cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

12 September 2010

Datuk Sosilawati Di bunuh ?

Asalamualaikum Semua,


Masih dalam mood raya kan.. jadi tak ramai yang berkesempatan nak online atau berblogwalking kan... banyak beraya kan..alhamdulilah... eratkan silaturahim sesama kita ... sunnah tu.. lagi molek kalau dapat berselawat keatas nabi junjungan .. semasa pertemuan itu.. insallah dapat barakah... selain itu jagalah adab sopan dan batas pergaulan di antara muhrim dan bukan muhrim... semoga kita semua mendapat keberkatan dan hikmah daripadanya...

Selain daripada itu rajin rajinkan lah membawa anak anak dan perkenalkan kepada semua bapa saudara sepupu mereka, sebab kalau bukan kita yang perkenalkan sapa lagi... disamping itu kita juga sebagai ibu bapa juga perlu mengenali juga siapa saudara kita .. jangan nanti sampai nanti bercinta dengan seseorang tu ... dekat nak nikah baru tahu dia tu ada pertalian saudara... atau pun terjadinya kejadian terlangar .. siap bertekak.. memaki hamun tak pon bertumbuk.. last last tahu itu saudara kita.. sapa yang malu akhirnya... kita jugak kan... lagi malu orang tua kita kan.. sebab abaikan perkenalan dengan saudara sendiri.... ok yer..

Eh panjang saya merepek meraban nie... ceritanya sebenarnya macam nie.. awal pagi nie saya bukak lah FB .. lama tak baca FB al-maklumlahkan raya.. jadi sibuk jalan beraya.. jadi pagi ini berkesempatan ini saya baca lah sikit.. tetapi terbaca update di Utusan Malaysia (Ahad - Utusan Minggu) dan pelbagai lagi berita online.. yang menceritakan pasal Hartawan Kosmetik "Novel Vissage" (eh betl ker ejaan dia) Datuk Sosilawati tu telah mati dibunuh dan mayat dia bersama empat orang yang lain telah di bakar dan ada berita lain menyatakan yang abunya telah di buang ke dalam laut… pergh di buat macam mayat penganut agama hindu pulak… cis…

Adakah benar cerita dan berita ini ? kalaulah berita ini benar Tidakkah mereka yang terlibat dengan pembunuhan ini merasa sedih dengan apa yang telah mereka lakukan ini… tambahan pula masa kejadian sudah hampir sangat dengan tarikh kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri… bukannya bunuh haiwan atau apa apa pon ini bunuh MANUSIA … iskh  semakin lama semakin hapus rasa BELAS KASIHAN , IKHSAN dan IMAN dalam diri manusia.. adakah ini semata mata kerana wang ringgit… apalah nak jadi dengan manusia sejak akhir akhir ini… lebih banyak mengambil kepustusan yang di luar kotak pemikiran logik seorang manusia… tambahan pula berita yang di sampaikan pula ada penglibatan mereka yang bertaraf professional seperti peguam dan juga doktor betul ker ? tetapi mengapa pula perlu mereka sampai berbunuhan pula ? kalau perompak jalanan itu mungkin lgik dan di terima akal tetapi kalau golongan professional hemmm.. bak kata lagu elyana – “Tak Tercapai Akalku” …

Apa apa pon jikalau ianya benar maka saya dengan rasa sedih ingin menyampaikan Salam Takziah buat keluarga mangsa, dan bersabar atas dugaan dan cubaan ALLAH SWT … kerana Allah lebih menyangi mereka.. dan kalau berita itu tidak benar di harapkan agar keluarga tersebut bersabar dan berharap serta berdoa agar mereka semua selamat kembali kepangkuan keluarga masing masing. INSALLAH tempat yang terbaik untuk mengadu dan berserah hanya kepada ALLAH SWT.. kerana DIA lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNYA, dan DIA lah yang berkuasa atas segala galanya… apa apa pon kita tunggu jawapan dan kenyataan pihak berwajib dengan kenyataan sebegitu tak perlulah ada spekulasi dan gosip liar yang boleh menyinggung dan menyentuh hati mana mana pihak ! baik yang membunuh apatah lagi pihak yang telah di bunuh ! - Hemm ada yang beraya dalam lokap lah nie kan...

Jadi setakat ini sahajalan entry buat kali ini… dengan ucapan “Setiap yang bernyawa pati akan merasai Mati” Dan benarlah janji ALLAH – “Sesunguhnya Mati itu Benar”,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Layanzzz ajer

1 comment: