cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

17 December 2010

Kemalangan Ngeri - Sekadar renungan buat semua !

Asalamualaikum semua.. salam sejahtera...

Maaflah jaran bw skrg nie apatrah lagi nak update cerita-cerita atau informasi buat kawan kawan semua... sebenarnya masa tengah berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog.. (maaflah bukan semua dapat di lawat - Insallah lainkali akan di lawat pula yer..) terjumpa satu clip video pasal solat.. menarik sungguh.. jadi saya pon try search kat youtube tu.. so inilah yang saya jumpa... tersentuh hati bila tonton video tuh... jadi di sini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan serta readers yang sudi singgah kat blog ini.....




Jadi apa pendapat dan komen anda mengenai video ini ?

rasanya cukup samapai kat sini kot... moga bertemu dia lain entry....

Apa apa pon Layanzzz ajer

11 December 2010

Kisah Kelapa Tua.

Asalamualaikum Semua... lama sangat saya tak update entry baru di ruangan blog ini.. terlalu sibuk ... cuma terbaca sedikit artikel ini dan saya anggap ianya menarik jadi sekadar berkongsi dengan semua... mengenai kisah kehidupan kita ini ibarat

             "KISAH KELAPA TUA"





Kelapa tua.... Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macamtu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalahisinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanaslah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan Yang Maha ESA. 


Jadi apa pendapat anda ianya ada kaitan dengan kehidupan kita ? tolong beri komen anda....
Moga bertemu lagi di update yang lain...

Jadi apa apa pon macam biasa.... Layanzzz ajer !

24 November 2010

Rahsia pemakanan genius-genius Islam ..

Asalamaualaikum Semua !. Lama tak menulis dalam blog ini... teramat sibuk dengan kerja & tugasan seharian... kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua.. moga moga kita mendapat kebaikan daripadanya... amin...


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU (Bukan bermadu yer....)
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS (bukan Kiss me...)
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU DAN OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING KAMBING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

Jadi .. elok kita amalkan benda ini.. moga moga kita mendapat kebaikan daripadanya... apa apa pon...
Layanzzz ajer

25 October 2010

Kepentingan Pemadam API.

Asalamualaikum semua, Salam Satu Malaysia…

Bertemu lagi di alam blog… semoga yang sering singgah sini dapat serba sedikit ilmu dan pengetahuan daripada entry entry yang lepas, Bukanlah saya ini sesiapa, Hanya sekabar berkongsi ilmu, yang tak seberapa, mudah mudahan ianya di berkati ALLAH, insallah…

API!  - KECIL MENJADI KAWAN –BESAR MENJADI LAWAN

Pepatah ini seing kita dengar dan kerap kali kita dengar dan rasanya kita sudah arif mengenai apa maksud pepatah ini bukan?

ADAKH KITA TELAH BERSEDIA DENGAN API INI?

            Kalau kita perhatikan setiap isi rumah mempunyai risiko kebakaran, begitu juga dengan kejadian kemalangan jalanraya dan seterusnya mengakibatkan kebakaran, jadi kita perlu bersedia, kerana punca kebakaran adalah api, betul kata pepatah kecil- kecil menjadi kawan – kerana sememangnya kita memerlukan api dalam kehidupan, seperti memasak dan sebagainya… tetapi bila api tersebut telah menjadi besar.. Ianya pasti akan menyebabkan kemusanahan harta benda serta mengorbankan nyawa… oleh itu kita semua perlu bersedia dengan sesuatu langkah untuk mencegah api tersebut dari menjadi pemusnah harta benda dan yang lagi dahsyat lagi kehilangan nyawa, salah satu daripada langkah pencegahan tersebut ialah dengan menyediakan pemadam api di rumah dan juga di dalam kereta, kerana fungsinya yang dapat mencegah api daripada menjadi “BESAR”
Selain daripada itu kita juga boleh menyediakan “Selimut Pemadam Api” tepati cara ini memerlukan seseorang yang sabar dan tidak mudah panik serta telah mendapat latihan serta tunjuk ajar cara cara menggunakan alatan tersebut. 



BAGAIMANA API TERJADI?

Api terhasil apabila tiga bahan bergabung iaitu:

1)      Bahan Api – Kertas, Minyak, Kayu, Kain dan sebagainya
2)      Udara – yang membekalkan oksigen.
3)      Haba & Suhu – Suhu yang tinggi akan menyebakkan terhasilnya api.



PUNCA TERJADINYA KEBAKARAN.

Pada kebiasaanya kebakaran akan terjadi hasil daripada percikan bunga api, ubat nyamuk, lilin, kebocoran gas memasak, litar pintas akibat daripada lebihan bekalan kuasa atau penyambungan yang tidak baik, kerosakkan bahan penebat serta pelbagai lagi punca yang boleh menjadi punca kebakaran.


FAKTOR TERJADINYA KEBAKARAN

Faktor terjadinya kebakaran adalah berpunca daripada 3 faktor,
1)      Faktor semulajadi seperti cuaca panas
2)      Faktor Kemalangan yang di sebabkan oleh kecuaian manusia.
3)      Faktor Khianat, seperti senghaja di bakar.


BAGAIMANA LANGKAH MEMADAMKAN KEBAKARAN YANG DI SEBABKAN OLEH API

Langkah memadamkan api ini ada berberapa langkah, (macam nak ambil krusus bomba pulak kan…)  

1)      Melaparkan API, dengan mengalihkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain, atau mengalih api serta bahan api yang sedang terbakar ke tempat lain juga dengan menghancurkan bahan api yang sedang terbakar supaya api dapat di padamkan dengan mudah.

2)      Melemaskan API, dengan menghalang kemasukkan udara yang membantu pembakaran dengan menutup permukaan bahan api supaya tidak terus terbakar.


3)      Menyejukkan API, sememangnya sifat fizik API adalah panas dan juga sifat fizik Air pula sejuk, jadi sifat yang berlawanan ini dapat menurunkan suhu dan haba ketahap yang lebih rendah, jadi bila suhu dapat di turunkan maka nyalaan juga akan terpadam.

4)      Memutuskan Rantaian Tindakbalas, dengan mengunakan agen pemutus tindakbalas yang sesuai keatas sesuatu tindakbalas yang menyebabkan kebakaran seperti gas karbon dioksida, dan sebagainya.

Jadi sejauhmanakah anda telah bersedia untuk menghadapi API ini?
Adakah anda sudah mempunyai alat pemadam api yang sesuai?
Adakah anda tahu menggunakannya?
Lainlah kalau anda seorang angota Bomba dan Penyelamat saudah pasti ini semua di hujung jari anda sahaja bukan…

JADI APA KEPENTINGAN PEMADAM API INI?

  
Pemadam api ini penting sekiranya dapat di simpan di rumah atau di dalam kenderaan, kerana kalau kita perhatikan di banggunan- banggunan atau kenderaan awam sememangnya terdapat peralatan untuk melawan dan memadamkan api, ini sebagai langkah berjaga jaga dan pencegahan awal untuk melawan api… dengan cara melemaskan api tersebut, biasanya pemadam api ialah dari jenis serbuk, dan ia akan menutupi bahan api dari terus membakar.
Biasanya apa yang kita perhatikan bila terjadinya kebakaran, kita akan panggil bomba melalui talian kecemasan 999, oleh kerana jarak sesuatu bali bomba dan juga kesesakan jalanraya atau keadaan jalan yang sukar di lalui oleh bomba... Maka biasanya apabila jentera bomba sampai kebakaran telah menjadi besar atau kebakaran tersebut telahpun terpadam dengan sendirinya, pada masa itu pastinya telah mengakibatkan kemusnahan harta benda atau telah menyebakan kehilangan nyawa bukan.

Sekiranya di letakkan di dalam kenderaan pula ianya dapat di jadikan alat bantuan segera dengan memadamkan api yang tejadi akibat daripada perlangaran tersebut, kerana saudah pasti setiap pelangaran akan mengakibatkan suhu yang tinggi serta percikan bahan api, jadi kebarangkalaian terjadinya kebakaran adalah tinggi, oleh itu sekiranya ada pemadam api ini sudah pasti ianya dapat di gunakan untuk mencegah api dari marak.

Satu lagi kegunaan pemadam api ini juga dapat mencegah dari tindakkan orang yang tidak bertanggungjawab serta orang yang berniat jahat, tidak kira sama ada di rumah mahu pun di jalanraya, kerana binaan tabung pemadam api ini amat keras ianya mampu di jadikan senjata perlindungan diri  dan juga hasil daripada semburan tersebut boleh menyebabkan sesak nafas dan mengaburkan penglihatan oleh yang demikian ianya dapat menghalang mereka daripada meneruskan niat jahat mereka tersebut… bahaya jugak kan…. Bernas tak idea ini… he he he tapi jangan di salahgunakan pula yer…

Jadi saranan saya seboleh bolehnya dapatkanlah alat pemadam api di letakkan di rumah atau di mana sahaja yang mudah untuk di gunakkan terutamnya di masa masa kecemasan kerana mungkin bukan kita yang memerlukanya pasti akan ada orang lain yang memerlukannya,

Sekiranya anda benar-benar ingin memiliki alat pemadam api ini tetapi tidak tahu bagaimana caranya sila beritahu saya Insallah saya akan usahakan tetapi dengan sedikit modal yang perlu anda keluarkan, kerana apalah harga sebuah pemadam api berbanding dengan nilai harta benda atau nak di bandingkan dengan nilai satu Nyawa… ianya terlalu kecil, anda boleh majukan email kepada saya di akmjrr001@gmail.com  Insallah saya akan bagitahu bagaimana untuk mendapatkannya…. “BUT SAY NO TO SPAM”


Ok lah .. apa komen anda ? dan apa lagi macam biasa Layanzzz ajer !