cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

25 September 2008

10 Tips Menjadi Bapa yang cool

10 tip menjadi bapa cool!

· Utamakan keperluan anak.

Jika anda seorang perokok, mungkin sekarang masa sesuai untuk meninggalkan tabiat ini. Selain berhabis wang tanpa ada faedah kesihatan, asap rokok tidak baik untuk anak anda terutama yang masih bayi. Jadi, tunggu apa lagi? Dalam membuat sebarang keputusan, utamakan kepentingan anak-anak terlebih dulu terutama dalam soal kewangan dan pendidikan.

· Lindungi anak.

Tugas utama bapa ialah pelindung. Lindungi anak anda dalam apa saja aspek hidup seperti mengelak kemalangan kecil di rumah, tempat duduk khas kanak-kanak dalam kereta mahupun sehelai polisi insurans nyawa!

· Luang masa bersama anak.

Jika pada hari bekerja anda sering pulang lewat, manfaatkan sepenuhnya cuti hujung minggu bersama anak-anak. Banyak aktiviti boleh dilakukan bagi menambah keceriaan dan keseronokan hidup sekeluarga.

· Bermain dengan anak.

Anak-anak anda mungkin mempunyai hobi sama. Apa kata, luangkan hujung minggu untuk bermain futsal, bola sepak atau melukis di taman.

· Sesekali lakukan tugas ibu.

Tidak salah bagi bapa cool melakukan tugas ibu seperti memasak dan mengemas rumah. Selain berkongsi beban isteri, anda mampu mengeratkan hubungan dengan anak-anak. Percayalah, jika anda menukar lampin, memberikan susu dan mendodoi di tengah malam, hubungan anda dengan si kecil bertambah erat hingga hari tua.

· Tunjuk kasih sayang anda.

Usah malu mengusap rambut, mencium atau memeluk anak anda setiap kali pulang ke rumah. Dengan cara ini, hubungan dengan anak bertambah rapat, malah mereka tidak malu meluahkan perasaan atau berkongsi masalah dengan anda terutama ketika meningkat remaja.

· Jadi rakan anak anda.

Anda boleh menjadi teman rapat anak anda sendiri. Kenali dirinya, dekati dan jalin hubungan istimewa. Namun, sifat dominan dan ketegasan seorang bapa perlu dipertahankan.

· Ingat hari penting anak.

Ada bapa terlupa tarikh lahir anaknya sendiri. Tentukan anda mengingati tarikh lahir anak sebagai tanda kasih dan mengeratkan hubungani.

· Hormati isteri atau ibu anak-anak anda.

Asyik menyenaraikan tip menjadi bapa cool, elemen penting yang perlu diberi perhatian ialah isteri anda sendiri. Sesekali ambil alih tugas isteri anda, berikan waktu rehat mahupun terapi urut istimewa. Jika isteri anda gembira, sudah pasti anak-anak turut gembira!

· Jaga kesihatan diri anda.

Penting untuk bapa menjaga kesihatan diri. Bapa yang sihat adalah permulaan bagi sebuah kehidupan keluarga yang sempurna!

No comments:

Post a Comment