... hemm apa pertubuhan tu di tubuhkan untuk bertumbuk ajer ker... entah lah...

Pada pandangan saya yang septikel nie kalau tak suka cara diorang berniaga jangan lah masuk situ kan... pegi cari lain tempat yang boleh ikutkan kehendak dia.. ini menunjukkkan sikap bagaimana pemuda sekarang ini yang bersikap kurang ajar, sombong, berlagak, dan bangang bangga diri .. macam mana nak jadi pemimpin masa hadapan ? kalau mcm nie lah sikit hari lagi jadilah Malaysia nie mcm Thailand ...

So sapa sapa yang agak2 bersikap mcm nie hentikan lah cukup cukuplah berlagak, tak kemana pon kuatnyer kalau betul kuat & berani.. pegi join sukarelawan pegi lawan dengan Komando Zionis sana.. baru orang nampak ko kuat.. kalau setakat letak sticker pertubuhan tu lps tu nak pukul-pukul orang...  salah asuhan ko tu.. he he he he...

Ok lah dah panjang aku melalut nie so sapa sapa yang pernah jumpa kes mcm nie apa yang korang rasa ?
or pernah buat mcm nie.. sedar sedarlah yer... cuba ko renung dalam - dalam kalau kes tu terjadi kat batang hidung ko sendiri ? malu ? marah ? sama lah .....

ok cukuplah setakat ini.. jumpa lagi di lain entry.....

salam..... layanzzzzzzzz

12 June 2010

Lawak Petang Sabtu.... masih di office

Sedikit Lawak Petang hari.... layanzzz...

SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.



SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit.
Kata kedai 2 Ringgit!!



SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa dia mati dalam air!



SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer...


SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!


SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya
9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...



SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.


SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!


Gelak gelak Jugak... jangan lupa komen yer..,

Mengapa ISTERI sangat Istimewa ......

Asalamualaikum semua... ini entry yang saya rasa elok untuk kita semua renungkan.. mengapa Isteri amat istimewa sebenarnya... sebenarnya ini pon saya dapat kat satu blog lama dulu.. (sorry tak ingat lagi dah) so dah ambik... edit olah sedikit- sedikit mana yang patut moga moga korang sedar dapat jadi renungan kepada kamu semua bagi yang berkeluarga macam saya lah, jadi hargailah ISTERI kamu itu, lain ler kamu kamu ada lebih dari satu isteri,

Jadi ini dia entry tersebut..lepas baca renung-renungkan lah yer... salam....




Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.


"..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk
pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker
dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal
masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti
malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la
air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah
kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska
esok..nasib baik ade  lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku
dah...basuh la  kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok
settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik,
papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke
taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine
lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .

telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...


ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo
coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang-barang pegi beg
coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh
pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh
sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale
nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow
sticker, nanti lupa..ok settle...


Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang  jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..dua
jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai
treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak dua dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..


bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok
kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak
ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi,
dah bersemut dah..ishhh ...pegi dapur, basuh, sambung gosok
baju...gantung elokelok...kemaskan baju gantungkan...masukkan seluar papa yang
dah kotor dalam tempat kotor...ok  settle..


dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak
siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill
pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang senag je perompak masuk rompak
umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah sepah...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...


aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan


mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit  ...dengar suara papa berkeruh...dah agakdah....


So?....apa yang peliknya..??


Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE  BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu... WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
so hargailah emak,isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...


Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


Sesunguhnya aku tak mampu lakukan itu semua … Aku sayang Isteriku….



10 June 2010

FOCUS

Buat Kawan-kawan


Sekadar renungan

Tiada kebaikan Bagi PERBICARAAN,
kecuali dengan amalan,

Tiada Kebaikan Bagi HARTA,
Kecuali dengan sikap dermawan,

Tiada Kebaikan Bagi SAHABAT,
Kecuali dengan kesetiaan,

Tiada Kebaikan Bagi SEDEKAH,
Kecuali dengan niat yang ikhlas,


Tiada Kebaikan Bagi KEHIDUPAN,
Kecuali Kesihatan & Keamanan,

Doa Untuk Sahabat

Ya Allah

panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah

kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya

dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,

perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya

kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia

dan akhirat

 

Ya Muhaimin


jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati

seseorang yang hatinya

tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang

cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia

rindu,rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

 

Ya Allah


Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu

jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah

aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada

cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya

untukMu


 

Ya Allah

kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,

kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak


 

AMIN YA RABBAL A'ALAMIN


09 June 2010

Ayat Ayat Cinta - 09/06/2010 Part 3

Untuk Mencari Cinta sejati...
kamu mesti mencari sahabat setia terlebih dahulu,

 Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan,
 Tetapi lebih bererti  jika bersama sama melihat ke suatu tujuan,

Untuk mencintai seseorang seutuh nya,
Kamu harus mencintai keperibadiannya.. bukan fizikalnya (jasadnya)
Itulah cinta yang sejati.......

Ayat Ayat Cinta - 09/06/2010 Part 2

Kadang kala orang yang mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu,
Kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhi diri mu,

Dan apabila di suatu masa dia telah hilang dari pandangan dan sisi mu,

Dan ketikan itulah kamu akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kamu sedari...

Tapi di ketika itu dia telah melangkah pergi jauh darimu.....

Ayat Ayat Cinta - 09/06/2010

Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan fitrah Insani,
Di mana terciptanya cinta,
Di situlah rindu bermula,

 Cinta Tidak pernah meminta,
 Tetapi memberi dengan penuh rela,
 Rasa bahagia biarpun sengsara,
 Berkorban segala galanya kerana cinta,

Semuanya kerana cinta,
Yang pahit, manis di rasa,
Penghibur nestapa,
Merawat duka, dan menjadi penawar serta damai di jiwa....

07 June 2010

Ayat Ayat Cinta - 07/06/2010 Part 2

CINTA yang di semadikan tidak mungkin layu,
selagi adanya imbas kembali,

Hati yang remuk kembali kukuh,
Selagi ketenagan di kecapi,

Jiwa yang parah bertukar haluan,
selagi esok masih ada,

Parut luka yang lama pasti sembuh selagi,
Keimanan masih terselit di hati dan sanubari,

Kerana hati yang suci sentiasa memaafkan kesalahan CINTANYA.....

sememangnya pelik tapi inilah yang dinamakan CINTA.....

Ayat Ayat Cinta - 07/06/2010

Jika Kamu mahu menerima CINTA,
Kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu,

Makin Banyak CINTA yang kamu beri,
Maka Makin banyaklah CINTA yang kamu akan terima,

Mencintai sama ertinya dengan memberi CINTA yang tulus pada dirimu sendiri,

Belajarlah untuk melakukan berbagai-bagai kebaikan ...

Semoga kamu menikmati & menerima CINTA yang sejati....

amin....

04 June 2010

Ayat Ayat Cinta - 4/06/2010 No 2

Cinta itu seperti seekor rama rama ..
Semakin kamu mengejarnya ..
semakin ajuh ia terbang menginggalkakan kamu…

Jadi biarkanlah rama-rama itu terbang
ke mana sahaja ia mahu dan suka,

Sapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar
akan kewujudanmu maka ia bakal mengibarkan sayapnya
kearahmu dan menumpang teduh dari panas, hujan dan badai duniawi,
dalam keadaan yang kamu tidak sangka,

namum begitu jika ia terus meninggalkan kamu,
redhalah dan anggaplah
mungkin itu bukan "rama rama" yang ALLAH peruntukan buatmu…



Ayat Ayat Cinta - 4/06/2010

CINTA itu umpama cahaya...

Terlalu terang, hingga bisa menyilaukan,

Terlalu redup hingga bisa membutakan dengan kegelapan,


CINTA itu umpama air,

Terlalu deras hingga, bisa menghanyutkan,


CINTA Itu umpama api,

Terlalu panas, hingga bisa menyakitkan,


CINTA itu umpama udara,

Tidak bernyawa,tidak berwujud, tidak berasa hadirnya…

Tetapi hanya sakit bila kita sedar akan kehilangan CINTA….


CINTA yang Sejati Hanyalah untukNYA....

03 June 2010

Tiba Tiba jadi bosan...

Asalamualaikum...

Pagi ini aku datang kerja dengan penuh semangat.. sebab 90 peratus kerja yang tertangguh sudah aku siapkan.. hari ini just nak updatekan data yang perlu di updatekan sebab 9 hb nanti akan ada ISO audit... kang x update kang kena lagi CAR macam audit yang lepas... hemmm

Sedang aku syok updatekan data tersebut.. bos cakap design aku tu x bagus.. nak ikut kehendak dia.. ajer.. sedangkan banyak dah design aku tu ikut mcm tu.. x jadi masalah pon.. aku design tu dengan alasan ia dapat menjimatkan kos.. itu yang kami praktikan di sini.. oh yer sebelum itu aku nak bagitahu boss aku nie dari kilang lain tapi dari atas pengurusan yang sama (big boss kami sama..) dia pon jaga kilang tu sebelum ini pon hampeh.. buat rugi ajer.. tapi tah mcm mana pandai wayang ajer so kilang yang di jaga tu tutup operasi and dia di pindahkan ke kilang ini lah... kira2 konon system dia bagus... pirrrah... tengok pada failing ajer dah tahu mcm mana keadaan pengurusan dia.. bersepah.. dia boleh ckp dengan semua orang system yang dia pakai adalah yang terbaik.. terbaik apa bendanya.. cakap boleh lah.. praktikalnyer... drawing yang update denagan yang x update ada dalam satu folder... bila tanya.. carilah yang paling baru punya... pilih lah mana satu... boleh ker mcm nie...)

So banyak yang aku dah seatle.. pasal benda tu.. kebanyakannya barang luar kawal.. mcm supplier yang bukan di bawah kawalan aku... mcm mana nak cerita dengan mereka sbb x kan nak cerita masalah kilang nie kat supplier... bukan cara aku tu.... bagi org lain boleh tapi bukan aku...

Sekarang nie.. bila dia ckp mcm tu aku rasa down sangat.. bengang sangat.. dah ler gaji ciput... kerja exec lagi nak kena buat... nie lagi satu orang bangang... tahu nak ubah apa apa ikut tekak dia ajer.. aku heran mcm ner leh jadi exec nie.. kerja plk dalam R&D .. sepatutnya orang R&D mesti ada six sense dan peka dengan keadaan ini tidak ikut sedap tekak dia ajer... exprince dia dari kilang lain 5 tahun expert dalam programming CNC .. tu ajer.. itu pon just dalam wood working.. aku x heran aku lebih banyak tahu dari dia aku ada exprince dari metal working, wood working & lether machinin, just diam ajer... dia plk dah ler x berapa pandai english.. kang kalau tukar apa apa nak kena jelaskan kat customer aku jugak yang kena.. kalau x sesuai kang bos bambu aku jugak... aku nie dah kira mcm kambing hitam plk.. untuk kena marah ajer.. benefit habuk pon tarak... lagi mahu potong ada ler... kang aku lawan balik kang ckp aku melawan.. termasuk dalam black list plk kang...

Tak apa aku kerja sini dah dekat 12 tahun dah... next week aku di panggil untuk interview sebagai Project Manager dekat Klang sana.. x per.. aku akan ambik change ini.. pegi interview... so doakan aku dapat kerja itu.. tapi aku kalau nak resign kena 2 bulan plk tuh.. iskh iskh iskh....
so harap kawan kawan dapat doakan kejayaan aku.. kita tengok mcm mana gelabahnyer bos and exec aku ini bila aku serahkan resign letter nanti... mari kita tengok sapa yang kena...... ha ha ha...

Just nak harapkan doa & semangat dari kawan2 di luar sana agar aku dapat tempuhi hidup ini dengan sucess...

Ok lah aku nak start balik buat design tu.. hemmm apa lah punya kerja... nak kena buat 2 3 kali kerja hampeh betul.....

moga bertemu kembali di catatan yang lain.....


salam.....

02 June 2010

Catatan ketika menungu anak....

Asalamualaikum....

Hemm maybe sedikit catatan ringkas ketika menunggu anak aku tution personal dekat taman dekat dekat dengan rumah aku... kira2 dalam 15 minit punya perjalanan lah, nak balik x berbaaloi... dia tution dalam 1 jam.. kalau balik rumah nanti skj aper dah nak drive balik untuk ambik dia, jadiaku dengan sufi pon park kereta dekat2 dengan rumah cikgu tution so boring ooo 1 jam... jadi online lah.. sambil2 menziarah kawan2 blog update lah sikit2 blog aku nie... biasa update kat office ajer tapi lebih banyak nak buat kerja dari berblog nie.. so masa nie free sikit aku updatelah sikit catatan dalam blog nie....

Nak cerita pasal aper yer... hemm .....

Sambil update blog ini aku sambil dengar lagu dendangan tak tahu sapa tapi tajuknya "We Are The World" -- kat radio Sinar.fm .. yerlah aku line 80ah punya youngsters jadi lagu2 zaman 80 menjadi teman aku ketika membesar.. macam lagu Isabella .. dendangan kumpulan Search -- masa tu tahun 1989.. dan ketika tu aku baru menjejakan kaki ker tingkatan 1 .. org cakap baru nak kenal dunia....

Jadi bagi yang masa tahun 1980an or 90ah dan ketika tu di membesar sure ingat lagi cerita mcm combat, cerita pramugai jepun (tah apa tajuk dia) cerita jepun yang pasal bola tampar, cerita hantu masa tu x banyak... tapi yang amat memberi kesan ketakutan pada aku sampai sekarang nie is "Wajah Sutinah" woooo takut oo.. nak tengok tengok celah selimut oooo.. punya lah takut sampai nak pegi toilet pon abg aku lah yang jadi mangsa peneman.. tapi dia pon 2 x 5 jugak mcm aku.. takut takut jugak.. jadi sapa yang teman sapa nie...

Masa tu Johor cuti hari Jumaat.. so hari jumaat x sekolah.. lepas solat Jumaat ada cerita hindustan... ada adegan yang aku masih terbayang lagi sampai sekarang ialah sence gajah menari memag best.. tapi sekarang ini umur dah berbeza banyak tanggungjawab yang perlu di lakukan...dan Johor pon dah tukar hari Jumaat jadi hari bekerja... so kalau balik Johor pon sama ajer kan.. x kan nak tukar pegi Kelantan,Terengganu atau Kedah ? iskh jauh... nanti duit tambang lebih malah dari duit gaji.. kena tiap2 bulan nak balik... hemm susah kan...

Dalam 12 tahun aku stay kat Seremban nie... macam2 dah yang berubah... jikalau dulu pasaraya Giant tu dulu hanyalah tapak lombong dan tanah lapang tempat ular besar2 berlindung sekarang dah 200% berubah.. dah maju tempat tu... cuma yang ada manusia2 yang mengularkan diri time hari Jumaat ajer lah kan.. (ponteng Solat Jumaat) kalau dulu hanya ada beberapa shoping complex kat seremban.. hanya boleh bilang dengan jari.. sekarang nie mcm macam ada.. walaupon kecik ajer... tapi memadailah daripada x ada kan.. sebab seremban nie dekat dengan KL so apa apa pegi ajer lah KL kan....

So dalam perancangan next year Seremban bakal di di iktiraf dan di naik tarafkan sebagai Bandaraya.. so tunggu ajer lah.. cuma sekarang nie banyak pembinaan yang menyebabkan sesak.. tengah buat rangkaian Komuter hingga ke Gemas... kita tunggu yer.... apa yang akan terjadi lagi 6 tahunn dan masa tu umur aku dah 40.. iskh dah tua gak aku nie kan....

well time pon dah dekat 9 10 minit .. jap lagi anak aku abis kelas tution dia.. so aku rasa sampai kat sini ajerlah sekarang.... moga ketemu lagi dalam catatan blog yang lain..


sekian buat masa ini...


salam....

01 June 2010

Surat Cinta...

Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat Cintamu
Ya Allah,
Aku jadikan nya teman hidup dimana jua ku berada...
Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu
Ya Allah,
Takala rindu melanda... Bisikan Dzikir...
menjadi penawar hati ku
Ketika sujud...Aku memohon agar Kau
menerimah amalan ku...
Dalam Tahajud ku bisikan .. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku bersama yang Kau kasihi..
Dan panggilan pulangku...
menjadi pertemuan pertama dengan Mu...Ya ALLAH
Kekasihku...
Engkau Yang Satu