cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

06 May 2010

Anak Muda Sayangkan Melayu PUISI USMAN AWANG

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tana...h Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Cinta, Sayang Dan Kasih

Cinta, Sayang dan kasih adalah seseuatu yang berbeza tapi memerlukan antara satu sama dengan yang lain,

Untuk mencintai seseorang kita perlu menyangi & mengasihi sesorang itu,

Untuk menyangi pula kita perlu kasihkan dia.... akan tetapi untuk kasihkan (kasihan) tidak perlu ada rasa cinta & sayang cuku sekadar punyai hati ... pasti akan timbul perasaan kasih & kasihan...

Renung renungkanlah, adakah anda cinta, sayang atau pon kasihkan seseorang itu... sebab semuanyer berbeza antara satu sama dengan yang lain... walaupon semuanyer diperlukan sbb soal mulut boleh bohong soal rasa.. hati sajer yang tahu....

05 May 2010

Pagi Hari

Pagi Hari... awal awal pagi memang kena bergegas gerak, sebab nak hantar anak no 2 tu dah sekolah tadika.. (PASTI - Al Badar) tapi pagi2 dia pegi rumah baby sitter, nanti naik van pegi sek.. anak no 1 pergi sekolah dekat Paroi Jaya sana... tapi hari nie ada aktiviti yang memerlukan parent hadir... dah kerja mcm nie, memang susah nak cuti.. x per lah so hantar dia dekat rumah transit lah.. apa boleh buat.. sian dia tapi yerlah kena korban lah kan... x per nanti ayah bawak pegi mandi kolam renang mcm selalu lah kan... well memang rushing.. tapi yang buat sakit hati pagi2 nie ialah driver yang terlalu berhati2.. bawak kereta dekat line sebelah kanan tapi speed dia just 40km jer mcm ner tu .. bila hon pon x der apa apa respon.. maybe seal kereta dia tu tight kot.. sampai hon pon x dengar x pon dia tengah layan.. music kat dalam kereta dia.. dan lagi satu yang buat aku jadi membara ialah.. driver yang x tahu pakai lampu signal... suka suka hati dia masuk lorong.. kita puas tunggu dia lalu.. rupanyer dia nak masuk simpang.. or dia laju.. tiba2 brek & masuk simpang.. kalau terlangar kan dah panjang cerita dia.. apa lah diorang ie... maybe x mampu beli mentol signal tu atau kereta tu pinjam punya so mana suis signal pon dia tak tahu kot... entah lah kan...

well apa apa pon take care semasa memandu.. buat perancangan awal agar tidak lewat sampai ke pejabat atau sebabkan orang lain lewat sampai ke pejabat....

04 May 2010

Malam yang hening

Malam yang hening.. aku tengah tunggu kol 10pm sbb nak tengok chanel 811 .. nak tengok wrestling, sesetengah org ckp mengarut jer... tapi bagi aku itu hiburan.. ada gak skill 2 yang boleh kita perhatikan & pelajari.. mana tahu tetiba jer ada org nak serang kita leh lah jugak smackdown diorang kan..

well bila bercerita pasal pertahanan diri teringat aku semasa sekolah dulu aku nie belajar silat lah... & wife ckp dia minat kat aku sbb aku belajar silat.. he he he.. Alhamdulilah langkah2 dia masih lagi aku ingat hingga kini... ok lah aku nak pegi tengok wrestling dulu .. karang dah abis or esok aku sambung balik coretan ini....

tapi malam nie mmg sunyi.. lepas hujan kot ptg td... hemmm ... salam sejahtera semua...