Asalamualaikum semua, Salam satu Malaysia,
Bertemu kembali di ruangan blog ini, semoga anda semua berada di dalam keadaan yang megembirakan,
Ok tanggal 10.10.10 yang lalu kita di kejutkan dengan satu kejadian yang megemparkan negara… kemalangan ngeri di Lebuhraya PLUS di KM223 berhampiran dengan susur keluar tol Alor Gajah, menyaksikan gambar-gambar serta video yang telah di muat naik dari pelbagai pihak… Mennunjukkan betapa dasyatnya kemalangan tersebut maka trajedi tersebut bolehlah di sifatkan sebagai “TRAJEDI OKTOBER” kerana tarikhnya yang unik…
Salam Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangn tersebut, dan ucapan Tahniah dan terima kasih buat orang perseorangan yang mula mula tiba dan memberikan bantuan serta pertolongan ikhlas kepada mangsa yang terlibat, serta sekalung penghargaan kepada pasukan keselamatan yang terdiri daripada POLIS, BOMBA, JPA, Pihak Hospital (Ambulan dan angota medic) jasa anda pasti akan di jadikan kenangan serta semoga jasa anda semua hanya di balas olehNYA… amin…
Inilah uniknya MALAYSIA bantu membantu tak kira siapa… harap ini dapat di teruskan… tapi bagi yang mengambil kesempatan dengan mencuri pula... Harap anda akan sedar dengan sikap anda yang mengambil kesempatan di atas musibah yang menimpa orang lain… dan ini sangat tidak elok… fikir fikirkan lah yer…
Tanggal 10.10.10 pon ramai juga mengambil kesempatan pada keunikkan tarikh ini untuk melangsungkan pernikahan, persandingan, pertunangan dan sebagainya. Apa! tarikh tu jugak ramai pasangan kekasih yang *** tut*** iskh apa nak jadi dengan korang nie… cuba cuba lah di bawak bertaubat… bukan tau buat ! Subhanallah !
Cuma apa yang nak di kongsi pada kali ini bulan OKTOBER 2010 ini kita akan mengharungi 5 Kali Hari Jumaat. 5 Kali Hari Sabtu dan juga 5 kali hari Ahad… dan ianya perkara yang jarang berlaku dan hanya berlaku sekali dalam masa 820 tahun… sungguh unik bukan ? dan sesuatu yang mustahil untuk anda menemuinya lagi.. lainah kalau anda boleh hidup 1000 tahun lagi... ha kalau macam tu pasti boleh lah kan... - alamak makin lewat lah gaji keluar bulan ini kan… he he he.. jadi tolonglah pakcik nuffnang bagi BE, ME, lebih lebih kat blog saya nie yer…. Dapatlah tokok tambah sikit bulan depan nie kan….
Walauapapun yang terjadi kepada diri anda .. 10.10.10. tetap akan meninggalkan diri anda dan lepas ini satu tarikh keramat pulak 20-10-2010 (2010-2010) - apa perancangan anda pula ? dan apa komen anda ?
Jadi rasanya tak banyak mana saya nak bercerita buat kali ini dan rasanya cukup buat kali ini … jadi moga bertemu di lain kali…. Insallah.. jaga diri…
Dan Layanzzz ajer !
10.10.10 meninggalkan kenangan yg sangat manis bg mak!!
ReplyDelete