cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

13 May 2010

Web Hosting free & Duit Sampingan

Web hosting nie bagus jugak, Free for Life - Menang free.. lagi satu ada system Affiliate - yang mana boleh bagi kita pulangan.. jikalau sesiapa sign up for free melalui link kita... canggih... dah ler free.. promote boleh dapat duit pulak... hemm menarik bukan ?,

Actually Karim dah sign up dengan web hosting nie dah lebih dua tahun yang lepas lah.. sekarang aktif gunakanya.. sebagai landing page untuk satu online biss yang karim join... lepas tu kan karim rasa elok jugak kalau karim sharekan kat korang semua benda nie... sebab ramai yang join and nak buat online biss .. terpaksa beli hosting mahal2.. palaing murah pon dalam RM100.00 setahun... pulanganyer pon belum tentu... upah bina web site lagi... x ker tu semua duit ?,

Jadi sekarang ini karim nak perkenalkan benda percuma ini manalah tahu dapat jimatkan budject dan boleh budject tu buat benda lain pulak kan...

Ok ini spec web hosting tu...

Kami menawarkan iklan sepenuhnya cPanel web-hosting percuma. Tidak ada iklan yang akan dipaksa ke laman web kami pengguna.Tidak ada hasil tangkapan, tidak ada biaya setup, tidak dipaksa iklan, tidak ada banner, tidak ada popup dan tidak ada kos tersembunyi. Hanya perkhidmatan hosting percuma.

Daftar sekarang, di sini adalah apa yang menunggu untuk anda:
* 1500 MB Disk Space
* 100 GB Data Transfer
* CPanel Control Panel
* Website Builder
* 5 MySQL Databases
* Sokongan Tidak Terikat PHP5
* Instant Setup!

untuk perkhidmatan percuma mcm nie mmg dah cukup bagus kan jadi bagi yang baru nak berjinak- jinak dengan internet marketing dan mempunyai budject yang sedikit bolehlah mencuba dan menggunakan web hosting ini, kalau dah terlebih budject tu faham faham sendiri lah kan,

Jadi kalau anda berminat... sila lah clik di sini...

http://www.000webhost.com/306307.html

so apa lagi.. lepas tu kalau berminat untuk dapat duit bila orang sign up bawah kita kija join program affiliate di.. promosikan link dia... itu ajer... cukup mudah kan...

so selamat berjaya.......



09 May 2010

Utama pekerja tempatan

KUALA LUMPUR 8 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua syarikat dan majikan di seluruh negara supaya tidak menggaji tenaga asing dengan sewenang-wenangnya atas alasan kos lebih murah sehingga menutup peluang pekerja tempatan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, Perdana Menteri mahu keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih munasabah.

Beliau berkata, pihak syarikat atau majikan sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti agar mereka mampu menggaji pekerja tempatan dan bukannya mencari jalan pintas dengan mengambil terlalu ramai pekerja asing.

“Jangan cari jalan mudah iaitu dengan cara mengambil pekerja asing dan kemudian mengorbankan kepentingan pekerja tempatan. Majikan harus memberi keadilan kepada pekerja tempatan.

“Mereka juga jangan salahkan kerajaan jika tidak luluskan tambahan import pekerja asing. Kita hendak lihat bagaimana pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan),’’ katanya. -

Ini Kata PM lah tapi bagi majikan pulak ini kerja yang tidak munasabah, sedangkan arahan kerajaan selalu sajer mereka langar, sebab mereka angap dalam syarikat tersebut mereka lebih berkuasa terutamanya majikan yang datang dari negara luar... kalau asal mereka di negera asal cumalah kerja sebagai operator mesin di negara asal mereka.. tapi bila datang di negara ini boleh jadi sampai exec... itu yang hairan tu.. tambah pulak bila ada jugak rakyat negara ini yang bersekongkol dengan majikan ini untuk "dropkan" prestasi rakyat tempatan semata mata nak jaga periuk nasi dia sendiri... apa lah nasib orang mcm nie kan....

10 Manfaat Melakukan Seks

Selama ini kebanyakan orang hanya mengetahui dalam melakukan hubungan seks,yang didapati hanyalah kepuasan berupa orgasme yang diraih oleh pasangan yang melakukannya. Tetapi sebenarnya selain itu, ada kegunaan lain yang boleh kita dapat dengan melakukan hubungan seks, yang akan membuatkan korang tidak punya alasan lagi untuk malas melakukannya.

1. Mengurangkan risiko disfungsi ereksi

Kajian terkini menunjukkan lelaki yang selalu melakukan seks dapat mengurangkan risiko berkembangnya disfungsi ereksi.Lelaki yang melakukan seks sekali dalam seminggu mempunyai risiko dua kali lebih besar menderita disfungsi ereksi jika dibandingkan dengan lelaki yang terlibat dalam aktiviti seks selama 3 kali dalam seminggu.

2. Mengurangkan berat badan

Tidak perlu pergi Gym.Seks dapat membuatkan semua kelompok otot tubuh bekerja. Ini merupakan latihan cardio-vascular yang bagus dan akan membantu korang membakar 300 kalori dalam satu jamnya.


3. Melepaskan tekanan

Dengan mendapatkan kepuasan dari hubungan seks dapat membantu menghilangkan beban dari hari yang berat dengan meningkatkan tingkat cuddle chemical oxytocin, yang mana dapat membangkitkan perasaan kehangatan dan cool

4. Meningkatkan prestasi

Mengikut kajian oleh Norwegian University of Sport,atlet wanita yang melakukan seks pada malam sebelum berlumba pada keesokan harinya,akan merasa lebih percaya diri dan lebih rileks dari biasanya.

5. Awet muda

Tingkatkan penampilan korang dengan hubungan seks yang memuaskan.Seks akan membuat korang selalu tampak dan merasa lebih muda, serta membuat rambut menjadi lebih berkilau dan kulit menjadi lebih cerah. Semua ini kerana bertambahnya estrogen dan hormon lainnya.

6.Meringankan rasa sakit

Sakit kepala? Lupakan ubat penghilang rasa sakit dan minuman alkohol kerana perasaan nyaman ketika endorphin dilepaskan semasa hubungan seks dan dapat membantu mengurangkan rasa sakit.

7. Mengatasi depresi

Kepuasan dan hormon yang dihasilkan juga dapat mengurangkan depresi dan kegelisahan.

8. Meningkatkan kekebalan

Melakukan seks dua kali dalam seminggu dapat membuatkan korang terhindar dari selsema atau flu.Mengikut kajian di New Scientist, Hal ini disebabkan hubungan seks dapat meningkatkan lgA (lapisan pertahanan pertama dari sistem kekebalan)

9. Mempercepatkan pemulihan kondisi badan


Dengan berusaha keras untuk meraih bahagian tubuh seperti perut dan bahagian dalam paha dalam beberapa sesi hubungan seks dalam seminggu,dapat membantu memacu badan korang kembali ke kondisi fit.

10. Hidup lebih lama

Mengikut kajian University of Bristol,lelaki dan wanita yang melakukan seks 3 kali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko mereka terkena serangan jantung atau stroke.


copy from blog macam macam Ada (http://ygmenarik.blogspot.com/2010/04/10-manfaat-melakukan-seks.html) - Thanks bro...

08 May 2010

Anakku dengan Facebook

Hemm .. mula-mula tak pasti apa yang dia buat .. tapi lama lama tak puas hati, so curi 2 tengok.. rupa-rupanyer dia pegi bukak Facebook... walahoi... umur baru 4 tahun.. tapi dah pandai nak bukak FB... sia baik dia x leh buat akaun lagi kalau tak sure ramai kenalan dia nie...


Siap gelak-gelak lagi masa dia start nak bukak FB nie...
Alah tak per galakkan dia kenal ilmu IT nie.. aku pon dulu kenal komputer dah umur 18 tahun.. lepas tu kerja technician komputer so makin kenal lah ilmu komuter nie... well ok lah bertemu dalam blog yang lain pulak...