cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

27 August 2010

Manggis, cara unik nak kupas - anda mesti tengok !

Asalamualaikum semua !


Salam 17 Ramadhan...(Nuzul Al Quraan)  wah dah setengah bulan kita berpuasa kan... hemm macam mana saya dah turun berat badan sebanyak 2 kilo dah nie.. dan dah banayk seluar lama lama yang dah muat balik he he he... bukan sbb badan dah naik sbb selalu cuci & jemur jadi seluar & baju tu mengecut.... ha ha ha


Ok pagi pagi lagi nie nak kecur kan korang sikit... siapa yang suka manggis (sufi ckp "Manggosteen") ? sila angkat kerusi !.. ha ha ha ha...


Sedapkan rasa manggis nie.. hemm.. ada rasa manis manis dan masam masam sikit.. terasa jer kat dalam mulut kan... ha ha ha.. jaga jaga.. kang terliur kang... posa nie lah...


Jadi nak makan manggis nie pasti kena kupas kan.. orang putih cakap "peel" .. sufi ckp "BELAH" ... he he he.. apa apa pon yang pastinya nak kena bukak kulit dia tu nak dapatkan isinya yang putih dan manis tu kan...

tak kan nak makan dengan kulit dia sekali kan... kang kata pelik pulak.. tapi kan menurut satu kajian perubatan.. kulit dia pon ada khasiat antioksidaan yang boleh bantu hilangkan kanser dan juga pelbagai lagi penyakit... tapi rasanya tak sanggup nak makan kulit dia sebab masam & pahit oo....


Tapi macam mana korang "bukak" kulit manggis tu ?  .. apa kerat ajer dengan pisau.. wah wah.. macam kat hotel lah pulak..... jadi kat sini saya nak kongsikan cara yang agak menarik dan unik untuk kupas manggis tu.


jadi perhatikan dekat sini yer....

Inilah buah manggis... (si hitam yang manis)

Tekan tampuk dia perlahan lahan...

jadi macam nie lah yer... jangan sampai pecah pulak..

tekan dari tepi buah manggis tu...

buangkan kulit tu....

 hingga jadi mcm nie... yummy...
masih terasa kenikmatan manggis nie....
 
 
Ha macam mana ? ok tak idea nie ? apa korang rasa ? masam manis? kecur air liur ?   bagi korang pulak macam mana cara korang kupas manggis nie ? - bagi saya macam biasa  tekan jer dari tepi.. terus yummy !

Lagi satu petua bagaimana nak tahu berapa ulas isi manggis tu ... kita tengok kat tampuk bawah manggis tu...


Kalau macam ni - tampuk dia ada 7 bahagian... maka isi dia akan ada 7...

Percaya atau tidak ? ... anda sendiri buktikkanya..... (pegi cuba sendiri he he he)
 
Jadi apa komen anda ?   .. apa apa pon macam biasa Layanzzz ajer !


18 August 2010

Sarung Kaki a.k.a Stokin ! - apa yang anda tahu ?

Asalamualaikum semua.. salam Ramadhan Al Mubarak...

merujuk kembali kepada entry yang lepas tu... wah! wah! wah! ramai yang view dan komen,
ini memambahkan lagi semangat saya nak mengupdate blog nie dengan informasi informasi yang berguna, buat tatapan dan pengetahun kawan kawan semua!- moga-moga dengan perkongsian serba sedikit dapat memberkan sedikit munafaat kepada semua... kalau tak pon dapat tambah maklumat dan pengetahuan kawan kawan semua, saya ucapkan Terima Kasih kepadayang tak jemu-jemu sudi mengunjung ke blog saya,  tak kira hanya cari nuffnang ker cari Google ker... atau cari maklumat (tabik spring kat siapa yang sudi cari maklumat kat sini)

Berbalik kepada tajuk entry ini.. mengenai setokin ! apa yang anda tahu mengenai stokin ? mengapa kita pakai stokin dan apa sebab kita perlu pakai stokin, dan juga apa fungsi stokin ?....bau stokin 





Bagi korang mcm mana stokin yang menjadi pilihan ? bagi saya memang stick on jenama byford lah (tak dapat sponser ker?),sebab selesa dan lagi satu yang jenis mempunyi ruang jari- jari.. macam dalam gambar nie.. tapi plain lah bukan kaler mcm nie.. weiii.. simpang malaikat 44 .... tak tergamak den oiii...


Apa itu setokin ?

 Stokin ialah sarung kaki yang biasanyer daripada material kain yang di pakai di kaki yerlah tak kan nak pakai kat kepala plk kan..


Apa sejarah Stokin ?

Namanya berasal dari kasut longgar, disebut soccus dalam bahasa Latin
Tak dapat di pastikan dengan benarnya tetapi bermula dari zaman ROM lagi tetapi pada masa itu stokin merupakan sejenis kasut longgar dan di pakai dikalangan kaum bangsawan rom.. (entah betul ker entah tidak tak pastilah kan, sbb saya tak hidup lagi time tu!)


Apa Fungsi dan mengapa kita perlu pakai stokin ?

1) Menyerap peluh dari kaki, menurut kajian yang dijalankan oleh saintis di barat.. kaki kita menghasilkan sejumlah cecair peluh sebanyak 1 liter peluh sehari, jadi dengan pemakaian stokin dapat membantu menyerapkan peluh dari kaki kita supaya tidak mengalamai kebasahan.oleh itu pemilihan material setokin memainkan peranan penting bagi mengelakkan daripada kaki dan stokin kita daripada berbau... (kalau celup
dalam sungai pasti ikan akan keracunan.. ha ha ha...) seelok eloknyer pakailah dari material yang dapat menyerap peluh dengan baik dan cepat kering, jika tidak bakteria yang terdapat pada kaki kita akan bertindak balas dengan air peluh itu dan menyebabkan bau busuk (bau stokin) di tambah pula dalam keadaan negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun jadi tindak balas ini akan menjadi lebih aktif.

2) Menghalang terjadinya radang sejuk ! - Oleh kerana kaki terletak di hujung aliran darah dalam tubuh badan manusia ada ker manusia kaki dia dekat dengan perut dia ? heran nie... jadi kehangantan tubuh badan manusia kurang sampai ke bahagaian kaki,oleh yang demikian perlulah memakai stokin bagi mengelakkan radang sejuk dan menambahkan kehangantan di bahagain tersebut. mcm orang lepas bersalin..dan baby yang baru lahir... kan perlu pakai stokin.

3) Stokin juga berfungsi sebagai penghalang geseran antara kulit kaki kita dengan permukaan dalam kasut, yang mana stokin yang dari material yang nipis dan lembut dapat menghalang dari kulit kaki kita mengalami penglecetan akibat dari pergerseran yang berulang ulang,kesan daripada  melecet ini memang akan membuatkan kita berada di dalam keadaan yang tak selesa, sekiranya terluka dan di jangkiti dengan virus atau bakteria (yerlah kan kasut tu tak terjamin kebersihnya memanglah tempat 1001 macam virus & bakteria) jadi kita akan mudah di jangkiti dengan pelbagai penyakit, jadi berapa lah sangat harga sepasang stokin nak di bandingkan dengan kesihatan anda bukan...

4) Kaki kita juga merupakan "JANTUNG KEDUA" kepada tubuh badan (sorry saya tak ambik medical- kalau salah sila betulkan yer)...ia bertindak membantu mengepam darah kita kembali ke jatung untuk di proses kembali ! jadi dengan cara bekerja yang santai (duduk dengan terlalu lama dan di tambah pula di dalam bilik yang sejuk air cond)  - fungsi "jantung kedua" ini menjadi pasif dan akhirnya menjadi
perlahan...  bahayanya ialah jika aliran darah di kawasan tersebut akan menjadi terlalu perlahan ia boleh meningkatnya risiko DVT - (Deep Veain Trombosis) iaitu pembekuan darah dalam saluran - yang mana ia boleh menyebabkan MAUT dalam tempoh yang singkat ! jadi dengan pemakaian stokin yang sesuai.. tidak terlalu ketat & tidak terlalu longar (getah abis lah nie) dapat membantu mengurangkan risiko DVT ini, dengan mengawal penecutan saluran darah ini selain dari pada kaki kita menjadi sejuk yang mana boleh meningkatkan lagi risiko DVT ini,Oleh yang demikian mereka yang menaiki pengangukutan yang hanya duduk terlalu lama seperti kapal terbang elok menggunakan stokin, kerana risiko DVT dengan altitud tinggi adalah lebih tinggi. (Ulas sikit budak Medic atau doktor yer...)
 Inilah juga sebab kenapa salah satu syarikat kalau tak silap saya K Link kot yang ada mengeluarkan stoking bagi mereka yang mempunyaimasalah nak berjalan... K Link tak kan tak leh sponser 2 pasang stokin tu kot.. he he he.. nak hadiahkan kat parent lah....boleh lah ek...



Jadi apa pendapat korang ? perlu ker kita pakai stokin nie ? cepat komen.. kalau tak nanti kaki bau stokin... ha ha ha ha...


Jadi apa apa pon layanzzz ajer...

13 August 2010

Cantik Kan ! Tapi Awas ! Perhatikan dulu !

Salam Semua.. Salam Ramahdan... buat semua readers yang tak jemu-jemu sudi mengunjung blog saya ini,
tak kurang jugak yang sudi beri komen kat entry-entry yang lepas....

Lama tak update blog kan.. bukan apa minggu lepas pergi krusus kat Melaka... penat sikit di tambah pulak dengan urusan- urusan yang perlu di selesaikan.. jadinya hanya sempat BW jer jengah2 blog kawan2.. itu pon masa pergi krusus tu trafik merudum teruk.... tak apa lah kan... mungkin kawan-kawan semua pon bz jugak kot time tu.... sampai hati korang kan.tak sudi jenguk blok aku...

So sekarang nie nak kongsi sikit maklumat baru... ini adalah benda benda yang berkaitan dengan perempuan.. a.k.a. girl.. you... (ala ala lembut gitu...) ha ha ha ... tapi ada gak lelaki kadang2 pakai jugak benda nie nak nak yang berambut panjang...

Mesti semua tahu apa benda nie kan....




Wah memag cantik kan... nak nak awek awek yang rambut panjang kan... siap ada kaler kaler lagi... boleh buat ikat rambut, jadikan gelang dan macam macam lagi ha.... memang nampak cantikkkan....


Benda nie memang menarik kan... tapi tahukah anda dari apa ia di hasilkan. ?

Mari kita selidik...... jeng! jeng!

Alatan yang di perlukan....

1) Mestilah Getah Rambut tu yer.... (KEDAI RM2.00 Banyak ada jual)
2) Gunting,

rasa rasa cukup dengan 2 benda nie ajer kot... tak kan nak bawak tabung uji plk kan... susah nanti mana nak dapat kan.....


 Mula mula.. mari kita potong benang dia... hati hati tau.. kang luka.. batal posa tau....


Ok separuh dah di keluarkan... rehat sebentar !....... mcm iklan kit kat plk kan....  dah teruskan lagi sampai habis semua benang itu di buang....




Ok sekarang dah habis kan.... perasan tak apa material yang bewarna merah tu ?
itulah kondom   bukan kondominum ok tapi kondom atau lebih dikenali dengan panggilan "LOVE CAP" betul ker panggilan tu dan pelbagai lagi panggilan dia...

Jap jap ... Tahan.. nak muntah !.... kang batal puasa den kang !...

Sebenarnya benda ini adalah recycle kondom.. yang di proses di negara China...dan di jadikan bahan hiasan... kira macam kraftangan lah nie... tapi dari mana asal kondom tu tak dapat di pastikan lah kan....
Bahayanya benda ini boleh meyebabkan merebaknya belbagai penyakit bawaan seksual (STD) macam siplis, ginorea, HIV & AIDS... dan sebagainya.... eiii Nazubilllah !

Bayangkan masa korang nak ikat rambut tu korang akan masukkan atau gigit kat mulut kan... eiiiii.... tak terbayang dek akal weiii.... dan kat situlah virus virus STD itu akan menjangkiti korang.... lps tu kalau korang ehem! ehem!.... abis lah menjangkit kat orang lain..... naya ajer kan....

Sebenarnya industri ini sah di negara China... jadi berhati hatilah yer... jangan jadi mangsa... nak cantik dan bergaya tapi hujung - hujung merana..... check dulu apa sahaja yang korang nak pakai.. cantik tak semestinya selamat. okey.....

So apa komen korang ?, mesti mau komen... kalau tak aku suruh ultramen taro fire korang ! ha ha ha 


Apa apa pon Layanzzz ajer...

07 August 2010

Ilusi ! Apa yang anda lihat ?

Asalamualaikum semua !

Just nak share something buat semua !..

Cuba perhatikan pic bawah nie... apa yang anda nampak ?

Sila beri pendapat & komen anda.....

Sila tenung dalam dalam dengan fikiran yang relex....




p/s:  Apa yang kita nampak sebenarnya bukan yang sebenarnya... sebab kita sebagai manusia biasa ada "ILUSI" dan selalu salah tanggapan.... tapi yang penting apa yang kita pam basikal faham bukanya apa yang orang lain faham..... komen sikit ! peduli apa aku kan...

sapa tak nak komen nanti kena karanzzz..... he he he
Layanzzz ajer...

02 August 2010

Nak Harga Minyak di turunkan ? mungkin RM0.50 Seliter !

Asalamualaikum semua ! Ini adalah automatic entry !

Nak Harga Minyak di turunkan ? mungkin RM0.50 Seliter ? mungkin boleh.. dan masa tu harga barang sure berubah ...

tak pasti lah jatuh atau makin naik !




Terima Kasih Pakcik Google !

Tetapi antara perkara yang perlu kerajaan lakukan !

1)  Tiada Pendidikan Percuma ! - Bayar yuran sekolah tiap tiap bulan,Yuran perperiksaan kena bayar & beli buku teks sendiri,
2)  Tiada Perubatan Percuma ! Jumpa doktor kerajaan kena bayar ikut pasaran - Ubat pon kena bayar ikut harga pasaran,
3)  Fasiliti kerajaan pembaikan 4 tahun sekali (BERJIMAT CERMAT)
4)  Pegawai kerajaan - Tiada lagi COLA, Tiada lagi Elaun Perumahan, Dan Pelbagai lagi elaun - hanya gaji "BASIC","BONUS" jangan mimpi !
5)  Tiada lagi duit saguhati - Naik sekolah atau sambutan Hari Raya.
6)  Kakitangan Swasta Gaji RM 1500.00 kena cukai, Pegawai kerajaan pon sama !
7)  Cukai perniagaan di tingkatkan,kepada 30% (bos-bos sure tak suka nie)
8)  Tiada lagi insentif perniagaan bagi yang baru dan juga yang lama!
9)  Pegawai dagang asing - pendapatan mesti sama dengan pekejra tempatan (sure pelabur asing lari nie..)
10) Tiada lagi PTPTN (sbb ramai yang tak bayar) Tiada lagi Biasiswa. JPA dsb.
11) Gaji kakitangan awam di turunkan dan di bayar 2 kali sebulan. serta di nilai mengikut prestasi.
12) Sesiapa yang pakai kereta Import perlu bayar "cukai jalan" 2 kali ganda daripada kereta tempatan.
13) Nak beli minyak & barang makanan perlu gunakan MY KAD.. masa inilah gunanya MY KAD.
14) Sesiapa yang di tahan di penjara dan pusat tahanan - Keluarga / waris perlu bayar "yuran" untuk tampung kos pengurusan & makanan

15) Sesiapa yang beli barang import akan di kenakan cukai dengan lebih tinggi..berbanding beli barang keluaran tempatan.


Jadi dengan langkah langkah ini pasti kerjaaan dapat memberikan subsidi kepada pengeluar Minyak atau barang makanan, jadi rakyat pastinya dapat merasai penurunan harga barang makanan ini secara drastik, Tetapi pada satu sudut pula ekonomi negara pastinya FDi negara akan jatuh merudum, di sebabkan penarikkan modal oleh pelabur asing yang melabur di negara ini di sebabkan mereka hilang minat untuk melabur di negara ini... mungkin mereka akan beralih ke negara-negara jiran.. maka selepas ini mungkin hilang gelaran "Mat atau minah Indon" tetapi di gantikan pula dengan "Mat dan Minah Malaysia" ! adakah anda sanggup ?

Jadi bersyukurlah dengan apa yang kerajaan lakukan, kerana mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan demi menjaga kepentingan rakyat.. cuma kalau ada yang tak betul, tegurlah dengan cara yang berhemah, sebab dalam Islam pon ada nyatakan dan panduan bagaimana nak menegur pemimpin andainya mereka tersalah membuat pilihan.

Jadi bagaimana ? anda sendiri yang perlu buat pilihan ! jangan gadaikan hari ini dan juga masa depan negara dengan agenda yang tak tentu hala... rasalah "berdosa" kepada anak cucu kita nanti andainya akibat dari tindakkan kita nanti mereka "merana".......


Fikir lah ya, fikir dengan otak bukan dengan kepala lutut ! jadi sanggup kah anda ??



Layanzzz ajer !