cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

02 August 2010

Nak Harga Minyak di turunkan ? mungkin RM0.50 Seliter !

Asalamualaikum semua ! Ini adalah automatic entry !

Nak Harga Minyak di turunkan ? mungkin RM0.50 Seliter ? mungkin boleh.. dan masa tu harga barang sure berubah ...

tak pasti lah jatuh atau makin naik !




Terima Kasih Pakcik Google !

Tetapi antara perkara yang perlu kerajaan lakukan !

1)  Tiada Pendidikan Percuma ! - Bayar yuran sekolah tiap tiap bulan,Yuran perperiksaan kena bayar & beli buku teks sendiri,
2)  Tiada Perubatan Percuma ! Jumpa doktor kerajaan kena bayar ikut pasaran - Ubat pon kena bayar ikut harga pasaran,
3)  Fasiliti kerajaan pembaikan 4 tahun sekali (BERJIMAT CERMAT)
4)  Pegawai kerajaan - Tiada lagi COLA, Tiada lagi Elaun Perumahan, Dan Pelbagai lagi elaun - hanya gaji "BASIC","BONUS" jangan mimpi !
5)  Tiada lagi duit saguhati - Naik sekolah atau sambutan Hari Raya.
6)  Kakitangan Swasta Gaji RM 1500.00 kena cukai, Pegawai kerajaan pon sama !
7)  Cukai perniagaan di tingkatkan,kepada 30% (bos-bos sure tak suka nie)
8)  Tiada lagi insentif perniagaan bagi yang baru dan juga yang lama!
9)  Pegawai dagang asing - pendapatan mesti sama dengan pekejra tempatan (sure pelabur asing lari nie..)
10) Tiada lagi PTPTN (sbb ramai yang tak bayar) Tiada lagi Biasiswa. JPA dsb.
11) Gaji kakitangan awam di turunkan dan di bayar 2 kali sebulan. serta di nilai mengikut prestasi.
12) Sesiapa yang pakai kereta Import perlu bayar "cukai jalan" 2 kali ganda daripada kereta tempatan.
13) Nak beli minyak & barang makanan perlu gunakan MY KAD.. masa inilah gunanya MY KAD.
14) Sesiapa yang di tahan di penjara dan pusat tahanan - Keluarga / waris perlu bayar "yuran" untuk tampung kos pengurusan & makanan

15) Sesiapa yang beli barang import akan di kenakan cukai dengan lebih tinggi..berbanding beli barang keluaran tempatan.


Jadi dengan langkah langkah ini pasti kerjaaan dapat memberikan subsidi kepada pengeluar Minyak atau barang makanan, jadi rakyat pastinya dapat merasai penurunan harga barang makanan ini secara drastik, Tetapi pada satu sudut pula ekonomi negara pastinya FDi negara akan jatuh merudum, di sebabkan penarikkan modal oleh pelabur asing yang melabur di negara ini di sebabkan mereka hilang minat untuk melabur di negara ini... mungkin mereka akan beralih ke negara-negara jiran.. maka selepas ini mungkin hilang gelaran "Mat atau minah Indon" tetapi di gantikan pula dengan "Mat dan Minah Malaysia" ! adakah anda sanggup ?

Jadi bersyukurlah dengan apa yang kerajaan lakukan, kerana mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan demi menjaga kepentingan rakyat.. cuma kalau ada yang tak betul, tegurlah dengan cara yang berhemah, sebab dalam Islam pon ada nyatakan dan panduan bagaimana nak menegur pemimpin andainya mereka tersalah membuat pilihan.

Jadi bagaimana ? anda sendiri yang perlu buat pilihan ! jangan gadaikan hari ini dan juga masa depan negara dengan agenda yang tak tentu hala... rasalah "berdosa" kepada anak cucu kita nanti andainya akibat dari tindakkan kita nanti mereka "merana".......


Fikir lah ya, fikir dengan otak bukan dengan kepala lutut ! jadi sanggup kah anda ??



Layanzzz ajer !

7 comments:

  1. wahh encik karim...ingatkan betul2 minyak nk turun harga...huhu..kalau turun kan best...tp,,kalau fikirkan balik senarai yg perlu d lakukan tu...hurmmm...aduiii..peanut rasa xpe kot bayar mahal ckit..huhu

    ReplyDelete
  2. biar lah apa2 tindakan kerajaan terhadap rakyatnya memgambil pendekatan menang2..

    ReplyDelete
  3. jgn turun sb nk raih undi je dah la ^__^

    ReplyDelete
  4. bukan sbb list atas tu..perbelanjaan pak menteri dan sedara mara depa tu yg kena cut cost. sistem perbelanjaan dlm kerajaan yg kena telus.

    ReplyDelete
  5. setiap benda ada pro dan kontranya.. tapi kalau kita yang asyik mengalah.. sakit hati juga..

    ReplyDelete
  6. hmm...mmg suffer la kan kalo nak kene bt smua list di atas tu..

    skang ni folow je la pe yg dh kerajaan bt tu...malas nak bising2..slagi reasonable ok je..

    sokong jugak ape kata cik blabberina n cikgu isza...

    ReplyDelete