cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

Showing posts with label bagaimana dadah boleh masuk dalam badan kita.. Show all posts
Showing posts with label bagaimana dadah boleh masuk dalam badan kita.. Show all posts

12 March 2011

Apa yang tak kena dengan duit nie ?

Asalamualaikum semua.. salam sejahtera….

Cuba korang perhatikan apa yang tak kena dengan duit RM1 nie…

 Nie sebelah depan

 Nie plk sebelah belakang …. 
 Ops jangan pandang belakang.. he he he
dan jangan cucuk belakang jugak yer...


Apa ? no siri dia pelik ? tak der lah pelik mana …. atau korang leh nampak gambar agong tu boleh bercakap ker ? ha ha ha.. lawak kan….

Apa yang korang nampak ? tak ada apa apa ? betul ker ? cuba perhatikan baik-baik….

Hem.. korang perasan tak di hujung2 duit nie ada kesan terbakar ? dan ia seolah2 berpatern (bercorak ) di atas dan juga di bawah duit tersebut… anda tahu kenapa ?
Cuma fist sekali saya nak nasihatkan kawan-kawan semua andainya anda menerima duit mcm nie cuba seboleh-bolehnya minta wang lain dari juruwang, andainya dia enggan terima dan buat penukaran terhadap wang tersebut maka anda fikirkanlah apa yang sesuai dengan duit itu – dan seboleh bolehnya elakkan masuk kan kedalam wallet anda atau simpan di dalam saku anda..

Mesti korang tertanya tanya kenapa kan?

Ok mcm nie sebenarnya duit tersebut kemungkinan telah di gunakan untuk penagih dadah yang mengunakan heroin atau cik putih atau apa sahaja yang di panggil atau di gelar untuk barang tersebut untuk menghisap atau sedut sebuk tersebut semasa di panaskan, jadi akibat daripada memanaskan serbuk tersebut untuk di sedut maka kesan dari panas / api telah menyebakan kesan terbakar kepada duit tersebut (nie dah kira terdesak lah nie.. kira nyawa kat paras hidung jer lagi nie….)

Kenapa duit di pilih?

Kalau nak jawab nie kenapa tak pastilah, tapi maklumat ini saya dapat sejak saya bersekolah lagi dan saya telah kenal dengan seorang bekas penagih dadah yang telah kembali kepangkal jalan, di kata duit seringit di pilih disebabkan oleh beberapa sebab antaranya ialah kerana permukaan kertas duit adalah licin berbanding kertas yang lain, yang kedua sebab nilai dia cuma seringgit kalau nilai dia 50 ringgit sure diorang tak akan guna sebab besar tu beb… banyak barang boleh beli tuh. (betul jugak kan…)

Apa implikasi kalau terima duit tersebut?
 
Antara implikasi andainya anda ambil dan terima duit tersebut adalah,
 
1)      Soal Kesihatan.
 Memang tak di nafikan bahaya akibat daripada aktiviti dan tidakan si penagih dadah nie gunakan duit untuk menghisap “barang” tuh, akan tertinggal sedikit sisa-sia hablur kristal “barang” tu yang akan melekat di permukaan duit tersebut, ianya sukar untuk di tanggalkan kena di kikis… (tengah stim ingat ker nak kikis barang tu weih) jadi sentuhan dengan tapak tangan (yang lembab) akan menjadikan pemindahan “barang” tersebut ke atas kulit – tambahan pula ramai di antara kita yang jarang mencuci tangan dengan sempurna sebelum makan… jadi “barang” ini akan masuk secara oral kedalam tubuh badan kita, secara tidak langsung tubuh badan kita telah mengandungi bahan terlarang.

2)      Soal Keselamatan.
Bayangkan korang masukkan duit tersebut dalam beg duit korang, sisa hablur kristal barang tu berkumpul dalam beg korang… mula mula sedikit lama lama jadi banyak pulak – (pepatah lama – sikit sikit jadi bukit – kalau korang collect mana tahu boleh jual kan, itu pon kalau korang tahu – kalau tak tahu !) dan masa korang pegi airport ker terminal ferry ker mulalah hidung si K9 (anjing polis ler) dapat hidu barang terlarang yang ada berkumpul dalam beg duit korang… hemm masa tu apa lagi gelisah ler si K9 tuh… silap hari bulan di kejar plk korang, apa lagi, mungkin korang akan di “simpan” dalam bilik tahanan dan jugak akan di “proses” – hemm masa tu faham faham sendiri lah kan…dengan kena buat ujian urine, dengan kena check satu badan.. kena selongkar beg korang, tambah plk masa korang kena tahan tu masa ramai orang huh… malu beb !

3)      Soal Moral / Prinsip.
Sejak kita kecik dan sekolah kita telah di dedahkan dengan kempen anti dadah, tetapi anda tidak perasan dengan menyimpan benda sebegini anda seolah olah menyokong penagih dadah – kerana anda ada “alatan” untuk penagih dadah.

Tapi kalau korang nak tukar balik agak-agak anda kena time juruwang tu moddy, tak mahu terima permintaan anda untuk tukar duit tersebut, agak agak apa anda akan lakukan.. pada saya kalau lah juruwang tu tak nak terima saya rela tinggalkan duit Seringgit atas kaunter tu daripada duit yang macam tu masuk kedalam beg duit saya dan saya seboleh bolehnya cuba elakkan duit yang macam nie masuk kedalam beg duit saya.
Jadi bagaimana korang nak lakukan terpulanglah bagi korang semua macam mana korang nak buat dengan duit tu… dan semoga korang terhindar dari sebarang musibah.. amin….

Kalau nak simpan pn tak jadi salah itu hak korang kan… he he he he..Dan macam biasa apa komen korang ? dan macam biasa Layanzzz ajer !

06 October 2010

Selamatkah Air Minuman anda ? Sila ambil tahu dah lakukan !

Asalamualaikum semua! Salam Satu Malaysia….


Kembali lagi saya di ruangan blog saya ini untuk berkongsi maklumat yang saya kira boleh berguna kepada sesiapa yang suka mencari maklumat – maklumat terkini di ruangan blog, dan tak kurang bagi yang suka membaca di ruangan blog – sebab dengan banyak membaca kita makin dapat banyak maklumat – tapi tak suka baca blog politik.. sebab banyak memeningkan dan macam blog budak-budak .. yang mana sering ejek mengejek dan juga berbalas balas… hemm entahlah macam tak matang ! – jadi lupakan bab itu…

Diam tak diam dah bulan Oktober kan… Trajedi Oktober ! harap tak ada trajedi Oktober buat semua readers di blog saya yang tak seberapa ini… amin….

Ok apa yang saya nak kongsikan hari ini? – Cuba teka? 
 Huh macam budak-budak jugak.. Main teka teka kan… ha ha ha.. 
tak ada apa Cuma nak buat sikit kelainan … lain ker?  Macam biasa ajer Kan… hem…

Jadi kembali kepada tajuk asal kita… berhati hati dengan air yang anda beli, sekarang ini bukan sahaja kita perlu berhati-hati dengan air yang di berikan kepada kita sekali pun oleh orang kita baru kenal, apatah lagi kalau tak kenal…malah kena berhati-hati dengan air yang anda sendiri beli…atau terima… alasan “SAYA BELANJA” bukannya alasan untuk menerima pemberian tersebut, apalah gunanya nak di bandingkan dengan sebotol air mineral dengan keselamatan serta nyawa anda….

Tentu anda tertanya-tanya mengapa kita perlu berhati-hati dengan air yang kita beli sedangkan ianya masih mempunyai penutup keselamatan “security seal”!  Seperti yang kita ketahui bahawa seal tersebut hanyalah jaminan dari pihak pengilang bahawa product tersebut adalah terjamin dari segi kebersihan dan ketulinannya semasa selepas di keluarkan tetapi tidak kepada keselamatanya di dalam pasaran.

Mari kita ambil satu contoh, botol air mineral – kebanyakanya botol tersebut di perbuat daripada plastic yang lembut (botol recycle – macam dalam entry yang dulu tu) macam dalam gambar di bawah ini, dan kita perhatikan juga bagaimana botol tersebut di pamerkan, dan kadangkala ianya tidak di bersihkan sampai berhabuk… for sure ramai tak akan ambil botol ini bagaimana pula dengan anda? – Mungkin sebab habuk anda tak ambil – takut virus kencing tikus? ada betul jugak..  Tetapi kalau yang berkilat dan di pamerkan di ruang utama pon belum tentu selamat… 



Sedikit pesanan buat semua jikalau kita nak beli air dalam botol atau kotak, jadikan cara ini tabiat bagi kita untuk mengesan sebarang kebocoran kecil daripada bekas tersebut dengan menterbalikkan botol tersebut dan picit secara perlahan, pastikan tiada lelehan atau pancutan air dari bekas tersebut, terutamanya di bahagian leher hingga ke penutup bekas tersebut, sekiranya ada sila pilih yang lain atau terus jangan beli demi keselamatan diri dan keluarga kita.

Mengapa ?

Jawapanya ialah kerana botol tersebut adalah lembut dan nipis jadi ianya senang bocor dan mudah di tebuk dengan jarum… jadi kelemahan ini memungkin penjenayah mencucuk botol tersebut dengan pincagari untuk memasukkan ubat tidur atau ubat khayal kerana bahan ini mudah di dapati, dan cara ini juga membolehkan sebarang dadah memasuki dalam badan kita…sementara itu mungkin penjenayah tersebut akan memerhatikan dan mengekori kita dan apabila bahan tersebut telah bertindak balas dalam badan kita dan pada ketika itulah penjenayah tersebut akan muncul dan mengambil kesempatan keatas kita, dan pada masa itu juga pastinya kita tiada daya untuk berfikir apatah lagi daya untuk melawan…

Jadi bagaimana ?

Menakutkan? Sememangnya kita tidak boleh jangka apa yang akan terjadi kepada kita, oleh itu perlu kita mengambil langkah-langkah keselamatan yang ringkas, dan nampak remeh akan tetapi ianya boleh memberikan impak yang besar kepada keselamatan diri dan juga keluarga kita.

Jadi sekali lagi saya nasihatkan bazirkan sedikit masa dengan dengan memilih minuman anda dengan menterbalikkan botol tersebut dan picit secara perlahan jangan kuat-kuat kang pecah kang kena bayar jugak kan… kenapa perlu menterbalikkan ? sebab kalau di tebuk dari sebelah tepi atau bawah sudah tentu air tersebut akan habis kan… ha ha ha… dan andainya di dapati ada lelehan atau pancutan air dari leher atau penutup air tersebut maka elakkkan dari membelinya, begitu juga dengan Coca Cola – jika di campur dengan Serbuk perisa makanan (MSG) pasti anda akan pengsan dalam masa kurang dari 5 minit. Jadi berhati hatilah yer. Semoga anda dan keluarga serta rakan rakan anda terhindar dari segala musibah ini. Insallah !

Jadi moga bertemu lagi di lain kali… dan moga saya terus di berikan kekuatan untuk menulis dan berkongsi dengan anda semua pelbagai lagi maklumat yang berguna (berguna ke?) dengan semua rakan-rakan blogers serta rakan readers di luar sana…

Jadi apa komen anda?

Dan macam biasa Layanzzz ajer!

Salam……