Bertemu kembali di masa yang singkat… mungkin sebelum ini masa nak update blog mungkin ambil masa seminggu.. tapi entah mengapa tiba-tiba sajer datang idea yang mencurah curah, mungkin ini semua ada kaitanya dengan “Trajedi Oktober” pada 10.10.10 yang lepas yang mengemparkan negara dan juga berita ini di telah di baca oleh hampir seluruh dunia..
Ini berdasarkan permerhatian saya pada blog blog rakan rakan blogers sekalin yang mana menceritakan nahas jalan raya di lebuhraya PLUS di km 223 Arah selatan berhampiran dengan susur keluar tol Alor Gajah, mennjukkkan bilangan pembaca dan juga pengunjung dari dalam dan juga luar negara dan ada juga di blog rakan rakan blogers yang mencecah 10K UV… wah wah wah… hebat sungguh blogers tu kan… nak tahu sapa? Nanti saya bagitahu yer…
Terbaca dekat Surat Kabar Online hari ini (saya baca online ajer nak jimat Kos lah katakan… sebab beli punya macam tak berbaloi sebab membeli kertas iklan sahaja) mengenai Negara sudah sepatutnya memiliki perkhidmatan Ambulan Udara – (Ambulan Helikopter) – petikannya seperti di bawah ini,
Wah bernas sungguh cadangan tersebut, jika kita perhatikan kebanykkan hospital yang baru di bina mahupun yang telah lama di bina, sememangnya akan terdapat sebuah “HELIPAD” atau tapak pendaratan helikopter, jadi semamangnya bersesuaian kalau di gunakan sepenuhnya kemudahan tersebut.. tak ada lah nanti di jadikan tempat landing kereta pulak, sebab tak di gunakan jadi letak kereta pulak nanti… ini kan di namakan pembaziran.. ta kan nak tunggu “NURI” ajer landing kat sana… bahaya oooo.
Mengambil contoh negara Asia yang ada perkhidmatan Ambulan Udara ini, seperti Hong Kong dan juga India, perkhidmatan ini telah berjaya menyelamatkan nyawa dengan cepat dan mudah… mana tidaknya.. Seperti yang kita tahu sifat fizikal helikopter tidak memerlukan ruang yang besar untuk mendarat mahupun untuk berlepas dan ia juga boleh terapung statik di satu satu lokasi untuk jangka masa yang panjang jadi kelebihan serta untuk sampai ke tempat kemalangan dan kejadian adalah mudah sekalipun terutamanya di tempat yang sukar untuk di hubungkan dengan pengangkutan darat.
Kalau kita perhatikan juga memang dah menjadi sikap pemandu di Malaysia ini yang tak suka berada di belakang kalau terpaksa beratur, jadi sebagai jalan mudahnya mereka akan bertukar lorong dan menggunakan lorong kecemasan yang sepatutnya di gunakan oleh motorsikal dan juga pihak berkuasa seperti Polis, bomba dan juga ambulan, oleh kerana sikap pemandu di negera ini yang sebegini maka lorong tersebut sudah menjadi hilang fungsi dan menyebabkan kelancaran pihak berkuasa tersebut sampai ke lokasi kejadian tergangu, sebab sikap pemandu di negera ini yang “kalau tak kena saman, tak salah lah tu !” ini kadang kala menyebakan nyawa orang lain menjadi taruhan.
Ada juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa kemalangan ngeri pada 10.10.10 di lebuhraya PLUS yang lepas, bantuan dari pihak berkuasa adalah lambat sampai, mana taknya kalau dah sikap macam ini tidak hairanlah kalau perkara ini boleh terjadi, andaikata kita mempunyai perkhidmatan Ambulan Udara… maka sedikit sebanyak risiko pasukan bantuan kecemasan terperangkap dalam kesesakan dapat di kurangkan dan juga di elakkkan, jadi risiko kehilangan nyawa dapat di kurangkan kerana bantuan awal dapat di berikan dengan segera serta mangsa yang parah dan kritikal dapat di beri bantuan perubatan dengan awal…
Perkhidmatan Ambulan udara ini juga amat efektif untuk di gunakan sekiranya terjadinya kemalangan di kapal-kapal dagang yang melalui perairan negara, sedikit sebanyak ianya dapat mempertingkatkan tarikan untuk kapal dagang untuk singgah dan melalui perairan negara dan dapat juga mempertingkatkan ekonomi negara, apatah lagi dapat memberikan bantuan kecemasan kepada nelayan di laut, serta di penduduk kepulauan di sekitar perairan negara. – Macam nie lah yang di namakan “Rakyat di dahulukan” betul tak?
Apa apa pun cadangan ini hanyalah satu cadangan dan idea yang tak seberapa daripada saya seorang yang tiada apa apa kuasa kecuali satu undi semasa pilihanraya nanti, jadi apa apa pon terpulanglah kepada pemikiran dan keputusan dari pihak berwajib dan juga pihak-pihak yang berkenaan, adalah lebih baik menggunakan dan memperuntukkan wang dan perbelanjaan secara berhemah demi masa depan negara dan juga demi kebajikan negara serta rakyatnya….
Jadi apa pendapat korang semua patut tak negara kita memiliki Ambulan Udara ini? Jadi tolong komen sikit…..
So apa apa pon macam biasa datang sini ….. Layanzzz ajer…
memang cdgn yg menarik.. amat berguna lebih2 lagi utk smpi ke tmpt yg sukar utk dilewati. wat masa skrg ni kita hanya guna helikopter utk pindahkan pesakit je.
ReplyDeletebagus la cadangan tu tambahan untuk org2 kat pedalaman kan?
ReplyDelete