cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

30 September 2010

Ha kan dah kena Warning ! - Korang ada tak buat macam ni ?


Asalamualaikum semua! Salam Satu Malaysia,

Bertemu kembali kita di alam bloging ini… harap korang semua sihat lah yer..
Pagi ini dalam keadaan cuaca di luar yang basah sebab hujan yang turun mencurah2 pagi ini… dan disebakan itu saya terlewat untuk punch card… hemm tak apa lah dah terlewat macam mana…

Masuk masuk office di wajibkan check email syarikat – banyaknya complain dari customer – jenuh nak jawab nie… sambil menyelam minum air – check sekali email sendiri , he he he…– tetiba nampak plk email dari “nuffang” – wah macam best ajer nie nuff bagi saya email – baca punya baca macam tak berapa paham (nasib baik ada Bahasa Melayu) –Oh! Amaran lah pulak, Ini sebab aktiviti “Klik Sesama Sendiri” dan jugak lebih di kenali sebagai “fraud click” Hem… ada jugak yang tinggalkan komen “klik di tempat anda – Klik balik di tempat saya” – Wah sungguh berani orang itu dengan kenyataan sebegitu Kan…  

Ini dia amaran dari pihak Nuffnang,

     “Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.”

Diantara perkara dan aktiviti yang mereka beri amaran,

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:

-
klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi 
   meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
(Ramai jugak yang buat begini Kan - jangan pulak nanti tak mahu klik kat tempat saya ye)

-
Mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
(Larat ker nak ada lebih dari satu blog? saya yang satu nie pon tak terupdate selalu – nak 2 ke 3... jawabnya tak payah buat kerja lah... tak pon penuh bersawang lah jawabnya…)

-
Menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang
 (ada jugak yang suka clear cache & Recent History & buka blog sendiri klik pada iklan)

Bagi kawan – kawan semua, Ini Nasihat dari Nuffnang!

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Jadi kat sini saya nak nasihatkan kawan2 semua “Dalam kita berbloging ini perkara yang kita perlu buat ialah rajin … rajin rajin lah update entry (aku tak berapa rajin tak macam sis MAK, Dahlia, mahupun SIS Lulu pages…dan banyak lagi yang selalu dapat UV beribu sehari…apatah lagi REDMUMY …. Jadi follower dia pon dah cukup bangga) tapi adalah jugak nak berkongsi maklumat dengan korang semua… jadi kalau nak sangat orang klik2 iklan tu buatlah secara senyap dan ikhlas… jangan buat fraud click” ok… sebab perbuatan yang ikhlas pasti akan balasanya… insallah!

Ok lah rasanya cukuplah sampai kat sini – mungkin dah lama tak update dengan maklumat makumat yang berguna buat kawan kawan semua, sebenarnya ada banyak nak di ceritakan tetapi al maklumlah saya berkerja dan sekarang ini tidak selalu mempunyai masa yang lapang jadi tak berkesempatan nak update kan blog ini… bagi yang selalu singgah kat blog saya ini saya ucapkan ribuan terima kasih… INSALLAH  saya akan balas kunjungan kamu itu.. just inform kat saya dekat kotak jeritan saya tu…atau komen kat entry saya …nanti saya balas kunjungan anda itu….

Apa apa pon… macam biasa Layanzzz ajer.

p/s: jangan pulak tak nak klik iklan kat sini pulak nanti yer…

2 comments:

  1. masalah yang tak pernah berakhir..

    ReplyDelete
  2. setuju dgn perkataan rajin..
    rajin ngomen. rajin taip. rajin baca..=)

    ReplyDelete