cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

17 December 2010

Kemalangan Ngeri - Sekadar renungan buat semua !

Asalamualaikum semua.. salam sejahtera...

Maaflah jaran bw skrg nie apatrah lagi nak update cerita-cerita atau informasi buat kawan kawan semua... sebenarnya masa tengah berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog.. (maaflah bukan semua dapat di lawat - Insallah lainkali akan di lawat pula yer..) terjumpa satu clip video pasal solat.. menarik sungguh.. jadi saya pon try search kat youtube tu.. so inilah yang saya jumpa... tersentuh hati bila tonton video tuh... jadi di sini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan serta readers yang sudi singgah kat blog ini.....




Jadi apa pendapat dan komen anda mengenai video ini ?

rasanya cukup samapai kat sini kot... moga bertemu dia lain entry....

Apa apa pon Layanzzz ajer

11 December 2010

Kisah Kelapa Tua.

Asalamualaikum Semua... lama sangat saya tak update entry baru di ruangan blog ini.. terlalu sibuk ... cuma terbaca sedikit artikel ini dan saya anggap ianya menarik jadi sekadar berkongsi dengan semua... mengenai kisah kehidupan kita ini ibarat

             "KISAH KELAPA TUA"





Kelapa tua.... Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macamtu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalahisinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanaslah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan Yang Maha ESA. 


Jadi apa pendapat anda ianya ada kaitan dengan kehidupan kita ? tolong beri komen anda....
Moga bertemu lagi di update yang lain...

Jadi apa apa pon macam biasa.... Layanzzz ajer !

24 November 2010

Rahsia pemakanan genius-genius Islam ..

Asalamaualaikum Semua !. Lama tak menulis dalam blog ini... teramat sibuk dengan kerja & tugasan seharian... kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua.. moga moga kita mendapat kebaikan daripadanya... amin...


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU (Bukan bermadu yer....)
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS (bukan Kiss me...)
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU DAN OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING KAMBING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

Jadi .. elok kita amalkan benda ini.. moga moga kita mendapat kebaikan daripadanya... apa apa pon...
Layanzzz ajer

25 October 2010

Kepentingan Pemadam API.

Asalamualaikum semua, Salam Satu Malaysia…

Bertemu lagi di alam blog… semoga yang sering singgah sini dapat serba sedikit ilmu dan pengetahuan daripada entry entry yang lepas, Bukanlah saya ini sesiapa, Hanya sekabar berkongsi ilmu, yang tak seberapa, mudah mudahan ianya di berkati ALLAH, insallah…

API!  - KECIL MENJADI KAWAN –BESAR MENJADI LAWAN

Pepatah ini seing kita dengar dan kerap kali kita dengar dan rasanya kita sudah arif mengenai apa maksud pepatah ini bukan?

ADAKH KITA TELAH BERSEDIA DENGAN API INI?

            Kalau kita perhatikan setiap isi rumah mempunyai risiko kebakaran, begitu juga dengan kejadian kemalangan jalanraya dan seterusnya mengakibatkan kebakaran, jadi kita perlu bersedia, kerana punca kebakaran adalah api, betul kata pepatah kecil- kecil menjadi kawan – kerana sememangnya kita memerlukan api dalam kehidupan, seperti memasak dan sebagainya… tetapi bila api tersebut telah menjadi besar.. Ianya pasti akan menyebabkan kemusanahan harta benda serta mengorbankan nyawa… oleh itu kita semua perlu bersedia dengan sesuatu langkah untuk mencegah api tersebut dari menjadi pemusnah harta benda dan yang lagi dahsyat lagi kehilangan nyawa, salah satu daripada langkah pencegahan tersebut ialah dengan menyediakan pemadam api di rumah dan juga di dalam kereta, kerana fungsinya yang dapat mencegah api daripada menjadi “BESAR”
Selain daripada itu kita juga boleh menyediakan “Selimut Pemadam Api” tepati cara ini memerlukan seseorang yang sabar dan tidak mudah panik serta telah mendapat latihan serta tunjuk ajar cara cara menggunakan alatan tersebut. 



BAGAIMANA API TERJADI?

Api terhasil apabila tiga bahan bergabung iaitu:

1)      Bahan Api – Kertas, Minyak, Kayu, Kain dan sebagainya
2)      Udara – yang membekalkan oksigen.
3)      Haba & Suhu – Suhu yang tinggi akan menyebakkan terhasilnya api.



PUNCA TERJADINYA KEBAKARAN.

Pada kebiasaanya kebakaran akan terjadi hasil daripada percikan bunga api, ubat nyamuk, lilin, kebocoran gas memasak, litar pintas akibat daripada lebihan bekalan kuasa atau penyambungan yang tidak baik, kerosakkan bahan penebat serta pelbagai lagi punca yang boleh menjadi punca kebakaran.


FAKTOR TERJADINYA KEBAKARAN

Faktor terjadinya kebakaran adalah berpunca daripada 3 faktor,
1)      Faktor semulajadi seperti cuaca panas
2)      Faktor Kemalangan yang di sebabkan oleh kecuaian manusia.
3)      Faktor Khianat, seperti senghaja di bakar.


BAGAIMANA LANGKAH MEMADAMKAN KEBAKARAN YANG DI SEBABKAN OLEH API

Langkah memadamkan api ini ada berberapa langkah, (macam nak ambil krusus bomba pulak kan…)  

1)      Melaparkan API, dengan mengalihkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain, atau mengalih api serta bahan api yang sedang terbakar ke tempat lain juga dengan menghancurkan bahan api yang sedang terbakar supaya api dapat di padamkan dengan mudah.

2)      Melemaskan API, dengan menghalang kemasukkan udara yang membantu pembakaran dengan menutup permukaan bahan api supaya tidak terus terbakar.


3)      Menyejukkan API, sememangnya sifat fizik API adalah panas dan juga sifat fizik Air pula sejuk, jadi sifat yang berlawanan ini dapat menurunkan suhu dan haba ketahap yang lebih rendah, jadi bila suhu dapat di turunkan maka nyalaan juga akan terpadam.

4)      Memutuskan Rantaian Tindakbalas, dengan mengunakan agen pemutus tindakbalas yang sesuai keatas sesuatu tindakbalas yang menyebabkan kebakaran seperti gas karbon dioksida, dan sebagainya.

Jadi sejauhmanakah anda telah bersedia untuk menghadapi API ini?
Adakah anda sudah mempunyai alat pemadam api yang sesuai?
Adakah anda tahu menggunakannya?
Lainlah kalau anda seorang angota Bomba dan Penyelamat saudah pasti ini semua di hujung jari anda sahaja bukan…

JADI APA KEPENTINGAN PEMADAM API INI?

  
Pemadam api ini penting sekiranya dapat di simpan di rumah atau di dalam kenderaan, kerana kalau kita perhatikan di banggunan- banggunan atau kenderaan awam sememangnya terdapat peralatan untuk melawan dan memadamkan api, ini sebagai langkah berjaga jaga dan pencegahan awal untuk melawan api… dengan cara melemaskan api tersebut, biasanya pemadam api ialah dari jenis serbuk, dan ia akan menutupi bahan api dari terus membakar.
Biasanya apa yang kita perhatikan bila terjadinya kebakaran, kita akan panggil bomba melalui talian kecemasan 999, oleh kerana jarak sesuatu bali bomba dan juga kesesakan jalanraya atau keadaan jalan yang sukar di lalui oleh bomba... Maka biasanya apabila jentera bomba sampai kebakaran telah menjadi besar atau kebakaran tersebut telahpun terpadam dengan sendirinya, pada masa itu pastinya telah mengakibatkan kemusnahan harta benda atau telah menyebakan kehilangan nyawa bukan.

Sekiranya di letakkan di dalam kenderaan pula ianya dapat di jadikan alat bantuan segera dengan memadamkan api yang tejadi akibat daripada perlangaran tersebut, kerana saudah pasti setiap pelangaran akan mengakibatkan suhu yang tinggi serta percikan bahan api, jadi kebarangkalaian terjadinya kebakaran adalah tinggi, oleh itu sekiranya ada pemadam api ini sudah pasti ianya dapat di gunakan untuk mencegah api dari marak.

Satu lagi kegunaan pemadam api ini juga dapat mencegah dari tindakkan orang yang tidak bertanggungjawab serta orang yang berniat jahat, tidak kira sama ada di rumah mahu pun di jalanraya, kerana binaan tabung pemadam api ini amat keras ianya mampu di jadikan senjata perlindungan diri  dan juga hasil daripada semburan tersebut boleh menyebabkan sesak nafas dan mengaburkan penglihatan oleh yang demikian ianya dapat menghalang mereka daripada meneruskan niat jahat mereka tersebut… bahaya jugak kan…. Bernas tak idea ini… he he he tapi jangan di salahgunakan pula yer…

Jadi saranan saya seboleh bolehnya dapatkanlah alat pemadam api di letakkan di rumah atau di mana sahaja yang mudah untuk di gunakkan terutamnya di masa masa kecemasan kerana mungkin bukan kita yang memerlukanya pasti akan ada orang lain yang memerlukannya,

Sekiranya anda benar-benar ingin memiliki alat pemadam api ini tetapi tidak tahu bagaimana caranya sila beritahu saya Insallah saya akan usahakan tetapi dengan sedikit modal yang perlu anda keluarkan, kerana apalah harga sebuah pemadam api berbanding dengan nilai harta benda atau nak di bandingkan dengan nilai satu Nyawa… ianya terlalu kecil, anda boleh majukan email kepada saya di akmjrr001@gmail.com  Insallah saya akan bagitahu bagaimana untuk mendapatkannya…. “BUT SAY NO TO SPAM”


Ok lah .. apa komen anda ? dan apa lagi macam biasa Layanzzz ajer !

21 October 2010

Apa kes nie ek ? silap fakta atau ???

Asalamualaikum semua salam satu malaysia !

Terbaca kat Sinar Harian Online... tak tahu lah mana dia dapat maklumat ini atau maklumat ini pihak pendakwa yang bagi.. kalau yer sure kes nie leh lepas....


cuma nak bagi nasihat pemberita tu atau pemberi maklumat silalah bagi maklumat yang tepat dan terkini....
kalau lah maklumat ini yang di berikan dari pihak pendakwa sure kes nie leh lepas.. sebab dah tak ada lagi blog kat blogspot.com.my  - jadi apa komen anda ? - saya sarankan jangan jadi cuai !

Hemmm apa apa pon Layanzzz ajer

14 October 2010

Perlukah Ambulan Udara di Malaysia ? Sila beri komen !

Asalamualikum semua, Salam Satu Malaysia!

Bertemu kembali di masa yang singkat… mungkin sebelum ini masa nak update blog mungkin ambil masa seminggu.. tapi entah mengapa tiba-tiba sajer datang idea yang mencurah curah, mungkin ini semua ada kaitanya dengan “Trajedi Oktober” pada 10.10.10 yang lepas yang mengemparkan negara dan juga berita ini di telah di baca oleh hampir seluruh dunia..

Ini berdasarkan permerhatian saya pada blog blog rakan rakan blogers sekalin yang mana menceritakan nahas jalan raya di lebuhraya PLUS di km 223 Arah selatan berhampiran dengan susur keluar tol Alor Gajah, mennjukkkan bilangan pembaca dan juga pengunjung dari dalam dan juga luar negara dan ada juga di blog rakan rakan blogers yang mencecah 10K UV… wah wah wah… hebat sungguh blogers tu kan… nak tahu sapa? Nanti saya bagitahu yer…

            Terbaca dekat Surat Kabar Online hari ini (saya baca online ajer nak jimat Kos lah katakan… sebab beli punya macam tak berbaloi sebab membeli kertas iklan sahaja) mengenai Negara sudah sepatutnya memiliki perkhidmatan Ambulan Udara – (Ambulan Helikopter) – petikannya seperti di bawah ini,



Wah bernas sungguh cadangan tersebut, jika kita perhatikan kebanykkan hospital yang baru di bina mahupun yang telah lama di bina, sememangnya akan terdapat sebuah “HELIPAD” atau tapak pendaratan helikopter, jadi semamangnya bersesuaian kalau di gunakan sepenuhnya kemudahan tersebut.. tak ada lah nanti di jadikan tempat landing kereta pulak, sebab tak di gunakan jadi letak kereta pulak nanti… ini kan di namakan pembaziran.. ta kan nak tunggu “NURI” ajer landing kat sana… bahaya oooo.


            Mengambil contoh negara Asia yang ada perkhidmatan Ambulan Udara ini, seperti Hong Kong dan juga India,  perkhidmatan ini telah berjaya menyelamatkan nyawa dengan cepat dan mudah… mana tidaknya.. Seperti yang kita tahu sifat fizikal helikopter tidak memerlukan ruang yang besar untuk mendarat mahupun untuk berlepas dan ia juga boleh terapung statik di satu satu lokasi untuk jangka masa yang panjang jadi kelebihan serta untuk sampai ke tempat kemalangan dan kejadian adalah mudah sekalipun terutamanya di tempat yang sukar untuk di hubungkan dengan pengangkutan darat.

            Kalau kita perhatikan juga memang dah menjadi sikap pemandu di Malaysia ini yang tak suka berada di belakang kalau terpaksa beratur, jadi sebagai jalan mudahnya mereka akan bertukar lorong dan menggunakan lorong kecemasan yang sepatutnya di gunakan oleh motorsikal dan juga pihak berkuasa seperti Polis, bomba dan juga ambulan, oleh kerana sikap pemandu di negera ini yang sebegini maka lorong tersebut sudah menjadi hilang fungsi dan menyebabkan kelancaran pihak berkuasa tersebut sampai ke lokasi kejadian tergangu, sebab sikap pemandu di negera ini yang “kalau tak kena saman, tak salah lah tu !” ini kadang kala menyebakan nyawa orang lain menjadi taruhan.
            Ada juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa kemalangan ngeri pada 10.10.10 di lebuhraya PLUS yang lepas, bantuan dari pihak berkuasa adalah lambat sampai, mana taknya kalau dah sikap macam ini tidak hairanlah kalau perkara ini boleh terjadi, andaikata kita mempunyai perkhidmatan Ambulan Udara… maka sedikit sebanyak risiko pasukan bantuan kecemasan terperangkap dalam kesesakan dapat di kurangkan dan juga di elakkkan, jadi risiko kehilangan nyawa dapat di kurangkan kerana bantuan awal dapat di berikan dengan segera serta mangsa yang parah dan kritikal dapat di beri bantuan perubatan dengan awal…

            Perkhidmatan Ambulan udara ini juga amat efektif untuk di gunakan sekiranya terjadinya kemalangan di kapal-kapal dagang yang melalui perairan negara, sedikit sebanyak ianya dapat mempertingkatkan  tarikan untuk kapal dagang untuk singgah dan melalui perairan negara dan dapat juga mempertingkatkan ekonomi negara, apatah lagi dapat memberikan bantuan kecemasan kepada nelayan di laut, serta di penduduk kepulauan di sekitar perairan negara. – Macam nie lah yang di namakan “Rakyat di dahulukan” betul tak?

            Apa apa pun cadangan ini hanyalah satu cadangan dan idea yang tak seberapa daripada saya seorang yang tiada apa apa kuasa kecuali satu undi semasa pilihanraya nanti, jadi apa apa pon terpulanglah kepada pemikiran dan keputusan dari pihak berwajib dan juga pihak-pihak yang berkenaan, adalah lebih baik menggunakan dan memperuntukkan wang dan perbelanjaan secara berhemah demi masa depan negara dan juga demi kebajikan negara serta rakyatnya….



Jadi apa pendapat korang semua patut tak negara kita memiliki Ambulan Udara ini? Jadi tolong komen sikit…..


So apa apa pon macam biasa datang sini ….. Layanzzz ajer…

12 October 2010

10.10.10 Satu tarikh Keramat... apa pada anda ?


Asalamualaikum semua, Salam satu Malaysia,

Bertemu kembali di ruangan blog ini, semoga anda semua berada di dalam keadaan yang megembirakan,

Ok tanggal 10.10.10 yang lalu kita di kejutkan dengan satu kejadian yang megemparkan negara… kemalangan ngeri di Lebuhraya PLUS di KM223 berhampiran dengan susur keluar tol Alor Gajah, menyaksikan gambar-gambar serta video yang telah di muat naik dari pelbagai pihak… Mennunjukkan betapa dasyatnya kemalangan tersebut maka trajedi tersebut bolehlah di sifatkan sebagai “TRAJEDI OKTOBER” kerana tarikhnya yang unik…

Salam Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangn tersebut, dan ucapan Tahniah dan terima kasih buat orang perseorangan yang mula mula tiba dan memberikan bantuan serta pertolongan ikhlas kepada mangsa yang terlibat, serta sekalung penghargaan kepada pasukan keselamatan yang terdiri daripada POLIS, BOMBA, JPA, Pihak Hospital (Ambulan dan angota medic) jasa anda pasti akan di jadikan kenangan serta semoga jasa anda semua hanya di balas olehNYA… amin…
Inilah uniknya MALAYSIA bantu membantu tak kira siapa… harap ini dapat di teruskan… tapi bagi yang mengambil kesempatan dengan mencuri pula... Harap anda akan sedar dengan sikap anda yang mengambil kesempatan di atas musibah yang menimpa orang lain… dan ini sangat tidak elok… fikir fikirkan lah yer…

            Tanggal 10.10.10 pon ramai juga mengambil kesempatan pada keunikkan tarikh ini untuk melangsungkan pernikahan, persandingan, pertunangan dan sebagainya. Apa! tarikh tu jugak ramai pasangan kekasih yang *** tut*** iskh apa nak jadi dengan korang nie… cuba cuba lah di bawak bertaubat… bukan tau buat ! Subhanallah !

            Cuma apa yang nak di kongsi pada kali ini bulan OKTOBER 2010 ini kita akan mengharungi 5 Kali Hari Jumaat. 5 Kali Hari Sabtu dan juga 5 kali hari Ahad… dan ianya perkara yang jarang berlaku dan hanya berlaku sekali dalam masa 820 tahun… sungguh unik bukan ? dan sesuatu yang mustahil untuk anda menemuinya lagi.. lainah kalau anda boleh hidup 1000 tahun lagi... ha kalau macam tu pasti boleh lah kan... - alamak makin lewat lah gaji keluar bulan ini kan… he he he.. jadi tolonglah pakcik nuffnang bagi BE, ME, lebih lebih kat blog saya nie yer…. Dapatlah tokok tambah sikit bulan depan nie kan….

Walauapapun yang terjadi kepada diri anda .. 10.10.10. tetap akan meninggalkan diri anda dan lepas ini satu tarikh keramat pulak 20-10-2010  (2010-2010) - apa perancangan anda pula ? dan apa komen anda ?

Jadi rasanya tak banyak mana saya nak bercerita buat kali ini dan rasanya cukup buat kali ini … jadi moga bertemu di lain kali…. Insallah.. jaga diri…

Dan Layanzzz ajer !

06 October 2010

Selamatkah Air Minuman anda ? Sila ambil tahu dah lakukan !

Asalamualaikum semua! Salam Satu Malaysia….


Kembali lagi saya di ruangan blog saya ini untuk berkongsi maklumat yang saya kira boleh berguna kepada sesiapa yang suka mencari maklumat – maklumat terkini di ruangan blog, dan tak kurang bagi yang suka membaca di ruangan blog – sebab dengan banyak membaca kita makin dapat banyak maklumat – tapi tak suka baca blog politik.. sebab banyak memeningkan dan macam blog budak-budak .. yang mana sering ejek mengejek dan juga berbalas balas… hemm entahlah macam tak matang ! – jadi lupakan bab itu…

Diam tak diam dah bulan Oktober kan… Trajedi Oktober ! harap tak ada trajedi Oktober buat semua readers di blog saya yang tak seberapa ini… amin….

Ok apa yang saya nak kongsikan hari ini? – Cuba teka? 
 Huh macam budak-budak jugak.. Main teka teka kan… ha ha ha.. 
tak ada apa Cuma nak buat sikit kelainan … lain ker?  Macam biasa ajer Kan… hem…

Jadi kembali kepada tajuk asal kita… berhati hati dengan air yang anda beli, sekarang ini bukan sahaja kita perlu berhati-hati dengan air yang di berikan kepada kita sekali pun oleh orang kita baru kenal, apatah lagi kalau tak kenal…malah kena berhati-hati dengan air yang anda sendiri beli…atau terima… alasan “SAYA BELANJA” bukannya alasan untuk menerima pemberian tersebut, apalah gunanya nak di bandingkan dengan sebotol air mineral dengan keselamatan serta nyawa anda….

Tentu anda tertanya-tanya mengapa kita perlu berhati-hati dengan air yang kita beli sedangkan ianya masih mempunyai penutup keselamatan “security seal”!  Seperti yang kita ketahui bahawa seal tersebut hanyalah jaminan dari pihak pengilang bahawa product tersebut adalah terjamin dari segi kebersihan dan ketulinannya semasa selepas di keluarkan tetapi tidak kepada keselamatanya di dalam pasaran.

Mari kita ambil satu contoh, botol air mineral – kebanyakanya botol tersebut di perbuat daripada plastic yang lembut (botol recycle – macam dalam entry yang dulu tu) macam dalam gambar di bawah ini, dan kita perhatikan juga bagaimana botol tersebut di pamerkan, dan kadangkala ianya tidak di bersihkan sampai berhabuk… for sure ramai tak akan ambil botol ini bagaimana pula dengan anda? – Mungkin sebab habuk anda tak ambil – takut virus kencing tikus? ada betul jugak..  Tetapi kalau yang berkilat dan di pamerkan di ruang utama pon belum tentu selamat… 



Sedikit pesanan buat semua jikalau kita nak beli air dalam botol atau kotak, jadikan cara ini tabiat bagi kita untuk mengesan sebarang kebocoran kecil daripada bekas tersebut dengan menterbalikkan botol tersebut dan picit secara perlahan, pastikan tiada lelehan atau pancutan air dari bekas tersebut, terutamanya di bahagian leher hingga ke penutup bekas tersebut, sekiranya ada sila pilih yang lain atau terus jangan beli demi keselamatan diri dan keluarga kita.

Mengapa ?

Jawapanya ialah kerana botol tersebut adalah lembut dan nipis jadi ianya senang bocor dan mudah di tebuk dengan jarum… jadi kelemahan ini memungkin penjenayah mencucuk botol tersebut dengan pincagari untuk memasukkan ubat tidur atau ubat khayal kerana bahan ini mudah di dapati, dan cara ini juga membolehkan sebarang dadah memasuki dalam badan kita…sementara itu mungkin penjenayah tersebut akan memerhatikan dan mengekori kita dan apabila bahan tersebut telah bertindak balas dalam badan kita dan pada ketika itulah penjenayah tersebut akan muncul dan mengambil kesempatan keatas kita, dan pada masa itu juga pastinya kita tiada daya untuk berfikir apatah lagi daya untuk melawan…

Jadi bagaimana ?

Menakutkan? Sememangnya kita tidak boleh jangka apa yang akan terjadi kepada kita, oleh itu perlu kita mengambil langkah-langkah keselamatan yang ringkas, dan nampak remeh akan tetapi ianya boleh memberikan impak yang besar kepada keselamatan diri dan juga keluarga kita.

Jadi sekali lagi saya nasihatkan bazirkan sedikit masa dengan dengan memilih minuman anda dengan menterbalikkan botol tersebut dan picit secara perlahan jangan kuat-kuat kang pecah kang kena bayar jugak kan… kenapa perlu menterbalikkan ? sebab kalau di tebuk dari sebelah tepi atau bawah sudah tentu air tersebut akan habis kan… ha ha ha… dan andainya di dapati ada lelehan atau pancutan air dari leher atau penutup air tersebut maka elakkkan dari membelinya, begitu juga dengan Coca Cola – jika di campur dengan Serbuk perisa makanan (MSG) pasti anda akan pengsan dalam masa kurang dari 5 minit. Jadi berhati hatilah yer. Semoga anda dan keluarga serta rakan rakan anda terhindar dari segala musibah ini. Insallah !

Jadi moga bertemu lagi di lain kali… dan moga saya terus di berikan kekuatan untuk menulis dan berkongsi dengan anda semua pelbagai lagi maklumat yang berguna (berguna ke?) dengan semua rakan-rakan blogers serta rakan readers di luar sana…

Jadi apa komen anda?

Dan macam biasa Layanzzz ajer!

Salam……






30 September 2010

Ha kan dah kena Warning ! - Korang ada tak buat macam ni ?


Asalamualaikum semua! Salam Satu Malaysia,

Bertemu kembali kita di alam bloging ini… harap korang semua sihat lah yer..
Pagi ini dalam keadaan cuaca di luar yang basah sebab hujan yang turun mencurah2 pagi ini… dan disebakan itu saya terlewat untuk punch card… hemm tak apa lah dah terlewat macam mana…

Masuk masuk office di wajibkan check email syarikat – banyaknya complain dari customer – jenuh nak jawab nie… sambil menyelam minum air – check sekali email sendiri , he he he…– tetiba nampak plk email dari “nuffang” – wah macam best ajer nie nuff bagi saya email – baca punya baca macam tak berapa paham (nasib baik ada Bahasa Melayu) –Oh! Amaran lah pulak, Ini sebab aktiviti “Klik Sesama Sendiri” dan jugak lebih di kenali sebagai “fraud click” Hem… ada jugak yang tinggalkan komen “klik di tempat anda – Klik balik di tempat saya” – Wah sungguh berani orang itu dengan kenyataan sebegitu Kan…  

Ini dia amaran dari pihak Nuffnang,

     “Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.”

Diantara perkara dan aktiviti yang mereka beri amaran,

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:

-
klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi 
   meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
(Ramai jugak yang buat begini Kan - jangan pulak nanti tak mahu klik kat tempat saya ye)

-
Mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
(Larat ker nak ada lebih dari satu blog? saya yang satu nie pon tak terupdate selalu – nak 2 ke 3... jawabnya tak payah buat kerja lah... tak pon penuh bersawang lah jawabnya…)

-
Menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang
 (ada jugak yang suka clear cache & Recent History & buka blog sendiri klik pada iklan)

Bagi kawan – kawan semua, Ini Nasihat dari Nuffnang!

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Jadi kat sini saya nak nasihatkan kawan2 semua “Dalam kita berbloging ini perkara yang kita perlu buat ialah rajin … rajin rajin lah update entry (aku tak berapa rajin tak macam sis MAK, Dahlia, mahupun SIS Lulu pages…dan banyak lagi yang selalu dapat UV beribu sehari…apatah lagi REDMUMY …. Jadi follower dia pon dah cukup bangga) tapi adalah jugak nak berkongsi maklumat dengan korang semua… jadi kalau nak sangat orang klik2 iklan tu buatlah secara senyap dan ikhlas… jangan buat fraud click” ok… sebab perbuatan yang ikhlas pasti akan balasanya… insallah!

Ok lah rasanya cukuplah sampai kat sini – mungkin dah lama tak update dengan maklumat makumat yang berguna buat kawan kawan semua, sebenarnya ada banyak nak di ceritakan tetapi al maklumlah saya berkerja dan sekarang ini tidak selalu mempunyai masa yang lapang jadi tak berkesempatan nak update kan blog ini… bagi yang selalu singgah kat blog saya ini saya ucapkan ribuan terima kasih… INSALLAH  saya akan balas kunjungan kamu itu.. just inform kat saya dekat kotak jeritan saya tu…atau komen kat entry saya …nanti saya balas kunjungan anda itu….

Apa apa pon… macam biasa Layanzzz ajer.

p/s: jangan pulak tak nak klik iklan kat sini pulak nanti yer…

18 September 2010

Siapa Nak Duit Raya ?


Asalamualaikum semua…

Bertemu kembali di halaman blog ini lagi, di kesempatan ini di ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua bloggers dan juga readers yang tak henti-henti sudi menjengah blog saya ini, walaupun sempena raya trfic macam tak berapa nak cantik.. macam rumah teres dengan rumah apartment, ada tinggi dan ada kalanya macam tak berapa ada orang yang tengok.. taka pa lah kan raya lebih banyak beraya dan berziarah berbanding dengan berblogwalking kan… al maklumlah Raya kan,

Ok bila berbicara pasal berziarah raya nie, pasti yang meriah sekali adalah kanak-kanak, mana tidaknya.. pati yang di tunggu tunggu masa nak pulang ialah duit raya.. kalau di ulang zaman zaman saya masih kanak kanak dulu duit raya bukanlah keutamaan untuk ziarah beraya, tetapi nak makan kuih yang sedap sedap dan adakalanya nak bawak sebiji atau dua untuk di tunjuk kepada mak nanti… dan bila di beri duit raya yang kebiasaanya duit syiling paling banyak pon 50 sen.. wah dah tersenyum lebar.. apatah lagi kalau dapat seringgit.. pasti rumah itu akan jadi tumpuan kanak kanak, dan pastinya want tersebut akan di simpan di dalam akaun Tabung Haji atau Bank Simpanan Nasional, kata orang tua untuk masa depan…

Tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan pula dan adakalanya kanak kanak tersebut datang hanya untuk medapat duit raya atau membuat collection duit raya, dan jumlah yang di kutip kadangkala mencecah ratusan atau ribuan ringgit (mewahkan kanak kanak sekarang nie kan..) bagi yang dah berkerja lepas raya merupakan masa yang sesak tetapi tidak bagi kanak kanak yang kadangkala lebih mewah dariapada yang telah bekerja, lepas raya ramai yang dapat memiliki “benda” yang mereka idamkan seperti handpone baru atau PSP, silap silap boleh buat downpayment motor baru atau downpament kereta baru.. wah wah wah… mewah oo...

Sebenarnya konsep duit raya nie adalah adalah budaya kaum cina yang mana yang telah berkeluarga akan memberikan wang saguhati kepada yang masih bujang tanda kasih sayang .. maka konsep ini telah diadaptasi oleh bangsa melayu jadi tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ianya menjadi satu budaya yang sihat, dan niat yang baik iaitu niat untuk menderma atau hadiah kepada golongan yang lebih muda.

Pemberian duit raya adalah sebenarnya lebih kepada megembirakan golongan kanak kanak, dengan niat bersedekah.. tetapi sedekah bukanlah di bolehkan kepada semua golongan, jadi lebih eloklah niatkan untuk tujuan megembirakan mereka asalkan tidak dengan niat menunjuk nunjuk atau untuk bermegah, dan sekiranya dengan memberikan terdetik di hati untuk bermegah megah – maknanya pemberian itu tidak bermakna malahan kita pula mendapat dosa.. jadi bergantunglah kepada niat kita ye…

Jumlah pemberian pula tidaklah di tentukan berapa jumlahnya.. bersesuaianlah dengan keadaan semasa.. takkan lah zaman sekarang ini kita nak bagi 50 sen sudah tentulah tidak logik bukan… dan takkan lah nak bagi sampai 10 ringgit seorang… melampau sangat bukan.. jadi anatara seringgit hingga 5 ringgit itu dah patutlah bukan.. jadi kalau mampu tak salah tapi apa apa pon terpulanglah pada niat…

Kalau cerita pasal duit raya ini tak lari kalau ianya berkaitan dengan sampul duit raya.. sekarang ini sudah banyak design dan pihak yang telah megeluarkan sampul duit raya ini, terutamanya pihak bank, dan saya amat tertarik dengan satu sampul duit raya yang mana sekiranya di bawa dan membuka akaun di institusi tersebut maka akan di berikan RM50.00 wah ini sudah cukup baik, bagi menggalakkkan menabung dan inilah cara yang paling sesuai untuk menderma atau memberikan duit raya dengan menggalakkan konsep menabung.

Jadi berapa jumlah duit raya yang perlu di bagikan dan apa niat anda itu semua terpulanglah pada diri anda.. asalkan jangan nak bergaya tapi lepas raya kena buat “LOAN” dengan anak anda pula…yer…

Apa apa pon.. Layanzzz ajer…

16 September 2010

Selamat Hari Malaysia - Malaysiakah di Hati anda ?

Asalamualaikum semua, Salam Shawal.. Salam Satu Malaysia.. & Selamat Hari Malaysia....

Bertemu kembali di ruangan blog ini... Hari ini tak nak cerita panjang panjang hanya nak ucapkan "Selamat Hari Malaysia" buat semua warga Malaysia - ada yang masih bercuti, al maklumlah kan hari raya lagi kan... dan ada pula sama macam saya dah kembali bertugas.. hari ini saya bekerja kesian saya kan... tapi tak apa demi bangsa dan negara poket sekali lah saya gagahkan diri untuk kembali pergi kerja pagi tadi ! kata bos tripple pay ! yer ajer bos nie !

Apa apa pon apa yang anda lakukan hari ini... pastikan anda mengutamakan keselamatan yer...

SELAMAT HARI MALAYSIA !

p/s: pasti jalan raya sesak hari ini kan..... jadi bersabar lah di jalan raya....

12 September 2010

Datuk Sosilawati Di bunuh ?

Asalamualaikum Semua,


Masih dalam mood raya kan.. jadi tak ramai yang berkesempatan nak online atau berblogwalking kan... banyak beraya kan..alhamdulilah... eratkan silaturahim sesama kita ... sunnah tu.. lagi molek kalau dapat berselawat keatas nabi junjungan .. semasa pertemuan itu.. insallah dapat barakah... selain itu jagalah adab sopan dan batas pergaulan di antara muhrim dan bukan muhrim... semoga kita semua mendapat keberkatan dan hikmah daripadanya...

Selain daripada itu rajin rajinkan lah membawa anak anak dan perkenalkan kepada semua bapa saudara sepupu mereka, sebab kalau bukan kita yang perkenalkan sapa lagi... disamping itu kita juga sebagai ibu bapa juga perlu mengenali juga siapa saudara kita .. jangan nanti sampai nanti bercinta dengan seseorang tu ... dekat nak nikah baru tahu dia tu ada pertalian saudara... atau pun terjadinya kejadian terlangar .. siap bertekak.. memaki hamun tak pon bertumbuk.. last last tahu itu saudara kita.. sapa yang malu akhirnya... kita jugak kan... lagi malu orang tua kita kan.. sebab abaikan perkenalan dengan saudara sendiri.... ok yer..

Eh panjang saya merepek meraban nie... ceritanya sebenarnya macam nie.. awal pagi nie saya bukak lah FB .. lama tak baca FB al-maklumlahkan raya.. jadi sibuk jalan beraya.. jadi pagi ini berkesempatan ini saya baca lah sikit.. tetapi terbaca update di Utusan Malaysia (Ahad - Utusan Minggu) dan pelbagai lagi berita online.. yang menceritakan pasal Hartawan Kosmetik "Novel Vissage" (eh betl ker ejaan dia) Datuk Sosilawati tu telah mati dibunuh dan mayat dia bersama empat orang yang lain telah di bakar dan ada berita lain menyatakan yang abunya telah di buang ke dalam laut… pergh di buat macam mayat penganut agama hindu pulak… cis…

Adakah benar cerita dan berita ini ? kalaulah berita ini benar Tidakkah mereka yang terlibat dengan pembunuhan ini merasa sedih dengan apa yang telah mereka lakukan ini… tambahan pula masa kejadian sudah hampir sangat dengan tarikh kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri… bukannya bunuh haiwan atau apa apa pon ini bunuh MANUSIA … iskh  semakin lama semakin hapus rasa BELAS KASIHAN , IKHSAN dan IMAN dalam diri manusia.. adakah ini semata mata kerana wang ringgit… apalah nak jadi dengan manusia sejak akhir akhir ini… lebih banyak mengambil kepustusan yang di luar kotak pemikiran logik seorang manusia… tambahan pula berita yang di sampaikan pula ada penglibatan mereka yang bertaraf professional seperti peguam dan juga doktor betul ker ? tetapi mengapa pula perlu mereka sampai berbunuhan pula ? kalau perompak jalanan itu mungkin lgik dan di terima akal tetapi kalau golongan professional hemmm.. bak kata lagu elyana – “Tak Tercapai Akalku” …

Apa apa pon jikalau ianya benar maka saya dengan rasa sedih ingin menyampaikan Salam Takziah buat keluarga mangsa, dan bersabar atas dugaan dan cubaan ALLAH SWT … kerana Allah lebih menyangi mereka.. dan kalau berita itu tidak benar di harapkan agar keluarga tersebut bersabar dan berharap serta berdoa agar mereka semua selamat kembali kepangkuan keluarga masing masing. INSALLAH tempat yang terbaik untuk mengadu dan berserah hanya kepada ALLAH SWT.. kerana DIA lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNYA, dan DIA lah yang berkuasa atas segala galanya… apa apa pon kita tunggu jawapan dan kenyataan pihak berwajib dengan kenyataan sebegitu tak perlulah ada spekulasi dan gosip liar yang boleh menyinggung dan menyentuh hati mana mana pihak ! baik yang membunuh apatah lagi pihak yang telah di bunuh ! - Hemm ada yang beraya dalam lokap lah nie kan...

Jadi setakat ini sahajalan entry buat kali ini… dengan ucapan “Setiap yang bernyawa pati akan merasai Mati” Dan benarlah janji ALLAH – “Sesunguhnya Mati itu Benar”,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Layanzzz ajer

07 September 2010

Peminat "JEANS" - Sila ambil Tahu ! - Part 2


Asalamualaikum semua.....

Salam Penghujung Ramadhan, Dan Selamat Hari Raya..

Mungkin entry ini entry terakhir bulan Ramadhan 1413 kot.. entah lah mungkin.. tapi kalau ada something HOTZZZ.. sebelum raya dan saya berkesempatan nak update blog ini... Insallah saya updatekan untuk korang semua yer.... tapi ada ker yang nak baca blog time raya nie ? mesti trafic merudum kan... hemm tak apa lah janji korang semua berada di dalam keadaan selamat pada setiap saat dan ketika... Kata orang "malang tak berbau" tapi kita boleh berusaha mengelakkanya kan… apa apa gunakanlah akal fikiran.

Ok.. entry ini adalah sambungan entry yang tergantung yang lepas... mengapa kita perlu membeli dan yang penting ialah memakai jeans yang original dan berkualiti sahaja... sebabnya.. ianya berkaitan dengan nyawa dan kesihatan kita... ha.. gerun tak kalau ianya melibatkan nyawa & kesihatan tu ? .. hu hu hu.. bagi saya of coz saya gerun... untuk apa lah kita ada wang yang banyak, kalau kesihatan dan nyawa kita terancam kan....

 Levis - made in Thailand !

Ok macam nie.. Jika kita perhatikan .. atau pernah masuk kedai atau butik jeans berjenama seperti LEVIS, GUESS dan sebagainya pasti kita terkejut dengan harga sehelai seluarnya kan.. kalau nak di bandingkan dengan jenama yang sama tetapi di jual di kedai kedai biasa... saya jarang masuk butik jeans nie.. sebab tak mampu beb... tetapi apa yang anda perhatikan pada seluar ini ? hanya tanda harga ? atau anda perhatikan binaan dalaman dan juga kekemasan jahitan ? alah semua jeans mempunyai jahitan yang hampir sama….  Tapi berapa ramai daipada anda yang perhatikan kualiti fabirk (kain) yang berada di dalam seluar jeans tersebut? (Sebelah dalam terutamanya di bahagian pinggang hingga ke bawah paras punggung)  pernah atau tak pernah ? mungkin ada tapi jarang jarang kan…. dan perhatikan juga kualiti fabrik bagi seluar jeans yang terdapat di kedai kedai biasa terutamanya di expo jualan murah…. Bukan niat saya untuk mengkondem atau menghina pakaian yang di jual di tempat tempat sebegitu tetapi anda tahu di manakah seluar sebegitu di buat?  dan lagi persoalanya…

Penting sangat ke kualiti fabik tu ?

Jawapanya ye ia sangat penting… kerana jika kita perhatikan fabrik sebelah dalam jeans yang original.. terdapat satu lapisan fabric yang halus dan lembut… berbanding dengan jeans yang immitation nie…

Untuk apa fabik tersebut ?

Tujuannya ialah lapisan lembut tersebut adalah penting untuk menjamin keselesaan dan juga mengelakkan daripada kulit kita daripada melecet (kulit bahagian pinggang hingga ke paras kaki agak sensitif)  jadi dengan adanya lapisan tersebut dapat mengelakkkan kulit bahagian tersebut melecet.

Bagiamana pemakain jeans yang tidak sesuai mengancam kesihatan dan nyawa anda ?

Ok… kat sini lah yang pentingnya untuk korang semua tahu bagaimana pemakain jeans yang tidak sesuai bermutu rendah dan tidak berkualiti biasnya dari jenama innitation nie….. Sememangnya kejadian ALLAH penuh rahsia… pernah kah anda terfikir mengapa tumbuhnya bulu roma di permukaan kulit kita... tujuannya ialah untuk menghalang dan mengurangkan kesan geseran dan juga sedikit sebanyak dan untuk mengawal suhu badan kita… tetapi dengan penggunaan atau memakai sebarang jenis seluar yang mempunyai fabrik yang keras dan kasar terutamanya seluar jeans akan menyebabkan bulu roma ini tercabut atau putus, di sinilah kepentingannya fabrik yang lembut tersebut, kerana saya di beritahu oleh seorang doktor syarikat, penggunaan seluar juga berkait rapat dengan kesihatan seseorang.

Korang pernah kena & rasa bila bisul tumbuh kat tubuh badan korang ? mesti rasa tak selesa kan bila kena bisul nie.. sakit dan jugak otot yang sakit nak nak kena dekat pergerakan otot.. macam sikut.. dagu, leher… pinggang.. yang tak tahan sekali kalau kena kat punggung… nak menangis rasanya kan….

 Huyoo sakitnya !
 
Kenapa dan apa sebab kena bisul ni terjadi ?

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati

 opssss !

 Jadi dengan memakai seluar jeans yang immitation dan tidak berkualiti ini akan menyebakan bulu roma akan mudah putus… jadi ? anda tentu anda sudah pasti apa yang akan terjadi bukan ? anda sanggup nak sakit ?  Lagi satu jikalau kita selalu menghidapi bisul maknanya anda ada masalah dengan buah pinggang… ini melalui pengalaman sahabat saya yang telah lama Meninggal dunia sebab penyakit buah pinggang yang mana dulu beliau selalu mengalami bisul …. Jadi …  anda sendiri ada jawapanya….

Bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnakan fabirk seluar jeans imitation ini pon amat merbahaya kepada kesihatan terutamanya fabrik atau pakaian tersebut adalah barangan “MADE IN CHINA” – kes ini telah banyak terjadi tak percaya type ajer “MADE IN CHINA CRISIS” pasti berlambak maklumat mengenainya….

Satu lagi pemilihan seluar yang kurang sesuai e.g terlalu ketat akan boleh menyebakan mandul… wah ! bahaya nie….so you guy's jaga jaga...

apa apa terpulanglah pada korang dan korang tentukan… bagi saya dah dekat 9 tahun dah saya tak pakai seluar jeans ini sebab pertama kurang selesa dan yang kedua susah nak cuci.. senang pakai slack sebab senang nak cuci dan cepat kering…. Macam mana pulak dengan korang ? apa apa pon macam mana dengan persiapan raya ? dah seatle ? beli seluar Jeans dekat mana ?

Dan semoga bertemu selepas Ramadhan ini….. saya ucap….Layanzzz ajer…..

06 September 2010

Peminat "JEANS" - Sila ambil Tahu !

Asalamualaikum Semua.... Selamat Hari Raya, Salam lebaran

Sedikit catatan yang penting buat semua rakan 2 mungkin ada sesetengah daripada anda suka sangat membuat persediaan untuk hari raya di saat saat akhir.... walaupun hari raya hanya tinggal berberapa hari sahaja lagi... namun begitu biasalah dah jadi amalan orang Malaysia nie yang suka buat di saat akhir, sampaikan ada sesetengah pihak yang kata rakyat Malaysia nie "Last Minute Person" - bos saya yang gelarkan ini... marah diorang... tapi tidak bagi saya persediaan sudah di rancang dan di selesaikan awal2.. almaklumlah dah ada pengalaman kehilangan anak semasa bershoping .. jadi pilih awal-awal supaya "pisang tidak berbuah dua kali" susah weiii.. kalau anak hilang... sapa nak jawab...

Ok sambung balik yer.... just nak bagitahu korang kalau budject besar dan yang berminat hanya pakai seluar "jeans" sila dapatkan yang original sahaja... kalau setakat yang jual murah lebih baik dapatkan seluat slack ! kalau mampu tempah jeans ok jugak... tapi ada ker orang nak terima tempahan dekat - dekat nak raya nie kang menagis kang tukang jahit tu.. orang pack nak balik kampungg dia kena pack nak bukak kedai pulak...

Nak tahu kenapa ? saya kata sila dapatkan yang original sahaja ?

Nantikan entry yang berikutnya.. sebab saya ada kerja yang perlu di siapakan.. he he he.. sajer ajer bagi suspen.. tapi ini benar .. ianya berkait rapat dengan kesihatan kita jugak... yerlah tak kan nak pertaruhkan kesihatan dan nyawa kita pulak kan..... tunggu yer !

p/s: Berhati-hati memandu, biar orang laju jangan kita ikut sama... tapi jangan terlalu perlahan pulak ... nanti buat orang lain pulak panazzzz...... memandu dengan berhemah - patuhi undang-undang .. Selamat ber hari Raya... bersama keluarga bukan di tepi jalan raya ....

Apa apa pon... tunggu.. di entry seterusnya....  Layanzzz ajer...

02 September 2010

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Dan Batin

Asalamualaikum semua !

Hari Raya just around that conner (wah speking london plk) he he he...

Hari raya hanya tinggal berberapa hari sahaja lagi... maka tinggallah kita ... Ramadhan pergi meninggalkan kita .. berdoalah agar di berikan usia yang panjang agar di pertemukan lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan bukan di pertemukan dengan Rahmah atau Hamdan yer

Jadi di kesempatan ini saya dengan ini ingin memohon kemaafan andainya sepanjang saya aktif berblog dan juga bersiar- siar dan melawat blog korang semua ada terkeluar sebarang komen ataupon entry kata kata yang meninggung perasaan korang semua saya dengan rasa rendah hati dengan ini memohon kemaafan dari korang semua, semua yang baik itu datang daripada ALLAH SWT dan manakala yang buruk itu datangnyar dari kesilapan diri saya sendiri....

Oleh itu Untuk korang semua sudi sudilah terima kad ucapan Selamat Hari Raya yang saya ubahsuai sedikit buat penganti diri.... nak beli dan pos bagi satu sorang tak mampu wei.....




Di sini juga saya mengambil kesempatan ini ingin menasihatkan diri saya dan juga para semua sahabat blogers dan juga readers berhati- hati di jalan raya.. jangan main mercun... dan juga mana duit raya utamakan keselamatan .. dah bayar zakat fitrah ke belum ? semoga raya tahun ini menjadi raya yang paling gembira buat anda semua... amin... mana duit raya ?


Okalah saya rasa cukulah buat kali ini... moga berjumpa di lain kali... lepas raya.... cuti tak lama...
kesian kan 16 hb kena kerja..... huk huk huk....

01 September 2010

Selamat Hari Merdeka ! MerdekaKah Anda ?

Asalamualaikum semua...

Mungk ini entry yang terpendek dan ringkas buat kali ini....

Tanggal 31 Ogos 2010 kita telah menyambut ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke 53 Tahun...

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Mari kita sama sama renungkan... Bersempena merdeka yang ke 53 ini, merdekakah anda dari penjajahan minda dan pelbagai lagi penjajahan yang menjadikan kita seperti masih di jajah ? berpaksikan penjajahan minda dengan segala perasangka buruk dan juga pelbagai masalah sosial yang tengah hangat melanda negera kita yang kita cintai ini.... adakah ini yang di katakan "MERDEKA" atau "BEBAS" .... jawapannya hanya ada dalam hati anda sendiri.. sebab anda boleh tipu seluruh dunia tapi bukan hati anda sendiri....

Tanbah lagi Merdekakah minda "Namewee" ?

Fikir fikirkan lah ya........ dan apa kata anda ?

Contoh pakaian yang masih di jajah mindanya !

Layanzzz ajer

27 August 2010

Manggis, cara unik nak kupas - anda mesti tengok !

Asalamualaikum semua !


Salam 17 Ramadhan...(Nuzul Al Quraan)  wah dah setengah bulan kita berpuasa kan... hemm macam mana saya dah turun berat badan sebanyak 2 kilo dah nie.. dan dah banayk seluar lama lama yang dah muat balik he he he... bukan sbb badan dah naik sbb selalu cuci & jemur jadi seluar & baju tu mengecut.... ha ha ha


Ok pagi pagi lagi nie nak kecur kan korang sikit... siapa yang suka manggis (sufi ckp "Manggosteen") ? sila angkat kerusi !.. ha ha ha ha...


Sedapkan rasa manggis nie.. hemm.. ada rasa manis manis dan masam masam sikit.. terasa jer kat dalam mulut kan... ha ha ha.. jaga jaga.. kang terliur kang... posa nie lah...


Jadi nak makan manggis nie pasti kena kupas kan.. orang putih cakap "peel" .. sufi ckp "BELAH" ... he he he.. apa apa pon yang pastinya nak kena bukak kulit dia tu nak dapatkan isinya yang putih dan manis tu kan...

tak kan nak makan dengan kulit dia sekali kan... kang kata pelik pulak.. tapi kan menurut satu kajian perubatan.. kulit dia pon ada khasiat antioksidaan yang boleh bantu hilangkan kanser dan juga pelbagai lagi penyakit... tapi rasanya tak sanggup nak makan kulit dia sebab masam & pahit oo....


Tapi macam mana korang "bukak" kulit manggis tu ?  .. apa kerat ajer dengan pisau.. wah wah.. macam kat hotel lah pulak..... jadi kat sini saya nak kongsikan cara yang agak menarik dan unik untuk kupas manggis tu.


jadi perhatikan dekat sini yer....

Inilah buah manggis... (si hitam yang manis)

Tekan tampuk dia perlahan lahan...

jadi macam nie lah yer... jangan sampai pecah pulak..

tekan dari tepi buah manggis tu...

buangkan kulit tu....

 hingga jadi mcm nie... yummy...
masih terasa kenikmatan manggis nie....
 
 
Ha macam mana ? ok tak idea nie ? apa korang rasa ? masam manis? kecur air liur ?   bagi korang pulak macam mana cara korang kupas manggis nie ? - bagi saya macam biasa  tekan jer dari tepi.. terus yummy !

Lagi satu petua bagaimana nak tahu berapa ulas isi manggis tu ... kita tengok kat tampuk bawah manggis tu...


Kalau macam ni - tampuk dia ada 7 bahagian... maka isi dia akan ada 7...

Percaya atau tidak ? ... anda sendiri buktikkanya..... (pegi cuba sendiri he he he)
 
Jadi apa komen anda ?   .. apa apa pon macam biasa Layanzzz ajer !


18 August 2010

Sarung Kaki a.k.a Stokin ! - apa yang anda tahu ?

Asalamualaikum semua.. salam Ramadhan Al Mubarak...

merujuk kembali kepada entry yang lepas tu... wah! wah! wah! ramai yang view dan komen,
ini memambahkan lagi semangat saya nak mengupdate blog nie dengan informasi informasi yang berguna, buat tatapan dan pengetahun kawan kawan semua!- moga-moga dengan perkongsian serba sedikit dapat memberkan sedikit munafaat kepada semua... kalau tak pon dapat tambah maklumat dan pengetahuan kawan kawan semua, saya ucapkan Terima Kasih kepadayang tak jemu-jemu sudi mengunjung ke blog saya,  tak kira hanya cari nuffnang ker cari Google ker... atau cari maklumat (tabik spring kat siapa yang sudi cari maklumat kat sini)

Berbalik kepada tajuk entry ini.. mengenai setokin ! apa yang anda tahu mengenai stokin ? mengapa kita pakai stokin dan apa sebab kita perlu pakai stokin, dan juga apa fungsi stokin ?....bau stokin 





Bagi korang mcm mana stokin yang menjadi pilihan ? bagi saya memang stick on jenama byford lah (tak dapat sponser ker?),sebab selesa dan lagi satu yang jenis mempunyi ruang jari- jari.. macam dalam gambar nie.. tapi plain lah bukan kaler mcm nie.. weiii.. simpang malaikat 44 .... tak tergamak den oiii...


Apa itu setokin ?

 Stokin ialah sarung kaki yang biasanyer daripada material kain yang di pakai di kaki yerlah tak kan nak pakai kat kepala plk kan..


Apa sejarah Stokin ?

Namanya berasal dari kasut longgar, disebut soccus dalam bahasa Latin
Tak dapat di pastikan dengan benarnya tetapi bermula dari zaman ROM lagi tetapi pada masa itu stokin merupakan sejenis kasut longgar dan di pakai dikalangan kaum bangsawan rom.. (entah betul ker entah tidak tak pastilah kan, sbb saya tak hidup lagi time tu!)


Apa Fungsi dan mengapa kita perlu pakai stokin ?

1) Menyerap peluh dari kaki, menurut kajian yang dijalankan oleh saintis di barat.. kaki kita menghasilkan sejumlah cecair peluh sebanyak 1 liter peluh sehari, jadi dengan pemakaian stokin dapat membantu menyerapkan peluh dari kaki kita supaya tidak mengalamai kebasahan.oleh itu pemilihan material setokin memainkan peranan penting bagi mengelakkan daripada kaki dan stokin kita daripada berbau... (kalau celup
dalam sungai pasti ikan akan keracunan.. ha ha ha...) seelok eloknyer pakailah dari material yang dapat menyerap peluh dengan baik dan cepat kering, jika tidak bakteria yang terdapat pada kaki kita akan bertindak balas dengan air peluh itu dan menyebabkan bau busuk (bau stokin) di tambah pula dalam keadaan negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun jadi tindak balas ini akan menjadi lebih aktif.

2) Menghalang terjadinya radang sejuk ! - Oleh kerana kaki terletak di hujung aliran darah dalam tubuh badan manusia ada ker manusia kaki dia dekat dengan perut dia ? heran nie... jadi kehangantan tubuh badan manusia kurang sampai ke bahagaian kaki,oleh yang demikian perlulah memakai stokin bagi mengelakkan radang sejuk dan menambahkan kehangantan di bahagain tersebut. mcm orang lepas bersalin..dan baby yang baru lahir... kan perlu pakai stokin.

3) Stokin juga berfungsi sebagai penghalang geseran antara kulit kaki kita dengan permukaan dalam kasut, yang mana stokin yang dari material yang nipis dan lembut dapat menghalang dari kulit kaki kita mengalami penglecetan akibat dari pergerseran yang berulang ulang,kesan daripada  melecet ini memang akan membuatkan kita berada di dalam keadaan yang tak selesa, sekiranya terluka dan di jangkiti dengan virus atau bakteria (yerlah kan kasut tu tak terjamin kebersihnya memanglah tempat 1001 macam virus & bakteria) jadi kita akan mudah di jangkiti dengan pelbagai penyakit, jadi berapa lah sangat harga sepasang stokin nak di bandingkan dengan kesihatan anda bukan...

4) Kaki kita juga merupakan "JANTUNG KEDUA" kepada tubuh badan (sorry saya tak ambik medical- kalau salah sila betulkan yer)...ia bertindak membantu mengepam darah kita kembali ke jatung untuk di proses kembali ! jadi dengan cara bekerja yang santai (duduk dengan terlalu lama dan di tambah pula di dalam bilik yang sejuk air cond)  - fungsi "jantung kedua" ini menjadi pasif dan akhirnya menjadi
perlahan...  bahayanya ialah jika aliran darah di kawasan tersebut akan menjadi terlalu perlahan ia boleh meningkatnya risiko DVT - (Deep Veain Trombosis) iaitu pembekuan darah dalam saluran - yang mana ia boleh menyebabkan MAUT dalam tempoh yang singkat ! jadi dengan pemakaian stokin yang sesuai.. tidak terlalu ketat & tidak terlalu longar (getah abis lah nie) dapat membantu mengurangkan risiko DVT ini, dengan mengawal penecutan saluran darah ini selain dari pada kaki kita menjadi sejuk yang mana boleh meningkatkan lagi risiko DVT ini,Oleh yang demikian mereka yang menaiki pengangukutan yang hanya duduk terlalu lama seperti kapal terbang elok menggunakan stokin, kerana risiko DVT dengan altitud tinggi adalah lebih tinggi. (Ulas sikit budak Medic atau doktor yer...)
 Inilah juga sebab kenapa salah satu syarikat kalau tak silap saya K Link kot yang ada mengeluarkan stoking bagi mereka yang mempunyaimasalah nak berjalan... K Link tak kan tak leh sponser 2 pasang stokin tu kot.. he he he.. nak hadiahkan kat parent lah....boleh lah ek...



Jadi apa pendapat korang ? perlu ker kita pakai stokin nie ? cepat komen.. kalau tak nanti kaki bau stokin... ha ha ha ha...


Jadi apa apa pon layanzzz ajer...