cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

31 March 2011

Apa boleh di buat dengan ubat gigi ? selain dari gosok gigi!


25 perkara yang boleh di buat dengan ubat gigi.



+
=


Asalamualaikum semua, Salam sejahtera semua,

Korang dah gosok gigi ker belum ? kalau belum terus bukak blog sure korang blogger tegar ! ha ha ha…

Hari nie saya nak kongsi dengan korang apa yang anda boleh dengan ubat gigi selain dari gosok gigi ler…

Percaya tak korang kalau ubat gigi boleh jadi macam macam? Tak caya? Baca lagi dan lps tu cuba dan jangan lupa komen plk yer….

24 March 2011

Cemin gelap satu keperluan atau sekadar kemahuan

Asalamualaikum dan Salam sejahtera semua…

Muncul lagi untuk update blog dan berkongsi maklumat buat semua…
Hari ini satu topik yang agak kontroversi mengenai “cermin kereta gelap” atau “tintered kereta”

 gosh ! inikah kereta aku ?

Pada masa kini seakan menjadi kebiasaan dan trend kepada pemilik kereta akan memasang tinterd pada cermin kereta mereka, ada yang berkilat dan ada yang kadangkala sampai tak boleh nampak di dalam kereta tersebut, mengikut pembacaan dan juga maklumat yang saya dapati dari Jabatan Pengangkutan Jalan a.k.a JPJ, Polis Di Raja Malaysia a.k.a. PDRM serta beberapa kedai memasang tintered kereta, di sini saya ingin berkongsi maklumat yang sepatutnya di lakukan dan kenapa larangan di kuatkuasakan

Menurut Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 1991 yang menetapkan bahawa cermin depan perlu telus cahaya tidak kurang daripada 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi perlu telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus, pada asasnya kebanyakan kereta di negera ini di benarkan untuk memasang cermin gelap, tetapi kalau anda perhatikan kebanyakan kereta sekarang ini memasang cermin yang terlalu gelap hinggakan boleh menjadi cermin ketikan di luar kereta.

Apa itu sebenarnya tintered kereta a.k.a. cemin gelap?

Ramai orang yang tersalah anggap, mengenai germin gelap ini, kebanyakanya memasang cermin gelap dengan alasan cuaca dia Malaysia ini panas, jadi dengan memasang cermin gelap dapat mengurangkan panas tersebut, adakah pendapat itu benar?

23 March 2011

Klip Video lucah pemimpin pembangkang ! apa kes ?

Asalamualaikum semua ..

Panas panas panas... mari- mari kita tengok sapa yang kena.....

Apa yang dapat di buktikan ?
Thanks yahoo.com!

Kecoh sekarang nie timbul isu klip video pemimpin tertinggi pembangkang. ramai yang dah tengok klip video tu kebanyakanya kalangan pemimpin jugak. (naperlah jadi macam nie)

Macam macam hal timbul sekarang nie..  sejak dari pilihan raya yang lepas sampai sekarang nie (dah nak pilihanraya balik dah) asyik hal2 yang sama sajer balik2 isu nak jatuhkan moral orang lain.. agak agaknyer dah tak ada isu lain lagi ker ?


16 March 2011

Jemputan Ikhlas dan pembongkaran geng komplot MEI 2011

Asalamualaikum semua…

Sorry nie cerita pasal personal pulak hari ini yer.. harap readers tak kisah yer.. bukan apa nie sajer jer nak menjemput kawan-kawan bloggers yang sudi lah kan untuk bersama sama menghadiri Gathering Blogers  a.k.a Bisik-Bisik Gathering anjuran MAK a.k.a Lagenda Mahsuri dan selama ini dia selalu bangkitkan ada seorang yang bersekongkol dengan dia untuk menjayakan plan gathering ini…

Di Umumkan bahawa sayalah Abd Karim MJ rakan yang bersama sama berkomplot dan menyumbangkan idea dalam nak menjayakan gathering ini, bukan apa sekadar nak lebih kenal mengenali antara satu sama lain…

Kenapa saya nak mintak rahsiakan …

Hemm soalan ini agak sukar saya nak jawab.. alah siapalah saya nie.. tengok blog pon simple ajer – mcm nak tak nak ajer buat blog kan..  bukan apa saya boleh kata banyak belajar sendiri (try on error) jer hal2 komputer dan internet ini… tak der lah banyak mana ilmu tu jadi saya rasa nak berkongsi lah dengan rakan-rakan sebab rasa tak adillah kan saya hanya ambik ilmu orang tanpa menyumbangkan sedikit ilmu buat orang lain kan kan kan… tul tak ? 
 keduanya saya memang berhajat nak bagi hadiah kepada siapa yang sudi ambil tahu siapa saya nie.. yerlah tag line pon entah macam apa apa tah kan… pergi semua tempat pon sama jer.. kenapa .. entahlah saya rasa selesa dengan tag line tuh…  jadi kepada ramai blogers.. mungkin saya tak pernah sampai kat blog anda dan anda pulak belum pernah terjumpa blog saya… minta maaflah yer.. INSALLAH di kesempatan lain pulak nanti saya sampai yer.. dah juga saya jemput kawan2.. sudi sudi lah datang di blog saya…


Adalah dengan ini saya senaraikan pemenangnya mengikut giliran yang tepat dan terawal…

1)      Cik qiqi
2)      Kak Ngah
3)      Rama – Rama Ungu

Hadiahnya akan di serahkan pada masa majlis gathering tu nanti… jadi andainya cik qiqi tak dapat hadir maka pemenag kedua akan terima kalau tak yang ke tiga… kalau ke tiga-tiga tak dapat hadir maka dengan automatiknya hadiah itu akan di bagikan kepada ….
Ikut saya lah kan…. Itu saya akan bagitahu kemudian nantilah yer…

Nak Tahu apa hadiahnya?

Mungkinkah Ipad ? 


atau set bilik tidur ? 

wohaa… INSALLAH ianya adalah sesuatu yang pasti dapat tinggaklan kenangan buat korang ….

Jadi kita tunggu di sana… dan jangan lupa.. MAK pon rasanya ada nak bagi hadiah special ..korang tunggu !

Jadi macam biasa .. tag line saya…. Assalam.. singah sini baca2… Layanzzz ajer!

Korang Layanzzz lah entry dalam blog ini….. dan jangan lupa komen … :)

p/s:  1)  Rasanya ada blogger hebat nak datang gath nie....tapi dia akan
             confirmkan kehadiranya...
          2) Sedang setup blog wordpress dengan domian www.karimmj.com

12 March 2011

Apa yang tak kena dengan duit nie ?

Asalamualaikum semua.. salam sejahtera….

Cuba korang perhatikan apa yang tak kena dengan duit RM1 nie…

 Nie sebelah depan

 Nie plk sebelah belakang …. 
 Ops jangan pandang belakang.. he he he
dan jangan cucuk belakang jugak yer...


Apa ? no siri dia pelik ? tak der lah pelik mana …. atau korang leh nampak gambar agong tu boleh bercakap ker ? ha ha ha.. lawak kan….

Apa yang korang nampak ? tak ada apa apa ? betul ker ? cuba perhatikan baik-baik….

Hem.. korang perasan tak di hujung2 duit nie ada kesan terbakar ? dan ia seolah2 berpatern (bercorak ) di atas dan juga di bawah duit tersebut… anda tahu kenapa ?
Cuma fist sekali saya nak nasihatkan kawan-kawan semua andainya anda menerima duit mcm nie cuba seboleh-bolehnya minta wang lain dari juruwang, andainya dia enggan terima dan buat penukaran terhadap wang tersebut maka anda fikirkanlah apa yang sesuai dengan duit itu – dan seboleh bolehnya elakkan masuk kan kedalam wallet anda atau simpan di dalam saku anda..

Mesti korang tertanya tanya kenapa kan?

Ok mcm nie sebenarnya duit tersebut kemungkinan telah di gunakan untuk penagih dadah yang mengunakan heroin atau cik putih atau apa sahaja yang di panggil atau di gelar untuk barang tersebut untuk menghisap atau sedut sebuk tersebut semasa di panaskan, jadi akibat daripada memanaskan serbuk tersebut untuk di sedut maka kesan dari panas / api telah menyebakan kesan terbakar kepada duit tersebut (nie dah kira terdesak lah nie.. kira nyawa kat paras hidung jer lagi nie….)

Kenapa duit di pilih?

Kalau nak jawab nie kenapa tak pastilah, tapi maklumat ini saya dapat sejak saya bersekolah lagi dan saya telah kenal dengan seorang bekas penagih dadah yang telah kembali kepangkal jalan, di kata duit seringit di pilih disebabkan oleh beberapa sebab antaranya ialah kerana permukaan kertas duit adalah licin berbanding kertas yang lain, yang kedua sebab nilai dia cuma seringgit kalau nilai dia 50 ringgit sure diorang tak akan guna sebab besar tu beb… banyak barang boleh beli tuh. (betul jugak kan…)

Apa implikasi kalau terima duit tersebut?
 
Antara implikasi andainya anda ambil dan terima duit tersebut adalah,
 
1)      Soal Kesihatan.
 Memang tak di nafikan bahaya akibat daripada aktiviti dan tidakan si penagih dadah nie gunakan duit untuk menghisap “barang” tuh, akan tertinggal sedikit sisa-sia hablur kristal “barang” tu yang akan melekat di permukaan duit tersebut, ianya sukar untuk di tanggalkan kena di kikis… (tengah stim ingat ker nak kikis barang tu weih) jadi sentuhan dengan tapak tangan (yang lembab) akan menjadikan pemindahan “barang” tersebut ke atas kulit – tambahan pula ramai di antara kita yang jarang mencuci tangan dengan sempurna sebelum makan… jadi “barang” ini akan masuk secara oral kedalam tubuh badan kita, secara tidak langsung tubuh badan kita telah mengandungi bahan terlarang.

2)      Soal Keselamatan.
Bayangkan korang masukkan duit tersebut dalam beg duit korang, sisa hablur kristal barang tu berkumpul dalam beg korang… mula mula sedikit lama lama jadi banyak pulak – (pepatah lama – sikit sikit jadi bukit – kalau korang collect mana tahu boleh jual kan, itu pon kalau korang tahu – kalau tak tahu !) dan masa korang pegi airport ker terminal ferry ker mulalah hidung si K9 (anjing polis ler) dapat hidu barang terlarang yang ada berkumpul dalam beg duit korang… hemm masa tu apa lagi gelisah ler si K9 tuh… silap hari bulan di kejar plk korang, apa lagi, mungkin korang akan di “simpan” dalam bilik tahanan dan jugak akan di “proses” – hemm masa tu faham faham sendiri lah kan…dengan kena buat ujian urine, dengan kena check satu badan.. kena selongkar beg korang, tambah plk masa korang kena tahan tu masa ramai orang huh… malu beb !

3)      Soal Moral / Prinsip.
Sejak kita kecik dan sekolah kita telah di dedahkan dengan kempen anti dadah, tetapi anda tidak perasan dengan menyimpan benda sebegini anda seolah olah menyokong penagih dadah – kerana anda ada “alatan” untuk penagih dadah.

Tapi kalau korang nak tukar balik agak-agak anda kena time juruwang tu moddy, tak mahu terima permintaan anda untuk tukar duit tersebut, agak agak apa anda akan lakukan.. pada saya kalau lah juruwang tu tak nak terima saya rela tinggalkan duit Seringgit atas kaunter tu daripada duit yang macam tu masuk kedalam beg duit saya dan saya seboleh bolehnya cuba elakkan duit yang macam nie masuk kedalam beg duit saya.
Jadi bagaimana korang nak lakukan terpulanglah bagi korang semua macam mana korang nak buat dengan duit tu… dan semoga korang terhindar dari sebarang musibah.. amin….

Kalau nak simpan pn tak jadi salah itu hak korang kan… he he he he..Dan macam biasa apa komen korang ? dan macam biasa Layanzzz ajer !

11 March 2011

Rumah Boleh Hilang & Mayat separuh reput

Asalamualaikum semua !

Macam biasa - dengar Sinar.fm pagi tadi - rumah boleh hilang !  hairan tak ? rumah pon boleh hilang.
Kalau di ikutkan logik macam mana boleh hilang bukan,

Begitu jugak dengan Kes mayat seorang warga usia emas yang di temui dengan keadaan yang amat memilukan dengan keadaan separuh reput.

tetapi inilah sikap masyarakat yang kadangkala kita boleh jadi pelik nak di ambil tahu hal-hal sekeliling nanti dikatakan menyibuk tetapi kalau tak ambil tahu hal hal macam nie di katakan tak nak campur dengan masyarakat ! haiii.. entahlah !



ada ker jiran macam nie ?


Luahan ini bukanlah nak menyindir sesiapa ! tetapi sejak kecil kita di hidangkan dengan ideologi Jiran Maufakat membawa berkat - memang benar pepatah tersebut tetapi kemanakah hilangnya idelogi ini semua ?
semakin hari semakin menipis sikap sikap yang baik ini.... tetapi mungkin dengan sikap "aku lebih baik dari engkau" atau "engkau siapa nak ambil tahu pasal aku ?" inilah yang menghakis sikap dan sifat perihati sesama jiran... dan ada jugak yang tak pernah kenal siapa jiran dia sendiri !

Apa komen anda ?

macam biasa layanzzz ajer !

08 March 2011

Kena Loteri 17.8 Juta

Asalammualaikum semua ..

Just nak kongsi dengan korang semua pagi tadi masa Layan sinar fm ada berita cakap seorang ahli perniagaan kena loteri 17.8 juta !


wohaa.. banaykneyr duit...

What ? 17.8 juta banyaknyer .. tak pasti sapa yang kena tu.. apa bangsa dia dan juga apa agama dia... so sapa sapa yang ada info pls share ok...

So macam biasa pls tinggalkan info kalau sesiapa yang tahu kat ruangan komen yer.. dan Layanzzz ajer !

Asalamualaikum semua

p/s: loteri tu sama mcm nombor ekor jugak kan ?

04 March 2011

9 fakta pelik tapi benar ! apa dia ?

Asalamualaikum semua...

Hari ini saya nak kongsi info terbaru 9 fakta pelik tapi benar...




1) Semut alah dengan timun - jadi letakkan kulit timun di jalan semut - pasti semut tak akan merayap di lantai rumah anda.



2) Untuk dapatkan ais yang bersih dan juga putih - masak terlebih dahulu air sebelum di bekukan...


3) Untuk menanggalkan gula getah yang terlekat di pakaian - masukkan pakaian tersebut di tempat pembeku (frezzer) selama 1 jam - dan pasti ianya senang di tanggalkan - (cetek akal lah buang gula-gula getah merata rata)

 4) Untuk memutihkan pakaian putih yang lama - rendam pakaian putih tersebut di dalam air panas yang di campurkan dengan hirisan lemon selama 1 jam... lepas tu cuci lah.... 



5) Untuk mendaptkan cermin yang berkilat dan bersinar - lapkan cermin tersebut dengan alkohol (tapi bukan minuman beralkohol yer kang ada plk yang mabuk free kang....)



6) Untuk mendapatkan rambut yang berkilat - campurkan satu sudu besar cuka makanan dalam air dan cuci rambut seperti biasa....


7) Pasti semasa memotong bawang kita akan mengalami mata pedih - untuk elakkannya cuba kunyah gula gula getah  (jangan kunyah bawang sudah yer....ha ha ha)


8) Pasti ramai yang mengalaminya - dakwat pen terkena baju - caranya lumurkan ubat gigi di kesan dakwat tersebut, biarkan kering dan cuci seperti biasa... tak percaya ? cuba lah...



9) Rumah banyak tikus ? - taburkan serbuk lada hitam di tempat yang ada tikus atau laluan tikus tersebut - tobat tikus tu tak akan datang dan lalu kat situ lagi...


Jadi cubalah kan.. ini salah satu cara yang baru - ramai tahu cara macam mana nak buat semua tu tapi tak salahkan cuba benda baru......

apa apa pon selamat mencuba & Layanzzz ajer....

02 March 2011

Semut Masuk telinga, dan salah satu cara nak keluarkanya !

Asalamualaikum semua ! Salam sejahtera....



Semut masuk kedalam lubang telinga ? aduhhhhh..... memang tak selesa dan menyeksakan bukan? terutamanya yang selalu bawak motor ..mana taknyer simpan helmat sepah jadi semut bersaranglah dalam helmet ....aduh....abis tu macam mana anda lakukan ? apa korek dengan pengorek telinga ? itu tindakan bahaya sebenarnya sebab secara tidak langsung mendorong semut tersebut masuk semakin jauh kedalam telinga anda... dan lebih teruk lagi semut tersebut mengigit atau menyengat dalam telinga anda (sebab cara mempertahankan diri serangga tersebut) jadi macam mana ana perlu lakukan ? ini salah satu cara nak keluarkannya...

Nak Tahu ?

Halakan lubang telinga anda ke arah cahaya atau suluh lubang telinga tak kira lah dengan menggunakan lampu suluh ker lampu handpone ker nak lagi ganas pakai lampu kereta atau lampu motor tak pon pakai lampu jalan... tapi ingat jangan cuba di jalan raya -atau lampu hologen kang masak gegendang telinga korang den tak tahu yo... sebarang kejadian yang tidak di ingini adalah di luar tanggungjawab saya yer .... tapi dengan menyuluhkan cahaya ke dalam lubang telinga dapat membantu semut (serangga) tersebut untuk mencari jalan keluar (bergantung pada saiz yer - kalau besar dia sama besar dengan lubang telinga anda susah sikit) faktor ini di bantu oleh pencahayaan dan juga haba yang di hasilkan oleh lampu tersebut... macam kita masuk dalam gua lah kan... panduan kita mesti cari cahaya... ok.. selamat mencuba... ini juga boleh di gunapakai untuk serangga kecil seperti kumbang tetapi burung tak boleh tau (ada ker burung boleh masuk lubang telinga - kalau ada berapa besar lah lubang telinga korang weiiii.!!! ha ha ha)

Tetapi jangan sesekali gunakan cara memasukan air paip secara sendiri sebab ini akan menyebabkan semuat tersebut mati kelemasan,.. telinga anda akan di gigit / di sengat dan akan menyebakan anda sakit dalam telinga serta akan menyebakan nanah dan paling berbahaya akan menyebabkan anda kehilangan pendengaran (pekak) eiiii.... takutnya....


Okeylah yer.. kepada semua .. selamat mencuba.... dan bagi anda pulak bagaimana cara keluarkanya.... dan macam biasa Layanzzz ajer !

01 March 2011

Pelik ! Gajah Panjat Pokok !

Asalamualaikum semua !
Salam sejahtera keatas semua...

Masa saya tengah surf internet tadi terjumpa satu pic yang anih dan agak pelik jugak dan nak kongsi sama sama dengan kawan-kawan semua, pelik tapi benar !

Percaya tak gajah boleh panjat pokok ?

Meh tengok kat sini.....


Tinggi tuh lebih kurang 18kaki tuh !

Jadi apa pendapat korang ? ada idea mcm ner gajah yang comel loteh tu boleh berada kat sana?

Jadi apa komen korang ?

Apa apa pon pagi-pagi nie ...Layanzzz ajer !