cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

07 September 2010

Peminat "JEANS" - Sila ambil Tahu ! - Part 2


Asalamualaikum semua.....

Salam Penghujung Ramadhan, Dan Selamat Hari Raya..

Mungkin entry ini entry terakhir bulan Ramadhan 1413 kot.. entah lah mungkin.. tapi kalau ada something HOTZZZ.. sebelum raya dan saya berkesempatan nak update blog ini... Insallah saya updatekan untuk korang semua yer.... tapi ada ker yang nak baca blog time raya nie ? mesti trafic merudum kan... hemm tak apa lah janji korang semua berada di dalam keadaan selamat pada setiap saat dan ketika... Kata orang "malang tak berbau" tapi kita boleh berusaha mengelakkanya kan… apa apa gunakanlah akal fikiran.

Ok.. entry ini adalah sambungan entry yang tergantung yang lepas... mengapa kita perlu membeli dan yang penting ialah memakai jeans yang original dan berkualiti sahaja... sebabnya.. ianya berkaitan dengan nyawa dan kesihatan kita... ha.. gerun tak kalau ianya melibatkan nyawa & kesihatan tu ? .. hu hu hu.. bagi saya of coz saya gerun... untuk apa lah kita ada wang yang banyak, kalau kesihatan dan nyawa kita terancam kan....

 Levis - made in Thailand !

Ok macam nie.. Jika kita perhatikan .. atau pernah masuk kedai atau butik jeans berjenama seperti LEVIS, GUESS dan sebagainya pasti kita terkejut dengan harga sehelai seluarnya kan.. kalau nak di bandingkan dengan jenama yang sama tetapi di jual di kedai kedai biasa... saya jarang masuk butik jeans nie.. sebab tak mampu beb... tetapi apa yang anda perhatikan pada seluar ini ? hanya tanda harga ? atau anda perhatikan binaan dalaman dan juga kekemasan jahitan ? alah semua jeans mempunyai jahitan yang hampir sama….  Tapi berapa ramai daipada anda yang perhatikan kualiti fabirk (kain) yang berada di dalam seluar jeans tersebut? (Sebelah dalam terutamanya di bahagian pinggang hingga ke bawah paras punggung)  pernah atau tak pernah ? mungkin ada tapi jarang jarang kan…. dan perhatikan juga kualiti fabrik bagi seluar jeans yang terdapat di kedai kedai biasa terutamanya di expo jualan murah…. Bukan niat saya untuk mengkondem atau menghina pakaian yang di jual di tempat tempat sebegitu tetapi anda tahu di manakah seluar sebegitu di buat?  dan lagi persoalanya…

Penting sangat ke kualiti fabik tu ?

Jawapanya ye ia sangat penting… kerana jika kita perhatikan fabrik sebelah dalam jeans yang original.. terdapat satu lapisan fabric yang halus dan lembut… berbanding dengan jeans yang immitation nie…

Untuk apa fabik tersebut ?

Tujuannya ialah lapisan lembut tersebut adalah penting untuk menjamin keselesaan dan juga mengelakkan daripada kulit kita daripada melecet (kulit bahagian pinggang hingga ke paras kaki agak sensitif)  jadi dengan adanya lapisan tersebut dapat mengelakkkan kulit bahagian tersebut melecet.

Bagiamana pemakain jeans yang tidak sesuai mengancam kesihatan dan nyawa anda ?

Ok… kat sini lah yang pentingnya untuk korang semua tahu bagaimana pemakain jeans yang tidak sesuai bermutu rendah dan tidak berkualiti biasnya dari jenama innitation nie….. Sememangnya kejadian ALLAH penuh rahsia… pernah kah anda terfikir mengapa tumbuhnya bulu roma di permukaan kulit kita... tujuannya ialah untuk menghalang dan mengurangkan kesan geseran dan juga sedikit sebanyak dan untuk mengawal suhu badan kita… tetapi dengan penggunaan atau memakai sebarang jenis seluar yang mempunyai fabrik yang keras dan kasar terutamanya seluar jeans akan menyebabkan bulu roma ini tercabut atau putus, di sinilah kepentingannya fabrik yang lembut tersebut, kerana saya di beritahu oleh seorang doktor syarikat, penggunaan seluar juga berkait rapat dengan kesihatan seseorang.

Korang pernah kena & rasa bila bisul tumbuh kat tubuh badan korang ? mesti rasa tak selesa kan bila kena bisul nie.. sakit dan jugak otot yang sakit nak nak kena dekat pergerakan otot.. macam sikut.. dagu, leher… pinggang.. yang tak tahan sekali kalau kena kat punggung… nak menangis rasanya kan….

 Huyoo sakitnya !
 
Kenapa dan apa sebab kena bisul ni terjadi ?

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati

 opssss !

 Jadi dengan memakai seluar jeans yang immitation dan tidak berkualiti ini akan menyebakan bulu roma akan mudah putus… jadi ? anda tentu anda sudah pasti apa yang akan terjadi bukan ? anda sanggup nak sakit ?  Lagi satu jikalau kita selalu menghidapi bisul maknanya anda ada masalah dengan buah pinggang… ini melalui pengalaman sahabat saya yang telah lama Meninggal dunia sebab penyakit buah pinggang yang mana dulu beliau selalu mengalami bisul …. Jadi …  anda sendiri ada jawapanya….

Bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnakan fabirk seluar jeans imitation ini pon amat merbahaya kepada kesihatan terutamanya fabrik atau pakaian tersebut adalah barangan “MADE IN CHINA” – kes ini telah banyak terjadi tak percaya type ajer “MADE IN CHINA CRISIS” pasti berlambak maklumat mengenainya….

Satu lagi pemilihan seluar yang kurang sesuai e.g terlalu ketat akan boleh menyebakan mandul… wah ! bahaya nie….so you guy's jaga jaga...

apa apa terpulanglah pada korang dan korang tentukan… bagi saya dah dekat 9 tahun dah saya tak pakai seluar jeans ini sebab pertama kurang selesa dan yang kedua susah nak cuci.. senang pakai slack sebab senang nak cuci dan cepat kering…. Macam mana pulak dengan korang ? apa apa pon macam mana dengan persiapan raya ? dah seatle ? beli seluar Jeans dekat mana ?

Dan semoga bertemu selepas Ramadhan ini….. saya ucap….Layanzzz ajer…..

10 comments:

  1. thanks for sharing this..x taupun selama ni. yang tau pun pasal ketat je la huhu..pasni nk membanyakkan pakai khakis je la. selesa pun selesa..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info ini...memang sngat menarik...

    memang jeans yang mahal hargannya disebabkan kualiti fabrik,
    malah ada jeans yang bernilai ribuan ringgit...

    dah settle dah persiapan raya..tahun lepas dah beli jeans..so tahun ni pakai yg tahun lepas punya dah..sbb masih elok lagi..

    ReplyDelete
  3. ooo.. patutlah..
    raya tak pakai jeans dan tak muat pakai jeans dah.. :)

    ReplyDelete
  4. la..lambat plak baca entry ni..dah terbeli pon satu kat uptown..hehe..

    ReplyDelete
  5. ooo..jeans siam ada yang sama kualiti dengan yang ori..tak percaya? aku pun tak tau...

    cari dekat bundle je..tak payah cari yang branded2..selamat hari raya

    ReplyDelete
  6. belalang pernah merasai
    sengsaranya bila bisul
    naik d bahagian yang mcm kat atas tuh...
    ssh n sakit siot...

    ReplyDelete
  7. wah MJ (^_~) maceh ya sudi kasi info menarik nih.. so pasnih kita kena pilih jeans yg berkualiti.. n d sahkan sirim.~wakakakak

    ReplyDelete
  8. sekarang baru aku tau
    huk3..takut lak rawa

    kisah London hanya di http://coretanperantau.blogspot.com

    ReplyDelete