cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

09 May 2010

Utama pekerja tempatan

KUALA LUMPUR 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji tenaga asing dengan sewenang-wenangnya atas alasan kos lebih murah sehingga menutup peluang pekerja tempatan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, Perdana Menteri mahu keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih munasabah.

Beliau berkata, pihak syarikat atau majikan sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti agar mereka mampu menggaji pekerja tempatan dan bukannya mencari jalan pintas dengan mengambil terlalu ramai pekerja asing.

“Jangan cari jalan mudah iaitu dengan cara mengambil pekerja asing dan kemudian mengorbankan kepentingan pekerja tempatan. Majikan harus memberi keadilan kepada pekerja tempatan.

“Mereka juga jangan salahkan kerajaan jika tidak luluskan tambahan import pekerja asing. Kita hendak lihat bagaimana pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan),’’ katanya. -

Ini Kata PM lah tapi bagi majikan pulak ini kerja yang tidak munasabah, sedangkan arahan kerajaan selalu sajer mereka langar, sebab mereka angap dalam syarikat tersebut mereka lebih berkuasa terutamanya majikan yang datang dari negara luar... kalau asal mereka di negera asal cumalah kerja sebagai operator mesin di negara asal mereka.. tapi bila datang di negara ini boleh jadi sampai exec... itu yang hairan tu.. tambah pulak bila ada jugak rakyat negara ini yang bersekongkol dengan majikan ini untuk "dropkan" prestasi rakyat tempatan semata mata nak jaga periuk nasi dia sendiri... apa lah nasib orang mcm nie kan....

No comments:

Post a Comment