cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

28 January 2011

Mahu Jadi anak ikan ?

Asalamualaikum semua ! Salam sejahtera buat semua...

Wow tajuk memang tak boleh blah kan... jangan salah angap yer.. bukan "anak ikan" yang itu.. tapi jangan jadi macam anak ikan dalam cerita ini lah yer....

Masa saya blogwalking pagi tadi terjumpa satu artikel nie.. menarik so nak kongsi dengan kawan-kawan serta readers sekalian.. moga moga dapat di jadikan iktibar kepada kita semua .. Insallah !



Kisah seekor anak ikan

Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?".
Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan....Suatu hari nanti, anakanda akan diuji dengan godaan-godaan yang mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar. Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apapun kecuali untuk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara."

"Alam apa itu ibu?"

"Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan akananda akan merasa kesakitan di mulut anakanda. Kemudian, mereka akan tarik anakanda ke arah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta... anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.
"Setelah dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu... manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna... Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu... Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit... ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu..."
Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masih tidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu..

Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak lazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata," Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku.... makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....", terlintas nafsu yang datang menggoda... lalu.. setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat...setelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dalam dirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang benar...cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu dia telah menjadikan dirinya terkorban ! sedih bukan ?


 Pic Credit to yahoo.com


Moral : Jangan sekali-kali berasa sangsi dengan kata-kata orang tua... Jangan terlalu mengikut hawa nafsu,kelak memakan diri sendiri nak menyesal pun dah x ada gunanya. lagi satu  masa mandi sungai ker laut ker jangan makan pancing tau.. he he he he

Jadi apa komen anda ? komen tau kalau x komen nanti saya panggil ultramen fire awak... he he he.. gurau jer... kalau sudi komen lah moga kita boleh berkongsi pendapat (bukan pendapatan tau...) dan macam biasa jom kita sama sama Layanzzz ajer !




Credit to: http://sueana.blogspot.com/2010/11/seekor-anak-ikan.html

27 January 2011

Jasa anda semua & Nuffnang ! - Terima Kasih

Asalamualaikum semua! Salam sejahtera keatas kawan-kawan semua,

Mesti hairan kan kenapa aku minta maaf? (Yer ker? - kot kot korang kata ada aku kesah ? He he he)
- Bukan aper lama dah aku tak update entry terbaru dalam blog nie... apa lagi nak bersiar-siar ke blog korang.. Hanya beberapa blog ajer yang sempat aku lawat.. Bukan apa semenjak awal bulan 11/01 yang lepas aku di berikan banyak tugasan yang sangat penting dan "URGENT" - memang tak sempat nak update blog lah.. Memang ada banyak info dan maklumat yang nak di kongsi bersama kawan-kawan di dunia maya nie... Dan juga readers’ sekalian…
Namun begitu masih ada jugak pelawat-pelawat yang sudi singgah ke blog aku yang dah bersawang mcm dalam gua... Terima Kasih aku ucapkan... “JASAMU DI KENANG”


  Dan dalam tempoh tersebut aku telah terima cek dari pakcik Nuffnang, walaupon tak banyak aku merasa bangga jugalah akhirnya terima cek dari hasil penat lelah aku dalam tempoh 4 bulan lebih telah datang hasilnya, setelah aku bank in kan cek tersebut dalam masa 3 hari telah masuk dalam akaun… apa lagi sebanyak RM 10.00 telah aku dermakan dalam tabung masjid di sebuah masjid di Seremban nie…dan aku niatkan untuk semua kawan-kawan dan juga visitor yang sudi klik iklan yang di siarkan di BLOG Abd Karim MJ nie…  dan juga kepada Nuffnang yang tetap sudi menjadikan aku nie tempat menyiarkan iklan ! – Semoga syaikat nuffnang nie akan menjadi lebih kukuh dan juga terkenal di seluruh dunia, dan mana tahu leh jadi syarikat penyiar iklan online terungul di dunia.. amin… dan masa tu nuffanger mesti rasa amat berbanga dengan menjadi salah seorang ahli syarikat yang terunggul dalam bidang pengiklanan online di dunai kan… Iinsallah !
Selain itu RM 10 lagi aku dermakan atas nama Keluargaku yang tersayang.. Wife aku, dua orang hero ku, kerana dengan sokongan wife aku, serta masa untuk anak-anak aku yang aku korbankan untuk blog ini telah mendapat pulangannya… jadi Insallah dengan sokongan mereka aku akan terus menulis dan berkongsi maklumat untuk semua!
Oklah rasa cukuplah entry kali ini, moga kita bertemu kembali di entry yang lain.. Insallah sehingga itu macam biasa … Layanzzz ajer !

Asalamualaikum !