cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

30 May 2010

Masa Untuk tidur

Asalamualaiakum...

hemm.. ! minggu yang panjang dapat refesh balik hari ahad nie... tapi x berapa nak refesh sgt sebab pagi tadi bawak kakak kakak ipar pegi tengok anak dia di sebuah sek sains di Negeri Sembilan ini...

Tapi sebelah petang lepas hantar mereka ke seteyen Keretapi.. dan timbulah satu hal yang aku tak dapt nak describe ler.. actually nie kali ke 2 lah yang aku ketahui... sepatutnya keretapi sampi di sebuah stesyen pada pukul 3:30 ptg.. tapi x kelihatan pon pada masa yang di tetapkan... puas aku terjengah sana terjengah sini.. tak tahu nak refer mana.. tiba tiba ajer aku nampak staff KTM dok asyik nyembang.. so aku dekati .. dan say sorry uncle.. tumpaang tanya sikit .. keretapi dar KL ke Selatan pukul 3:30 pukul berapa sampai yer... sib baik ler uncle KTM nie dengan ikhlas hati jawab.. ohh dia lewat 1 jam.. pukul 4:30 nanti sampai... huh... 1 jam tu.. hemm biasalah kan.. tapi aku pernah tunggu keretapi sampai 2 jam.. delay dari KL untuk ke selatan... hemmm sedey oo.. ngantuk nak tunggu.. sib baik ada ramai orang kat stesen tu... sesak.. so aku ambik keputusan nak bawak akak & akak ipar aku ke shoping complex ler... hemm.. sesak jugak kat sana.. maybe sebab hari cuti kan... hemmm ... nampak jugak angota Polis wanita .. & angota polis Lelaki yang buat rondaan... hemm.. bagus lah terjaga sikit keamanan kawasan town sini kan...

Lepas tu dia naik ajer keretapi tu.. aku pon gerak lah balik rumah... penat oo.. ingat nak rehat2.. tapi masih lagi ada kerja yang perlu di uruskan.... nak pegi rumah baby sitter anak sbb nak bagitahu van yang selalu ambik sufi pegi sek PASTI tu dah x lagi beroperasi hemm mcm ner nie.. kena bincangkan dengan cikgu ler... maybe boleh tumpangkan dia untuk pulang dari sekolah... hemm.. tapi x der keputusannyer.... abis mcm ner sufi nie nak pegi sek plk esok nie....

Argh... tension lah... x dapat refresh mind and body lah hari nie.. nie pon dah lewat malam.. esok nak pergi kerja.... dah ler kerja pulak dah berlambak2 tunggu untuk di uruskan... hai.. x per next week lah maybe leh refresh blk.. tapi dah ada perancangan nak balik kampung lah pulak....

hemm.. tengok lah keadaan... mcm ner nanti... ok lah rasanyer dah lewat... tapi perut nie dah berkeroncong lah pulak.... hemm mcm ner nie.... hemm nak off lepas tu nak pegi tidur....

ok semoga berjumpa di lain kali....

selamt malam....

Asalamualaikum.........

29 May 2010

" Mengejar Kaki Pelangi" - Kekeringan Idea

Asalamualaikum semua..

Ambik masa nie untuk update blog nie.. tiba tiba ajer ada idea nak di catatkan kat sini...

Sebenarnya & mula kisahnya aku ternampak pelangi satu hari dulu.. dengan ucapan "SUBHANALLAH" aku pehatikan pelangi itu... lalu tertanya .. Kat mana kaki pelangi tu kan... lalu muncul idea dalam kotak fikiran aku... Kalau aku tulis novel pasal kisah kehidupan bagus nie kan..

jadi inilah dia gambar pelangi tersebut.. tapi dah siap edit dah.... (x bawak camera time tu.. so apa lagi snap pakai handphone ajer lah.....) so pls dont comment apa apa lah yer....



So tajuk dia pon yang terlintas kat minda time tu ialah "MENGEJAR KAKI PELANGI"
lepas snap pic tu di sebabkan oleh kesibukan aku bekerja, maka aku buat buat lupalah akan keinginan untuk menulis novel tersebut...tapi lepas 2 3 hari selepas itu aku rasa mcm teringin ajer (ha... bukan teringin benda lain tau.. teringin nak menulis novel lah.... ) jiwang lah aku nie kan.... ha ha ha....

So saku pegi cari balik pic pelangi tu kat dalam memory card hand phone.. save.. dalam pc.. dan edit lah pic tu untuk tajuk novel saya...

Step ke dua ialah aku pon mula mencatat catat sikit2 isi isi dan guide line untuk novel aku tu... tetapi ianya telah di rosakkan oleh anak manja keasayanganku.. Sufi & Syahiran... ops maybe tak pernah aku ceritakan pasal diorang kan.. it ok.. dalam entry lain akau akan buat pasal family aku....:) sabar.... kalau sudi nak baca lah kan.... :)

Tetapi.. sekarang nie masalahnyer aku telah kekeringan idea.. dah lama tidak meneruskan novel tersebut... dah ada jugak rasa rasa nak stop ajer lah... di tambah pulak kesibukakan aku dengan tugasan di pejabat & di rumah.... sekerat jalan ajer... tapi masih berharap agar hati ini tidak patah semangat untuk meneruskan penulisan sulung aku...

Dan dalam masa mencoretkan bibit-bibit novel tu terdengar pulak dendangan lagu dari kumpulan rock tahun 80an... " Ku cari Damai Di hati" .. wah berbunga-bunga hati ini nak buat novel tajuk tu... so that next !

Hemmm tapi dah dekat 2 bulan aku x mencatat apa apa kat dalam lappy nie... (wife punya.. aku pinjam ajer....) hemm mcm ner nie.. bila nak siap... nak bincang dengan publisher pon malu nak cakap bila leh siap....

Jadi sekarang ini aku amat berharap agar diri ku ini di beri kekuatan untuk meneruskan penulisan aku tersebut.....

ok lah setakat ini sajer lah aku nak cerita pasal kekeringan idea aku nie.... and minta kawan kawan dokan agar aku akan terus bersemangat dan idea akan datang mencurah - curah untuk teruskan novel tu....

semoga berjuma di lain masa.....

Asalamualaikum semua.......

27 May 2010

Apa Yang Kita Cari dalam hidup ini

Asalamualaikum.....

Apa yang kita cari dalam hidup ini ? Kekayaan ? ini hanyalah fitnah dunia.. kemasyuhran ? untuk apa ? di sanjung ? Bukankah asal kejadian kita dari tanah ? dan kepada tanah kita di kembalikan ? bersama sama dengan 7 helai kain putih (bagi lelaki) atau 8 helai kain putih (bagi wanita) - Bagi lelaki yang menjadi wanita mahupun yang wanita menjadi lelaki tiada nas yang nak pakai berapa.. ikutlah asal kejadian dia.... Jadi apakah beza antara aku kau dan dia ? semuanyer sama sahaja.. bezanya amalan dia yang akan di bawa bersamanya nanti...

Adakah anda mencari kebangiaan ? Bahagia yang bagaimana ? jawapanya berbeza antara satu sama dengan yang lain.... ada yang nak anak ramai.. ada yang nak duit banyak.. ada yang nak rumah yang besar dan lengkap dengan pelbagai hiasan... persoalannya adakah ia menjanjikan kebangiaan ? atau ia akan membarikan anda lebih beban ? kesengsaraan ? jawapannya juga ada pada anda.....

Wahai sahabat-sahabat ku.. aku lebih mencari keredaan Allah SWT... kerana ia akan kekal abadi & di bawa bersama-sama kita menginggalkan fithan dunia ke Alam barzah dan juga ke alam akhirat....



Jadi apa yang kita cari itulah yang kita dapat.. namum begitu tidak salah mencari harta di dunia kerana keradaan ALLAH ada di mana mana.. tidak kira kita miskin atupon kaya... sebab ada petapah yang mengatakan Carilah harta umpama kamu akan hidup seribu tahun... tetapi beribadatlah kamu umpama kamu akan mati esok hari...



terpulanglah kepada anda apa yang anda cari....

salam......

25 May 2010

Permata Yang Hilang

Asalamualaikum semua...

Adakah anda pernah dengar sebuah buku "PERMATA YANG HILANG" ? - buku ini amat berguna dan menjadi panduan bagi semua, pasangan yang baru berumahtangga yang dah lama berumatangga.. mahupun yang bakal berumahtangga... maaf saya katakan bagi yang gagal atau hampir gagal dalam melayari alam rumahtangga.. ada panduan dalam ini yang mungkin dapat memberi panduan bagaimana melayari bahtera rumahtangga.... bagi yang nak tambah cawangan pon takada salahnyer... tapi jangan libatkan saya pulak dalam kes ini..(he he he)





Jadi yang berminat bolehlah dapatkannyer.. melalui saya... hanya 4 langkah mudah...

1) email saya dia usahaciptajaya@gmail.com or SMS 0169282028

2) saya akan email / SMS no akaun CIMB

3) Depositkan Wang RM 15.00 & simpan Slip / CIMB Click lagi baik.

4) Hantar Email ke usahaciptajaya@gmail.com atau sms ke +60169282028
Nama, Masa, Tempat dan jumlah. Lepas confirm ajer saya akan hantar email beserta dengan
E-book tersebut.

Bagi yang berminat untuk datang dalam bentuk DVD pon boleh hanya tambah RM5.00 untuk kos penghantaran menggunakan Perkhidmatan Pos Laju... dan pastikan anda sertakan alamat anda sekali (yang ada orang untuk terima kiriman tersebut) - Syuh... diam diam jangan cerita dengan orang.. kalau pakai DVD saya sertakan sekali bonus video... (18SX) .... jadi terpulanglah mana yang anda suka yer....

Saya jamin segala panduan tersebut adalah yang asli tiada tokok tambah mahupun pengurangan keatas produk tersebut.

Semoga anda berbahagia -- itu matlamat saya.....

Kata Orang... Kalau Kail Panjang sejengkal.... lautan dalam jangan nak di duga....

Tanggungjawab suami memastikan Isterinya di beri Nafkah batin secukupnya -- dan tanggungjawab isteri memastikan layanan keatas suami mencukupi... panduannya.. ada di dalam ebook ini.....



Jadi pastikan anda dapatkan ebook ini dengan segera....

P.S. 18 tahun keatas sahaja tau....

15 May 2010

Hidup ini satu cabaran,

Asalamuaaikum semua...

Hidup ini satu cabaran...

Macam macam yang indah yang di janjikan, tapi hanya manis di kata kata namum begitu di hati amat pedih mencucuk jiwa, sekalaipon wajah ini tersenyum dan ketawa namum begitu di hati ini menagis pedih menghiris,

Inigin sekali aku menagis, kerana hati ini sungguh pedih, tapi akan ku cuba untuk ketawa dan tersenyum, kerana kata orang buruk sungguh wajah bila menangis.. tapi tak dapat aku tahan bagaimana harus aku hadapai semua ini ? ingin mengadu kepada siapa ? sesunguhnya aku amat sedih dengan apa yang terjadi atas semua ini.

Bagaimana harus ku tangani semua ini ? sungguh aku tidak dapat menahan semua ini, pedih sungguh hati ini... Ya Allah bantulah aku keluar dari masalah & rasa sedih ini...

Kepada Blog inilah tempat untuk aku curahkan segala rasa duka kerana dalah hiduk ku ini tiada siapa yang sudi untuk mendengar rintihan hati ini....

seseunguhnya aku amat sedih ketika ini......

13 May 2010

Web Hosting free & Duit Sampingan

Web hosting nie bagus jugak, Free for Life - Menang free.. lagi satu ada system Affiliate - yang mana boleh bagi kita pulangan.. jikalau sesiapa sign up for free melalui link kita... canggih... dah ler free.. promote boleh dapat duit pulak... hemm menarik bukan ?,

Actually Karim dah sign up dengan web hosting nie dah lebih dua tahun yang lepas lah.. sekarang aktif gunakanya.. sebagai landing page untuk satu online biss yang karim join... lepas tu kan karim rasa elok jugak kalau karim sharekan kat korang semua benda nie... sebab ramai yang join and nak buat online biss .. terpaksa beli hosting mahal2.. palaing murah pon dalam RM100.00 setahun... pulanganyer pon belum tentu... upah bina web site lagi... x ker tu semua duit ?,

Jadi sekarang ini karim nak perkenalkan benda percuma ini manalah tahu dapat jimatkan budject dan boleh budject tu buat benda lain pulak kan...

Ok ini spec web hosting tu...

Kami menawarkan iklan sepenuhnya cPanel web-hosting percuma. Tidak ada iklan yang akan dipaksa ke laman web kami pengguna.Tidak ada hasil tangkapan, tidak ada biaya setup, tidak dipaksa iklan, tidak ada banner, tidak ada popup dan tidak ada kos tersembunyi. Hanya perkhidmatan hosting percuma.

Daftar sekarang, di sini adalah apa yang menunggu untuk anda:
* 1500 MB Disk Space
* 100 GB Data Transfer
* CPanel Control Panel
* Website Builder
* 5 MySQL Databases
* Sokongan Tidak Terikat PHP5
* Instant Setup!

untuk perkhidmatan percuma mcm nie mmg dah cukup bagus kan jadi bagi yang baru nak berjinak- jinak dengan internet marketing dan mempunyai budject yang sedikit bolehlah mencuba dan menggunakan web hosting ini, kalau dah terlebih budject tu faham faham sendiri lah kan,

Jadi kalau anda berminat... sila lah clik di sini...

http://www.000webhost.com/306307.html

so apa lagi.. lepas tu kalau berminat untuk dapat duit bila orang sign up bawah kita kija join program affiliate di.. promosikan link dia... itu ajer... cukup mudah kan...

so selamat berjaya.......



09 May 2010

Utama pekerja tempatan

KUALA LUMPUR 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji tenaga asing dengan sewenang-wenangnya atas alasan kos lebih murah sehingga menutup peluang pekerja tempatan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, Perdana Menteri mahu keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih munasabah.

Beliau berkata, pihak syarikat atau majikan sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti agar mereka mampu menggaji pekerja tempatan dan bukannya mencari jalan pintas dengan mengambil terlalu ramai pekerja asing.

“Jangan cari jalan mudah iaitu dengan cara mengambil pekerja asing dan kemudian mengorbankan kepentingan pekerja tempatan. Majikan harus memberi keadilan kepada pekerja tempatan.

“Mereka juga jangan salahkan kerajaan jika tidak luluskan tambahan import pekerja asing. Kita hendak lihat bagaimana pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan),’’ katanya. -

Ini Kata PM lah tapi bagi majikan pulak ini kerja yang tidak munasabah, sedangkan arahan kerajaan selalu sajer mereka langar, sebab mereka angap dalam syarikat tersebut mereka lebih berkuasa terutamanya majikan yang datang dari negara luar... kalau asal mereka di negera asal cumalah kerja sebagai operator mesin di negara asal mereka.. tapi bila datang di negara ini boleh jadi sampai exec... itu yang hairan tu.. tambah pulak bila ada jugak rakyat negara ini yang bersekongkol dengan majikan ini untuk "dropkan" prestasi rakyat tempatan semata mata nak jaga periuk nasi dia sendiri... apa lah nasib orang mcm nie kan....

10 Manfaat Melakukan Seks

Selama ini kebanyakan orang hanya mengetahui dalam melakukan hubungan seks,yang didapati hanyalah kepuasan berupa orgasme yang diraih oleh pasangan yang melakukannya. Tetapi sebenarnya selain itu, ada kegunaan lain yang boleh kita dapat dengan melakukan hubungan seks, yang akan membuatkan korang tidak punya alasan lagi untuk malas melakukannya.

1. Mengurangkan risiko disfungsi ereksi

Kajian terkini menunjukkan lelaki yang selalu melakukan seks dapat mengurangkan risiko berkembangnya disfungsi ereksi.Lelaki yang melakukan seks sekali dalam seminggu mempunyai risiko dua kali lebih besar menderita disfungsi ereksi jika dibandingkan dengan lelaki yang terlibat dalam aktiviti seks selama 3 kali dalam seminggu.

2. Mengurangkan berat badan

Tidak perlu pergi Gym.Seks dapat membuatkan semua kelompok otot tubuh bekerja. Ini merupakan latihan cardio-vascular yang bagus dan akan membantu korang membakar 300 kalori dalam satu jamnya.


3. Melepaskan tekanan

Dengan mendapatkan kepuasan dari hubungan seks dapat membantu menghilangkan beban dari hari yang berat dengan meningkatkan tingkat cuddle chemical oxytocin, yang mana dapat membangkitkan perasaan kehangatan dan cool

4. Meningkatkan prestasi

Mengikut kajian oleh Norwegian University of Sport,atlet wanita yang melakukan seks pada malam sebelum berlumba pada keesokan harinya,akan merasa lebih percaya diri dan lebih rileks dari biasanya.

5. Awet muda

Tingkatkan penampilan korang dengan hubungan seks yang memuaskan.Seks akan membuat korang selalu tampak dan merasa lebih muda, serta membuat rambut menjadi lebih berkilau dan kulit menjadi lebih cerah. Semua ini kerana bertambahnya estrogen dan hormon lainnya.

6.Meringankan rasa sakit

Sakit kepala? Lupakan ubat penghilang rasa sakit dan minuman alkohol kerana perasaan nyaman ketika endorphin dilepaskan semasa hubungan seks dan dapat membantu mengurangkan rasa sakit.

7. Mengatasi depresi

Kepuasan dan hormon yang dihasilkan juga dapat mengurangkan depresi dan kegelisahan.

8. Meningkatkan kekebalan

Melakukan seks dua kali dalam seminggu dapat membuatkan korang terhindar dari selsema atau flu.Mengikut kajian di New Scientist, Hal ini disebabkan hubungan seks dapat meningkatkan lgA (lapisan pertahanan pertama dari sistem kekebalan)

9. Mempercepatkan pemulihan kondisi badan


Dengan berusaha keras untuk meraih bahagian tubuh seperti perut dan bahagian dalam paha dalam beberapa sesi hubungan seks dalam seminggu,dapat membantu memacu badan korang kembali ke kondisi fit.

10. Hidup lebih lama

Mengikut kajian University of Bristol,lelaki dan wanita yang melakukan seks 3 kali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko mereka terkena serangan jantung atau stroke.


copy from blog macam macam Ada (http://ygmenarik.blogspot.com/2010/04/10-manfaat-melakukan-seks.html) - Thanks bro...

08 May 2010

Anakku dengan Facebook

Hemm .. mula-mula tak pasti apa yang dia buat .. tapi lama lama tak puas hati, so curi 2 tengok.. rupa-rupanyer dia pegi bukak Facebook... walahoi... umur baru 4 tahun.. tapi dah pandai nak bukak FB... sia baik dia x leh buat akaun lagi kalau tak sure ramai kenalan dia nie...


Siap gelak-gelak lagi masa dia start nak bukak FB nie...
Alah tak per galakkan dia kenal ilmu IT nie.. aku pon dulu kenal komputer dah umur 18 tahun.. lepas tu kerja technician komputer so makin kenal lah ilmu komuter nie... well ok lah bertemu dalam blog yang lain pulak...

06 May 2010

Anak Muda Sayangkan Melayu PUISI USMAN AWANG

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tana...h Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Cinta, Sayang Dan Kasih

Cinta, Sayang dan kasih adalah seseuatu yang berbeza tapi memerlukan antara satu sama dengan yang lain,

Untuk mencintai seseorang kita perlu menyangi & mengasihi sesorang itu,

Untuk menyangi pula kita perlu kasihkan dia.... akan tetapi untuk kasihkan (kasihan) tidak perlu ada rasa cinta & sayang cuku sekadar punyai hati ... pasti akan timbul perasaan kasih & kasihan...

Renung renungkanlah, adakah anda cinta, sayang atau pon kasihkan seseorang itu... sebab semuanyer berbeza antara satu sama dengan yang lain... walaupon semuanyer diperlukan sbb soal mulut boleh bohong soal rasa.. hati sajer yang tahu....

05 May 2010

Pagi Hari

Pagi Hari... awal awal pagi memang kena bergegas gerak, sebab nak hantar anak no 2 tu dah sekolah tadika.. (PASTI - Al Badar) tapi pagi2 dia pegi rumah baby sitter, nanti naik van pegi sek.. anak no 1 pergi sekolah dekat Paroi Jaya sana... tapi hari nie ada aktiviti yang memerlukan parent hadir... dah kerja mcm nie, memang susah nak cuti.. x per lah so hantar dia dekat rumah transit lah.. apa boleh buat.. sian dia tapi yerlah kena korban lah kan... x per nanti ayah bawak pegi mandi kolam renang mcm selalu lah kan... well memang rushing.. tapi yang buat sakit hati pagi2 nie ialah driver yang terlalu berhati2.. bawak kereta dekat line sebelah kanan tapi speed dia just 40km jer mcm ner tu .. bila hon pon x der apa apa respon.. maybe seal kereta dia tu tight kot.. sampai hon pon x dengar x pon dia tengah layan.. music kat dalam kereta dia.. dan lagi satu yang buat aku jadi membara ialah.. driver yang x tahu pakai lampu signal... suka suka hati dia masuk lorong.. kita puas tunggu dia lalu.. rupanyer dia nak masuk simpang.. or dia laju.. tiba2 brek & masuk simpang.. kalau terlangar kan dah panjang cerita dia.. apa lah diorang ie... maybe x mampu beli mentol signal tu atau kereta tu pinjam punya so mana suis signal pon dia tak tahu kot... entah lah kan...

well apa apa pon take care semasa memandu.. buat perancangan awal agar tidak lewat sampai ke pejabat atau sebabkan orang lain lewat sampai ke pejabat....

04 May 2010

Malam yang hening

Malam yang hening.. aku tengah tunggu kol 10pm sbb nak tengok chanel 811 .. nak tengok wrestling, sesetengah org ckp mengarut jer... tapi bagi aku itu hiburan.. ada gak skill 2 yang boleh kita perhatikan & pelajari.. mana tahu tetiba jer ada org nak serang kita leh lah jugak smackdown diorang kan..

well bila bercerita pasal pertahanan diri teringat aku semasa sekolah dulu aku nie belajar silat lah... & wife ckp dia minat kat aku sbb aku belajar silat.. he he he.. Alhamdulilah langkah2 dia masih lagi aku ingat hingga kini... ok lah aku nak pegi tengok wrestling dulu .. karang dah abis or esok aku sambung balik coretan ini....

tapi malam nie mmg sunyi.. lepas hujan kot ptg td... hemmm ... salam sejahtera semua...