cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

Showing posts with label world cup 2010. Show all posts
Showing posts with label world cup 2010. Show all posts

30 June 2010

Buat kawan kawan Winner VS Looser ! Anda yang mana satu ?

Asalamualaikum semua..

Selama ini setakat mana  anda nilaikan diri anda sendiri ? 
sebab mcm entry yang lepas saya aku ada nyatakan yang tiada siapa yang sesuai menilai diri anda selain diri anda sendiri begitu juga dengan anda boleh tipu sesiapa sahaja kecuali diri anda... fikir fikirkanlah yer...

Jadi dekat sini saya aku nak sharekan dengan semua kawan-kawan, teman teman bloggers mahupon pembaca kat luar sana.. apa beza winner dan apa beza looser !


Sebagai renugan kita semua kita dilahirkan sebagai pemenang ! jadi mengapa kita perlu menjadi pasif dan merubah diri kita menjadi looser (orang yang kalah ) ?

Kikis segala rasa sikap negatif dalam diri kita Insallah kita pasti menjadi winner!

Tapi saya aku percaya semua bloggers adalah seorang winner... betul tak ?

So apa kata korang semua ? .. jangan lupa komen sikit... dan Layanzzzz ajer... :)

27 June 2010

Apa itu Internet? - Sedikit Maklumat Buat anda !

Asalamualaikum & salam sejahtera semua !

Kalau anda boleh baca entry ini maknanya anda telah mengunakan & tahu menggunakan INTERNET ! dah berapa lama anda semua terjebak dengan internet ini ? bagi saya aku telah kenal internet sejak tahun 1995 lagi.. masa itu hanyalah gunakan dail up dan juga hanya JARING & TM-NET jer yang ada provider masa tu.. dan hanyalah gunakan line Telekom jer...itu pon masa tu sbb saya aku bekerja sebagai technician di salah sebuah kedai komputer di hometown saya aku, walaupon banyak belajar kat sana tapi di sebabkan untuk sambung study terpaksalah tinggalkan syarikat tu...

 So kat sini just nak sharekan serba sedikit kepada anda semua mengenai apa itu internet lah yer...



Internet, mungkin anda sering mendengar istilah ini dan sudah akrab di telinga anda. Internet sebuah fenomena mengagumkan dalam dua dekad terakhir. Internet mampu menghancurkan struktur budaya bangsa, melalui liputan batas-batas yang tidak pernah terpikirkan sebelumnya, kelajuan pemerataan maklumat dalam masa beberapa saat, mampu membentuk sebuah dunia yang berasingan yang dikenali sebagai dunia maya.


Dalam Internet menjadi lebih murah dan tidak maklumat, siapapun tanpa memandang kelas, umur, pangkat, jantina, status boleh mengakses maklumat tanpa batasan apapun. Semua jenis maklumat yang ada, baik positif atau negatif. di internet tidak ada undang-undang yang menetapkan, kecuali negara-negara di mana pengguna berada. Internet merupakan hutan maklumat, tidak ada orang lain yang dapat menguasai semua maklumat yang terkandung di dalamnya. Internet merupakan sebuah perpustakaan besar. Anda boleh membaca beribu-ribu surat khabar di berbagai negara internet secara percuma. Anda boleh mendengar radio sejumlah sangat banyak dari berbagai negara, bahkan Anda boleh menonton televisyen di internet.


Internet sebagai media pertukaran maklumat dan komunikasi. Internet telefon boleh digunakan sebagai alat untuk percuma ke seluruh pelosok dunia. Internet boleh digunakan juga sebagai sarana bertukar surat elektronik dan SMS percuma ke seluruh dunia. Internet dapat digunakan sebagai alat untuk membentuk rangkaian komuniti rakan. Internet dapat digunakan sebagai sarana ekspresi diri (blog). Internet dapat digunakan sebagai tempat untuk perbincangan tentang topik-topik tertentu.
kehadiran internet sangat penting, internet dapat menambah wawasan dan pengetahuan jika digunakan secara positif.

Jadi internet ini adalah satu medium yang di penuhi dengan apa sahaja.. kita beruntung sbb internet di Malaysia ini tak di sekat atau di tapis.. so pandai2 lah kita mengunakannya sebaik mungkin demi kepentingan kita bersama..... amin.... mcm ustaz lah plk aku ini... heh he he...

apa apa pon happy berbloging happy to surfing internet.... dan Layanzzzz

21 June 2010

Repair Kereta - luar jangka

Asalamualaikum...

Sekarang nie tengah letih tunggu kereta tengah repair.. formen pon tak tahu apa silapnyer... penat aku saya tunggu oo... skrg nie baru tahu.. oil pump dia rosak... yerlah benda dah 10 tahun memang lah senang rosak... dan ini di luar kawalan aku. saya . sbb benda nie letaknyer di dalam tangki minyak... mcm ner nak check kan... hemm.. maka 1 hari lagi aku  saya bercuti.. padahal kat office tu berlambak- lambak kerja, sbb tahu akan boring nie.. maka aku bawak lah lappy wife aku  saya nie.. sib baik ada berukband celcom nie.. dapatlah online walaupon tak selaju mcm siputmax saya  kat office... akan tetapi untuk aku saya catatkan sediit entry dalam blog ini kira oklah kan....  hemmm .. di sebabkan ketensionan aku tu.. maka entry ini pon mcm bosan ajer kan.. tak tahu lah korang mesti tension & boring baca entry nie.. so mintak lah maaf banyak banyak yer....


salammm.... layanzzz....

18 June 2010

Video Klip Ariel & Luna Maya + Cut Tari

wow.. laju ajer korang kan kalau tajuk mcm nie kan...

Actually mmg saya pernah dapat video clip mcm nie.. tapi nak di jadikan koleksi tu kurang minat lah plk, actually video clip ini dah lama saya dapat dulu.. tapi tah lah saya tak berapa nak ambik port sbb saya tak berapa gemar musik dari seberang nie...so artis -artis dari seberang nie tak berapa gemar saya nak ambik tahu, lepas tengok.. saya pon delete ajer lah video tu... pada saya "alah dah dunia artis .. bila dah tak berapa glamour .. buat lah scandal lah.. buat lah berita gempak lah.. sampai babitkan maruh diri sendiri - alah Kat Malaysia pon ramai artis buat mcm tu aper !" Just tak nak nyatakan ajer nama dia, kang tak pasal-pasal saya kena saman kat mahkamah kang, LEH GLAMOUR JUGAK AKU KAN !  tapi tak nak lah... buat malu diri sendiri jer..

 Heboh jugak kat office nie ramai budak-budak office asyik tanya tanya saya ada ker tidak video nie.. selamber jer saya  jawab.. "apa ko ingat muka aku nie tokey video XXX ker ? kalau aku tokey dah lama aku pakai Kereta Honda.. ini tidak.. yang ada hanyalah HONDA CAWAN  itu pon kat Kg sana... adik aku pakai... tak pon pakai BMW .. ini tidak BMX pon tak ada.... mcm ner ?  Tak nak lah cerita dari mana saya dapat sumber tu.. kang diorang ramai - ramai pakat pegi link tu.. mahu jameed plk line siputmax kat office saya nie... he he he.. saya cakap lah pegi download pki h.pone... biar kredit diorang parah .. sbb masing- masing kedekut nak abiskan kredit dia... nak org call dia ajer.. itu pon pki sms or pakai missed call ajer   woi lain kali kalau kedekut kredit.. simpan ajer dalam ice box lah h.pone ko tu... handphone canggih.. tapi kredit tak der.. buat mcm aku.. h.pone saya murah ajer.. itu pon wife belikan... tapi kredit sentiasa ada... jangan kedekut lah wei... duit tu x bawak mati pon...

Well tak der apa apa yang banyak saya nak katakan kat sini just nak share sesuatu jer pasal minda masyarakat kita yang kebanykannya suka pada story yang panas panas... termasuklah saya jugak.. he he he
tapi as a blogger inilah keyword yang panas yang dapat menarik readers untuk lawat blog korang kan... sama jugak dengan saya... so apa nak heran kan....

Sedikit pesanan buat readers -readers kat luar sana dan jugak buat sesama bloggers, internet ini satu keajiban masa kini, so apa yang korang cari itulah yang korang dapat, dan berfikir serta bertindak secara bijaklah agar dia tidak meracuni minda korang dengan berita berita yang tak sepatutnya masuk dalam minda korang ok...

so semoga bertemu kembali.... salam.....

Layanzzzz....

16 June 2010

Apa yang anda inginkan ?

Asalamualaikum ...

Kawan kawan semua.. tentu ada gadjet yang anda impikan sekarang ini kan... macam saya saya teringin sangat nak memiliki  benda nie....

 
            Apple I Phone
tentu best kan kalau ada benda nie...

dan jugak ini


                                                                      Apple IPad..
Gadjet terhangat buat masa sekarang


Sebab senag nak updatekan Blog and nak tengok GPS x ler sesat nanti.. he he he....

Buat masa sekarang ini terlalu mahal di pasaran.. so tunggu ajer lah kan.. mana tahu ada provider yang baik hati nak sponser.. dapat test drive pon jadi lah kan.. (product review)  nanti leh story kat member member kat blog kan..  apa kelebihan benda nie kan... so korang pulank apa yang korang teringinkan .. he he he. meh ler sharekan kan sesama kita....