Asalamualaikum dan Salam sejahtera semua…
Muncul lagi untuk update blog dan berkongsi maklumat buat semua…
Hari ini satu topik yang agak kontroversi mengenai “cermin kereta gelap” atau “tintered kereta”
gosh ! inikah kereta aku ?
Pada masa kini seakan menjadi kebiasaan dan trend kepada pemilik kereta akan memasang tinterd pada cermin kereta mereka, ada yang berkilat dan ada yang kadangkala sampai tak boleh nampak di dalam kereta tersebut, mengikut pembacaan dan juga maklumat yang saya dapati dari Jabatan Pengangkutan Jalan a.k.a JPJ, Polis Di Raja Malaysia a.k.a. PDRM serta beberapa kedai memasang tintered kereta, di sini saya ingin berkongsi maklumat yang sepatutnya di lakukan dan kenapa larangan di kuatkuasakan
Menurut Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 1991 yang menetapkan bahawa cermin depan perlu telus cahaya tidak kurang daripada 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi perlu telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus, pada asasnya kebanyakan kereta di negera ini di benarkan untuk memasang cermin gelap, tetapi kalau anda perhatikan kebanyakan kereta sekarang ini memasang cermin yang terlalu gelap hinggakan boleh menjadi cermin ketikan di luar kereta.
Apa itu sebenarnya tintered kereta a.k.a. cemin gelap?
Ramai orang yang tersalah anggap, mengenai germin gelap ini, kebanyakanya memasang cermin gelap dengan alasan cuaca dia Malaysia ini panas, jadi dengan memasang cermin gelap dapat mengurangkan panas tersebut, adakah pendapat itu benar?

