cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

31 March 2011

Apa boleh di buat dengan ubat gigi ? selain dari gosok gigi!


25 perkara yang boleh di buat dengan ubat gigi.



+
=


Asalamualaikum semua, Salam sejahtera semua,

Korang dah gosok gigi ker belum ? kalau belum terus bukak blog sure korang blogger tegar ! ha ha ha…

Hari nie saya nak kongsi dengan korang apa yang anda boleh dengan ubat gigi selain dari gosok gigi ler…

Percaya tak korang kalau ubat gigi boleh jadi macam macam? Tak caya? Baca lagi dan lps tu cuba dan jangan lupa komen plk yer….

Antaranya:

1) Menanggalkan kesan kekotoran di pakaian seperti Lipstik dan dakwat pen.
- Caranya: gosokan ubat gigi di kesan kotoran tersebut dan bilas.

2) Menghilangkan gambar sangkut-sangkut pada CD/DVD.
- Carannya: Gosokan ubat gigi di permukaan bawah cd/dvd tersebut, gosokkan perlahan dan bersihkan.

3) Mengilatkan cincin atau barang kemas, terutamanya berlian!
- Caranya : gunakan berus gigi terpakai, dan sedikit ubat gigi – basahkan barang kemas tersebut dan gosok. Pasti ianya akan kelihatan bersinar sinar macam baru (gigi pon boleh bersinar ! he he he)

4) Meredakan kesan perit kulit terbakar, (kebakaran lepuh sahaja, besar jumpa doktor)
- Caranya: sapukan sedikit ubat gigi kepada tempat yang terbakar (melepuh).

5) Membersihkan dan mengilatkan barangan perak, (bukan negeri Perak!)
- Caranya: gosokkan ubat gigi keatas permukaan barangan perak dan sental dengan kain, pasti ianya kelihatan seperti baru dan sangat berkilat.

6) Menghilangkan kesan crayon di dinding (anak yang kreatif suka conteng dinding)
- Caranya: gosokan ubat gigi di kesan contengan tersebut dan cuci dengan air untuk hilangkan kesan.

7) Menghilangkan kesan tumpahan di carpet rumah (wow beli mahal nie made in Parsi!)
- Caranya: lumurkan dengan ubat gigi, sental dan bilas, keringkan (berbau harum jugak)

8) Mengurangkan kesan sakit sengatan / digigit seranga (terutamanya nyamuk dan kutu)
- Caranya: sapu tempat yang di sengat / digigit tersebut dengan ubat gigi, pasti rasa selesa.

 9) Membersih dan mengilatkan kuku,
- Caranya: gunakan berus gigi terpakai, sedikit ubat gigi, basahkan kuku, dah gosok lah
   macam gosok gigi jugak, ianya akan jadi bersih dan berkilat (sbb kuku dan gigi dari
bahan yang sama)

10) Membersihkan kasut,
- Caranya: gosokkan menggunakan berus dan ubat gigi keatas kasut kulit, dan bahagian
   getah pada kasut sukan anda, dan bersihkan, selain itu ia juga dapat menangalkan
   gumpalan tar pada kasut.

11) Melekatkan poster di dinding,
- Caranya: macam gunakan gam, tetapi awas ianya boleh merosakkan warna pada poster tersebut untuk tempoh masa yang panjang.

12) Menutup lubang paku di dinding. (sementara sahaja)
- Caranya: Cuma perlu sumbatkan ubat gigi sebelum di cat semula, atau tutup lubang paku sebelum korang keluar dari rumah sewa , ha ha ha

13) Mencuci sekitar dalam bilik air / tandas (erk…..)
- Caranya: jadikan ubat gigi sebagai ganti bahan pencuci tandas. Terutamanya pada paip, sinki dan juga mangkuk tandas… bagus tak ada bahan kimia…

14) Mencerahkan dan menerangkan cermin lampu kereta yang pudar.
- Caranya: di gosok di permukaan cermin lampu tersebut, ianya akan menjadi berkilat dan bersinar.

15) Mengilatkan koleksi kereta mainan serta permainan kecil.
- Caranya: dengan menggunakan berus gigi terpakai, dan gosok serta di bersihkan dengan air, ianya akan menjadi berkilat dan berbau segar.

16) Mengilatkan serta menghilangkan calar kecil di jam tangan.
- Caranya – gosokkan dengan tisu di permukaan jam, pasti ianya menjadi berkilat dan calar-calar kecil akan hilang terutamanya di permukaan cermin kaca.

17) Menghilangkan jerawat (pekara yang di benci kaum perempuan / gadis)
- Caranya : sapu ajer ubat gigi pada jerawat sebelum tidur, jangan terperanjat pagi esok akan hilang terus jerawat tersebut (kalau bertambah kulit korang mmg alergic)

18) Menghilangkan kabus di cermin menyelam.
- Caranya: sapu ajer ubat gigi tu lps tu bersihkan (kalau tak nanti masa menyelam mata pedih.)

19) Membersihkan kekunci piano dan juga kekunci keybord.
- Caranya: lapkan dengan menggunakan kain buruk dan sedikit ubat gigi, ianya akan menjadi kembali bersinar seperti baru.

20) Membersih dan memberikan bau yang segar pada tangan,
- Caranya : di jadikan seperti sabun pencuci tangan, ianya akan menghilangkan kekotoran serta memberikan bau yang segar, terutamanya bau bawang dan bahan masakkan.

21) Menghilangkan calar pada gelas dan cermin,
- Caranya: gosokkan ubat gigi dengan menggunakan kain buruk pada gelas dan cermin, ianya akan menjadikan gelas itu bersih dan bersinar untuk masa yang lama.

22) Menaggalkan kesan tar pada kaki dan juga angota badan.
- Caranya : gosok dan sental bahagian tersebut dengan ubat gigi, selain daripada menghilangkan kesan tar ianya dapat menyegarkan angota tersebut. (ala ala spa lah tuh)

23) Membersihkan botol susu bayi,
- Caranya: cuci botol tersebut dengan menggunakan ubat gigi dan ianyakan menjadikan bolot itu bersih serta berkilat serta menjadikan botol itu berbau harum (takder lagi bau air susu basi)

24) Membersihkan dan melicinkan permukaan pengosok baju (iron)
- Caranya : pastikan permukaannya sejuk terlebih dahulu, gosok dengan kain buruk di permukaan tersebut dan ianya akan jadi licin dan besih, begitu juga sekiranya terdapat kesan fabrik cair di permukaan tersebut, tanggalkan dahulu lps tu gosok.

25) Menghilangkan kesan gelas air sejuk di permukaan perabut kayu. (Watter mark)
- Caranya: lapkan permukaan tersebut dengan ubat gigi dan juga kain yang lembut dan lembab, kemudian lap kan dengan kain yang kering dan lembut.


Ok itu sahaja buat kali ini… kalau ada lagi nanti saya share lagi heh… dan saya tak tanggung kalau lps nie stok ubat gigi abis kat kedai runcit dekat rumah korang tau.. lagi satu syarikat ubat gigi tak kan diam ajer kot...he he he

Rasanya dah boring korang baca entry nie kan. Jadi apa komen korang ?

Macam biasa sebelum apa apa … Layanzzz ajer !


10 comments:

  1. uishhh.. banyaknya..
    yang nombor 6 tu saya suka.. bolehlah saya suruh anak saya hilangkan kotoran tu..

    yang jerawat tu memang betul, saya pernah buat tapi jerawat nasi jerlah..

    jerawat akan hilang tapi akan ada tanda hitam tapi tanda hitam itu pun akan hilang satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. Umangaiiii..gila bnyk petua akak tips yg boleh digunakan nih!

    ReplyDelete
  3. waaahh..mmg banyak kegunaannya tu...and 80% daipada yg tersebut diatas dah tau dah..tapi jarang giler nak praktik..yg biasa praktik no. 1,4,5,8..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Salam bro, bro cakap nak cari h.pone with wifi and gps... kat shoutbox http://zlancer3.blogspot.com/ kan?

    kalau bro nak, ade set BARU/ORIGINAL ni.

    Price : RM 820

    Condition: SEMUA komponen luar/dalam handphone adalah baru dan asal.

    Warranty : 12 Bulan

    Specs:
    General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
    3G Network HSDPA 900 / 2100
    HSDPA 850 / 1900 - American version
    Announced 2008, October
    Status Available. Released 2008, November
    Size Dimensions 111 x 51.7 x 15.5 mm, 83 cc
    Weight 109 g
    Display Type TFT resistive touchscreen, 16M colors
    Size 360 x 640 pixels, 3.2 inches
    - Proximity sensor for auto turn-off
    - Accelerometer sensor for auto-rotate
    - Handwriting recognition
    Sound Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3 ringtones
    Loudspeaker Yes, with stereo speakers
    3.5mm jack Yes, check quality
    Memory Phonebook Practically unlimited entries and fields, Photocall
    Call records Detailed, max 30 days
    Internal 81 MB storage, 128 MB RAM
    Card slot microSD, up to 16GB, 8GB included, buy memory
    Data GPRS Class 32
    EDGE Class 32
    3G HSDPA, 3.6 Mbps
    WLAN Wi-Fi 802.11 b/g, UPnP technology
    Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
    Infrared port No
    USB Yes, v2.0 microUSB
    Camera Primary 3.15 MP, 2048x1536 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, dual-LED flash
    Features Geo-tagging
    Video Yes, VGA@30fps
    Secondary QVGA videocall camera
    Features OS Symbian OS v9.4, Series 60 rel. 5
    CPU ARM 11 434 MHz processor
    Messaging SMS, MMS, Email, Instant Messaging
    Browser WAP 2.0/xHTML, HTML, RSS feeds
    Radio Stereo FM radio with RDS
    Games Yes + Java downloadable
    Colors Black, Red, Blue
    GPS Yes, with A-GPS support; Nokia Maps 2.0 Touch
    Java Yes, MIDP 2.1

    kalau berminat, boleh contact saya 0162834064

    ReplyDelete
  5. beli stok ubat gigi bnyk2 pas ni..hehe...

    ReplyDelete
  6. tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

    ReplyDelete
  7. nak tanye berkesan ke dekat kulit terbakar ? ambil mase berape lame eh

    ReplyDelete
  8. klo jerawat kecik2 leh x?

    ReplyDelete
  9. No.17 jgn buat ye..buruk padahnye. Sy da buat dulu n kulit jd terbakar. Smpai xnak pegi skola dlu. Kalau nk buat cuci muka ok..nnt tegang jek kulit.

    ReplyDelete