cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

Showing posts with label cari duit raya. Show all posts
Showing posts with label cari duit raya. Show all posts

18 September 2010

Siapa Nak Duit Raya ?


Asalamualaikum semua…

Bertemu kembali di halaman blog ini lagi, di kesempatan ini di ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua bloggers dan juga readers yang tak henti-henti sudi menjengah blog saya ini, walaupun sempena raya trfic macam tak berapa nak cantik.. macam rumah teres dengan rumah apartment, ada tinggi dan ada kalanya macam tak berapa ada orang yang tengok.. taka pa lah kan raya lebih banyak beraya dan berziarah berbanding dengan berblogwalking kan… al maklumlah Raya kan,

Ok bila berbicara pasal berziarah raya nie, pasti yang meriah sekali adalah kanak-kanak, mana tidaknya.. pati yang di tunggu tunggu masa nak pulang ialah duit raya.. kalau di ulang zaman zaman saya masih kanak kanak dulu duit raya bukanlah keutamaan untuk ziarah beraya, tetapi nak makan kuih yang sedap sedap dan adakalanya nak bawak sebiji atau dua untuk di tunjuk kepada mak nanti… dan bila di beri duit raya yang kebiasaanya duit syiling paling banyak pon 50 sen.. wah dah tersenyum lebar.. apatah lagi kalau dapat seringgit.. pasti rumah itu akan jadi tumpuan kanak kanak, dan pastinya want tersebut akan di simpan di dalam akaun Tabung Haji atau Bank Simpanan Nasional, kata orang tua untuk masa depan…

Tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan pula dan adakalanya kanak kanak tersebut datang hanya untuk medapat duit raya atau membuat collection duit raya, dan jumlah yang di kutip kadangkala mencecah ratusan atau ribuan ringgit (mewahkan kanak kanak sekarang nie kan..) bagi yang dah berkerja lepas raya merupakan masa yang sesak tetapi tidak bagi kanak kanak yang kadangkala lebih mewah dariapada yang telah bekerja, lepas raya ramai yang dapat memiliki “benda” yang mereka idamkan seperti handpone baru atau PSP, silap silap boleh buat downpayment motor baru atau downpament kereta baru.. wah wah wah… mewah oo...

Sebenarnya konsep duit raya nie adalah adalah budaya kaum cina yang mana yang telah berkeluarga akan memberikan wang saguhati kepada yang masih bujang tanda kasih sayang .. maka konsep ini telah diadaptasi oleh bangsa melayu jadi tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ianya menjadi satu budaya yang sihat, dan niat yang baik iaitu niat untuk menderma atau hadiah kepada golongan yang lebih muda.

Pemberian duit raya adalah sebenarnya lebih kepada megembirakan golongan kanak kanak, dengan niat bersedekah.. tetapi sedekah bukanlah di bolehkan kepada semua golongan, jadi lebih eloklah niatkan untuk tujuan megembirakan mereka asalkan tidak dengan niat menunjuk nunjuk atau untuk bermegah, dan sekiranya dengan memberikan terdetik di hati untuk bermegah megah – maknanya pemberian itu tidak bermakna malahan kita pula mendapat dosa.. jadi bergantunglah kepada niat kita ye…

Jumlah pemberian pula tidaklah di tentukan berapa jumlahnya.. bersesuaianlah dengan keadaan semasa.. takkan lah zaman sekarang ini kita nak bagi 50 sen sudah tentulah tidak logik bukan… dan takkan lah nak bagi sampai 10 ringgit seorang… melampau sangat bukan.. jadi anatara seringgit hingga 5 ringgit itu dah patutlah bukan.. jadi kalau mampu tak salah tapi apa apa pon terpulanglah pada niat…

Kalau cerita pasal duit raya ini tak lari kalau ianya berkaitan dengan sampul duit raya.. sekarang ini sudah banyak design dan pihak yang telah megeluarkan sampul duit raya ini, terutamanya pihak bank, dan saya amat tertarik dengan satu sampul duit raya yang mana sekiranya di bawa dan membuka akaun di institusi tersebut maka akan di berikan RM50.00 wah ini sudah cukup baik, bagi menggalakkkan menabung dan inilah cara yang paling sesuai untuk menderma atau memberikan duit raya dengan menggalakkan konsep menabung.

Jadi berapa jumlah duit raya yang perlu di bagikan dan apa niat anda itu semua terpulanglah pada diri anda.. asalkan jangan nak bergaya tapi lepas raya kena buat “LOAN” dengan anak anda pula…yer…

Apa apa pon.. Layanzzz ajer…

16 July 2010

Kek Lapis Serawak ! - Sila dapatkan yer kalau nak rasa !

Asalamualaikum semua !

Baru baru nie masa tengah menjengah2 blog kawan-kawan terjumpalah satu blog yang mempromosikan kek lapis Sarawak, nama blog tu  Kedai Ummie memang saya aku dan wife memang suka kek ini ! so apa lagi belek2 lah.. pergh.. tapi masa tu dah terliur oo... sebab kek yang aku minat & suka ada picture dia... so apa lagi... tinggalkanlah jejak kat shoutbox dia... dan tuan kedai tu membalas lawatan ke blog saya aku, alah lawatan muhibahkan... he he he

Lepas tu saya pon belek2 lah lagi... memang tak leh tahan rasa nak rasa kek tu.... maka kat sana ada order form dia.. apa lagi saya isi terus form tu.. nak order.. lepas tu dia akan hantar email untuk bagitahu mcm mana nak buat pembayaran, - alah senag jer pakai maybank2u.com atau CIMB-click ajer.. mudah kan... lepas seatle buat pembayaran.. saya aku pon email balik tokey kedai nie... semua pemberitahuan di lakukan melalui email! senang.. jimat kos kan...

Tempoh penghantaran dia memang cepat ! Isnin confirm bayar... Selasa tengahari ada van Pos masuk kat kawasan office buat penghantaran wah... cepatnyer ! bukak sikit kat office kasi bau... pergh.. dah rasa macam kat dalam mulut plk...

sampai kat umah jer terus bukak..dan potong.. apa lagi nyam2lah..... separuh jer tinggal ...memang sedap...

Jadi apa lagi.... kepada sesiapa yang berminat nak order kek lapis tu silalah pergi ke blog dia dan order ... sempana hari raya yang bakal menjelma kan.... so cantiklah kalau atas meja ada kek laps nie kan.. berwarna warni kan.... tapi sekarang orang asyik dok depan tv jer kan time raya nie...

Jadi sesiapa yang berminat bolehlah berhubung terus dengan tokey Kedai Ummie.  ok




ini kek kesukaan saya
(Masam manis)
hemm.. masih terasa di mulutku keenakkanya!

P/s: Kak Ummie nie tolong promote nie x kan x boleh bagi lagi 1 pcs separuh harga kot ..tak pon free 1 pon boleh hik hik hik...


apa apa pon kawan2 macam biasa .. Layanzzz ajer....