cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

24 March 2011

Cemin gelap satu keperluan atau sekadar kemahuan

Asalamualaikum dan Salam sejahtera semua…

Muncul lagi untuk update blog dan berkongsi maklumat buat semua…
Hari ini satu topik yang agak kontroversi mengenai “cermin kereta gelap” atau “tintered kereta”

 gosh ! inikah kereta aku ?

Pada masa kini seakan menjadi kebiasaan dan trend kepada pemilik kereta akan memasang tinterd pada cermin kereta mereka, ada yang berkilat dan ada yang kadangkala sampai tak boleh nampak di dalam kereta tersebut, mengikut pembacaan dan juga maklumat yang saya dapati dari Jabatan Pengangkutan Jalan a.k.a JPJ, Polis Di Raja Malaysia a.k.a. PDRM serta beberapa kedai memasang tintered kereta, di sini saya ingin berkongsi maklumat yang sepatutnya di lakukan dan kenapa larangan di kuatkuasakan

Menurut Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 1991 yang menetapkan bahawa cermin depan perlu telus cahaya tidak kurang daripada 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi perlu telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus, pada asasnya kebanyakan kereta di negera ini di benarkan untuk memasang cermin gelap, tetapi kalau anda perhatikan kebanyakan kereta sekarang ini memasang cermin yang terlalu gelap hinggakan boleh menjadi cermin ketikan di luar kereta.

Apa itu sebenarnya tintered kereta a.k.a. cemin gelap?

Ramai orang yang tersalah anggap, mengenai germin gelap ini, kebanyakanya memasang cermin gelap dengan alasan cuaca dia Malaysia ini panas, jadi dengan memasang cermin gelap dapat mengurangkan panas tersebut, adakah pendapat itu benar?


Dan menurut maklumat yang saya dapat daripada pembekal serta kedai memasang tintered ini, sebenarnya filem yang di pasang terdapat beberapa jenis, pada asasnya ada beberapa jenis antara yang mendapat permintaan tinggi

1) FILEM PENAPIS CAHAYA
Kebiasaanya bewarna hitam dan gelap sehala
Filem jenis ini lebih kepada berfesyen dan ciri ciri keselamatan dan kesihatan amat kurang pada filem jenis ini, nampak terlalu gelap atau berkilat hinggakan tak boleh nampak apa yang berlaku di dalam dan tak dapat nampak siapa dan berapa orang di dalam kereta itu, mungkin bagi sesetengah orang ianya nampak hebat, tetapi berada di dalam kereta ini agak tidak selesa kerana faktor haba yang di serap tinggi kerana fakta sains – warna yang gelap dan malar menyerap lebih banyak haba jadi adakah ini yang di katakan keperluan bercermin gelap untuk keselamtan kesihatan ? Fikirkan kembali… tapi kata orang biar papa asal bergaya… terpulanglah Kan….

2) FILEM PENAPIS HABA & UV
tidak semestinya bewarna hitam dan gelap sepenuhnya, dan kebiasaanya gelap untuk kedua-dua  hala
Kebiasaanya di gunakan untuk menjadikan pemandu serta penumpang berada dalam keadaan nyaman apabila di waktu panas, mencegah risiko kanser kulit – kerana kadar ketelusan haba dan juga sinar UV untuk melepasi filem ini adalah rendah jadi risiko panas dan juga terdedah kepada lelasan panas serta sinar UV adalah rendah. Kebanyakan filem jenis ini berharga di antara ratusan hingga mencapai ribuan ringgit, dan makin tinggi harganya makin baik fungsinya manakala lebih murah harganya makin kurang fungsinya, dan makin gelaplah filem tersebut. “Mahal – cerah / Murah – gelap”

3) FILEM JENIS PENEBAT
Menjamin cermin tidak mudah di pecahkan dan amat kukuh serta dapat menjamin keselamatn dan ianya tidak semestinya bewarna gelap
Filem jenis ini adalah yang terbaik untuk kereta ianya dapat menjamin keselamatan dan kesihatan pemandu serta penumpang, selain daripada berfungsi sebagai penapis haba dan sinar UV, filem jenis ini mempunyai kekukuhan yang amat baik, ini dapat mengelakkan cermin daripada pecah apa bila menerima tekanan atau hetakkan yang kuat seperti cermin di ketuk, dan terkena batu semasa memandu.

Berapa ramai di antara kita yang sebagai pemandu telah mengalami kejadian sebegini
1)      Cermin pecah dan berkecai semasa memandu,
2)      Anda pernah mengalami kejadian kereta yang di pecahkan?
3)      Anda pernah di gangu oleh samseng jalanraya dan perompak?
4)      Berlaku kemalangan dan mangsa tercampak keluar ? eiii ngeri !
5)      Anak korang ketuk cermin kereta dan pecah….
6)      Pecah kaca pecah gelas… (tak berkaitan)

Sudah tentu trauma dan memimbangkan bukan?

Jadi dengan memasang filem jenis ini, anda bukan hanya menyelamatkan harta benda anda, tetapi mungkin ianya dapat menyelamatkan nyawa anda, serta penumpang yang anda bawa malahan dapat mengelakkan sedikit pembaziran.

Kenapa pihak berkuasa melarang pengunaan cermin gelap?

Diatas faktor faktor keselamatan hanya beberapa individu yang berprofile tinggi dan juga yang di dapati mungkin terancam adalah di benarkan untuk menggunakan cermin yang gelap sepenuhnya, bagi mengelakkan nyawa mereka terancam, adakah anda tergolong dalam kelompok individu tersebut?  

Alasan, orang lain juga menggunakan cermin kereta gelap jadi anda turut serta mengelapkan cermin kereta mungkin menjadi kebiasaan semua orang, dan ini lah antara sikap masyarakat di negara ini, teringat saya kepada kata kata ustaz semasa saya bersekolah dulu, “kamu tahu apa yang dia buat itu salah bukan, jadi kamu ikut sama buat jadi sama-samalah kamu bersalah” – “kalau dia terjun lubang najis kamu pon samalah terjun”

Bagi pengguna MPV yang di import dari Jepun ker waima dari mana pon yang sememangnya telah di pasang dengan cermin gelap, tetapi hanya bahagian belakang sahaja iaitu tempat di mana bahagain yang biasanya diletakkan beg atau barang di bahagian belakang sahaja tetapi mengapa alasan itu di guna pakai untuk memasang cermin gelap hingga keseluruhan kereta? apa alasannya? Bukankah tidak digalakkan untuk meninggalkan barangan berharga dia dalam kereta kerana ianya akan menarik perhatian penjenayah?

Saya tertarik dengan alasan seseorang di dalam blognya, yang menyatakan penjenayah akan menggunakan kereta yang di curi secara rawak, untuk di gunakkan semasa melakukan jenayah, yer alasanya ada betulnya, tetapi bila di fikirkan bukankah kereta yang menjadi pilihan itu kebanyakkan menggunakan cermin gelap?, kenapa ? anda sendiri boleh berikan jawapanya, kerana penjenayah lebih cendrung menggunakan kereta yang bercermin gelap kerana mereka akan lebih sukar di kesan dan di kenal pasti oleh orang awam, apa pendapat anda ?

Begitu juga dengan kes kes kehilangan orang terutamanya kanak-kanak dan remaja, andainya mangsa tersebut di bawa dengan kenderaan yang bercermin gelap yang terlalu gelap, adakah mereka akan mudah di kesan oleh masyarakat? dan juga angota polis yang membuat sekatan jalanraya ? tentu sukar bukan? alasan panas di dalam kereta, bukankah setiap kereta mempunyai sistem penghawa dingin ? jadi apa alasan ingin bercermin gelap hingga tak nampak apa apa di dalam? dan gunakanlah jenis yang boleh mengurangkan haba bukanya yang mengurakan cahaya, dan tak semestinya gelap.

Begitu juga sekiranya kereta anda di pasang dengan cermin gelap (trend sekarang lah tu) sampai tak boleh lihat siapa pemandunya, dan nasib malang menimpa anda, kereta anda di curi dan di larikan penjenayah, memang anda nak harapkan kawan-kawan perhatikan! tetapi sekiranya tak nampak siapa pemandunya, mungkin kenalan anda tak dapat pastikan siapakah pemandunya adakah anda atau “orang lain” dan apabila dapat tahu mungkin dah terlambat…

p/s: ada orang gunakan kereta yang bercermin gelap untuk buat maksiat ! mcmner tuh ?

Jadi apa pendapat anda mengenai isu ini? adakah ianya keperluan atau sekadar kemahuan ? anda sendiri tentukan….

Apa apa pon… macam biasa komen sikit dan ….Layanzzz ajer


Wasalam…..


10 comments:

  1. salam bro..

    btol la tu..kekadang pelik dan heran tgk diorg ni sakan nak bercermin gelap. tak cantik pun sy tgk..tapi nak bergaya je lebih...
    nk bt biarlah berpada2..jgn menyusahkan diri kemudian hari..

    ReplyDelete
  2. qiqi pon duk was2 ni...knpius pon ade..huuhu

    ReplyDelete
  3. Gelap sket x pe kot..jgn la TERlalu gelap sgt smpi x nampk tuan yg duduk bleh dlm tu

    ReplyDelete
  4. As salam..
    Pernah my hubby tintered punya la gelap. Geram betul tgk. Time balik kg, kena saman RM300, padan muka dia..tak ada pasal, cari pasal..

    Masih Ingat Minuman Sarsi? |Teratak Usang

    ReplyDelete
  5. sy rase x de kne mgena cuace dan gelpkn cermin kereta tu.. klau psang pghlng chaya dr dlm pun xpe.. bukn mati pun kne chaya mtahari tu..

    ReplyDelete
  6. tgk kete de tintered...shemart la...lin lom pakai kete lg..jd xmo komen byk3x.huhu

    ReplyDelete
  7. huhuhu.. suke kot kereta bercermin gelap..
    nampak lagi smart dan bergaya..
    dan rs selamat/ x diperhatikan org apabila brd dlm kerete..

    ReplyDelete
  8. keta cermin gelap nampak kemas...comot suka sebab xnampak kalu comot nak skodeng org..hahaha eh...haa niat xbaik tuh..ishh3

    ReplyDelete
  9. balik msia aritu,terkejut tgk byk kereta yg tinted gelap kaw2.dlm ati tertanya2,JPJ skang dah lepas kut tinted gelap2 cenggini.hihi.

    ReplyDelete