cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

07 September 2010

Peminat "JEANS" - Sila ambil Tahu ! - Part 2


Asalamualaikum semua.....

Salam Penghujung Ramadhan, Dan Selamat Hari Raya..

Mungkin entry ini entry terakhir bulan Ramadhan 1413 kot.. entah lah mungkin.. tapi kalau ada something HOTZZZ.. sebelum raya dan saya berkesempatan nak update blog ini... Insallah saya updatekan untuk korang semua yer.... tapi ada ker yang nak baca blog time raya nie ? mesti trafic merudum kan... hemm tak apa lah janji korang semua berada di dalam keadaan selamat pada setiap saat dan ketika... Kata orang "malang tak berbau" tapi kita boleh berusaha mengelakkanya kan… apa apa gunakanlah akal fikiran.

Ok.. entry ini adalah sambungan entry yang tergantung yang lepas... mengapa kita perlu membeli dan yang penting ialah memakai jeans yang original dan berkualiti sahaja... sebabnya.. ianya berkaitan dengan nyawa dan kesihatan kita... ha.. gerun tak kalau ianya melibatkan nyawa & kesihatan tu ? .. hu hu hu.. bagi saya of coz saya gerun... untuk apa lah kita ada wang yang banyak, kalau kesihatan dan nyawa kita terancam kan....

 Levis - made in Thailand !

Ok macam nie.. Jika kita perhatikan .. atau pernah masuk kedai atau butik jeans berjenama seperti LEVIS, GUESS dan sebagainya pasti kita terkejut dengan harga sehelai seluarnya kan.. kalau nak di bandingkan dengan jenama yang sama tetapi di jual di kedai kedai biasa... saya jarang masuk butik jeans nie.. sebab tak mampu beb... tetapi apa yang anda perhatikan pada seluar ini ? hanya tanda harga ? atau anda perhatikan binaan dalaman dan juga kekemasan jahitan ? alah semua jeans mempunyai jahitan yang hampir sama….  Tapi berapa ramai daipada anda yang perhatikan kualiti fabirk (kain) yang berada di dalam seluar jeans tersebut? (Sebelah dalam terutamanya di bahagian pinggang hingga ke bawah paras punggung)  pernah atau tak pernah ? mungkin ada tapi jarang jarang kan…. dan perhatikan juga kualiti fabrik bagi seluar jeans yang terdapat di kedai kedai biasa terutamanya di expo jualan murah…. Bukan niat saya untuk mengkondem atau menghina pakaian yang di jual di tempat tempat sebegitu tetapi anda tahu di manakah seluar sebegitu di buat?  dan lagi persoalanya…

Penting sangat ke kualiti fabik tu ?

Jawapanya ye ia sangat penting… kerana jika kita perhatikan fabrik sebelah dalam jeans yang original.. terdapat satu lapisan fabric yang halus dan lembut… berbanding dengan jeans yang immitation nie…

Untuk apa fabik tersebut ?

Tujuannya ialah lapisan lembut tersebut adalah penting untuk menjamin keselesaan dan juga mengelakkan daripada kulit kita daripada melecet (kulit bahagian pinggang hingga ke paras kaki agak sensitif)  jadi dengan adanya lapisan tersebut dapat mengelakkkan kulit bahagian tersebut melecet.

Bagiamana pemakain jeans yang tidak sesuai mengancam kesihatan dan nyawa anda ?

Ok… kat sini lah yang pentingnya untuk korang semua tahu bagaimana pemakain jeans yang tidak sesuai bermutu rendah dan tidak berkualiti biasnya dari jenama innitation nie….. Sememangnya kejadian ALLAH penuh rahsia… pernah kah anda terfikir mengapa tumbuhnya bulu roma di permukaan kulit kita... tujuannya ialah untuk menghalang dan mengurangkan kesan geseran dan juga sedikit sebanyak dan untuk mengawal suhu badan kita… tetapi dengan penggunaan atau memakai sebarang jenis seluar yang mempunyai fabrik yang keras dan kasar terutamanya seluar jeans akan menyebabkan bulu roma ini tercabut atau putus, di sinilah kepentingannya fabrik yang lembut tersebut, kerana saya di beritahu oleh seorang doktor syarikat, penggunaan seluar juga berkait rapat dengan kesihatan seseorang.

Korang pernah kena & rasa bila bisul tumbuh kat tubuh badan korang ? mesti rasa tak selesa kan bila kena bisul nie.. sakit dan jugak otot yang sakit nak nak kena dekat pergerakan otot.. macam sikut.. dagu, leher… pinggang.. yang tak tahan sekali kalau kena kat punggung… nak menangis rasanya kan….

 Huyoo sakitnya !
 
Kenapa dan apa sebab kena bisul ni terjadi ?

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati

 opssss !

 Jadi dengan memakai seluar jeans yang immitation dan tidak berkualiti ini akan menyebakan bulu roma akan mudah putus… jadi ? anda tentu anda sudah pasti apa yang akan terjadi bukan ? anda sanggup nak sakit ?  Lagi satu jikalau kita selalu menghidapi bisul maknanya anda ada masalah dengan buah pinggang… ini melalui pengalaman sahabat saya yang telah lama Meninggal dunia sebab penyakit buah pinggang yang mana dulu beliau selalu mengalami bisul …. Jadi …  anda sendiri ada jawapanya….

Bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnakan fabirk seluar jeans imitation ini pon amat merbahaya kepada kesihatan terutamanya fabrik atau pakaian tersebut adalah barangan “MADE IN CHINA” – kes ini telah banyak terjadi tak percaya type ajer “MADE IN CHINA CRISIS” pasti berlambak maklumat mengenainya….

Satu lagi pemilihan seluar yang kurang sesuai e.g terlalu ketat akan boleh menyebakan mandul… wah ! bahaya nie….so you guy's jaga jaga...

apa apa terpulanglah pada korang dan korang tentukan… bagi saya dah dekat 9 tahun dah saya tak pakai seluar jeans ini sebab pertama kurang selesa dan yang kedua susah nak cuci.. senang pakai slack sebab senang nak cuci dan cepat kering…. Macam mana pulak dengan korang ? apa apa pon macam mana dengan persiapan raya ? dah seatle ? beli seluar Jeans dekat mana ?

Dan semoga bertemu selepas Ramadhan ini….. saya ucap….Layanzzz ajer…..

06 September 2010

Peminat "JEANS" - Sila ambil Tahu !

Asalamualaikum Semua.... Selamat Hari Raya, Salam lebaran

Sedikit catatan yang penting buat semua rakan 2 mungkin ada sesetengah daripada anda suka sangat membuat persediaan untuk hari raya di saat saat akhir.... walaupun hari raya hanya tinggal berberapa hari sahaja lagi... namun begitu biasalah dah jadi amalan orang Malaysia nie yang suka buat di saat akhir, sampaikan ada sesetengah pihak yang kata rakyat Malaysia nie "Last Minute Person" - bos saya yang gelarkan ini... marah diorang... tapi tidak bagi saya persediaan sudah di rancang dan di selesaikan awal2.. almaklumlah dah ada pengalaman kehilangan anak semasa bershoping .. jadi pilih awal-awal supaya "pisang tidak berbuah dua kali" susah weiii.. kalau anak hilang... sapa nak jawab...

Ok sambung balik yer.... just nak bagitahu korang kalau budject besar dan yang berminat hanya pakai seluar "jeans" sila dapatkan yang original sahaja... kalau setakat yang jual murah lebih baik dapatkan seluat slack ! kalau mampu tempah jeans ok jugak... tapi ada ker orang nak terima tempahan dekat - dekat nak raya nie kang menagis kang tukang jahit tu.. orang pack nak balik kampungg dia kena pack nak bukak kedai pulak...

Nak tahu kenapa ? saya kata sila dapatkan yang original sahaja ?

Nantikan entry yang berikutnya.. sebab saya ada kerja yang perlu di siapakan.. he he he.. sajer ajer bagi suspen.. tapi ini benar .. ianya berkait rapat dengan kesihatan kita jugak... yerlah tak kan nak pertaruhkan kesihatan dan nyawa kita pulak kan..... tunggu yer !

p/s: Berhati-hati memandu, biar orang laju jangan kita ikut sama... tapi jangan terlalu perlahan pulak ... nanti buat orang lain pulak panazzzz...... memandu dengan berhemah - patuhi undang-undang .. Selamat ber hari Raya... bersama keluarga bukan di tepi jalan raya ....

Apa apa pon... tunggu.. di entry seterusnya....  Layanzzz ajer...

02 September 2010

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Dan Batin

Asalamualaikum semua !

Hari Raya just around that conner (wah speking london plk) he he he...

Hari raya hanya tinggal berberapa hari sahaja lagi... maka tinggallah kita ... Ramadhan pergi meninggalkan kita .. berdoalah agar di berikan usia yang panjang agar di pertemukan lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan bukan di pertemukan dengan Rahmah atau Hamdan yer

Jadi di kesempatan ini saya dengan ini ingin memohon kemaafan andainya sepanjang saya aktif berblog dan juga bersiar- siar dan melawat blog korang semua ada terkeluar sebarang komen ataupon entry kata kata yang meninggung perasaan korang semua saya dengan rasa rendah hati dengan ini memohon kemaafan dari korang semua, semua yang baik itu datang daripada ALLAH SWT dan manakala yang buruk itu datangnyar dari kesilapan diri saya sendiri....

Oleh itu Untuk korang semua sudi sudilah terima kad ucapan Selamat Hari Raya yang saya ubahsuai sedikit buat penganti diri.... nak beli dan pos bagi satu sorang tak mampu wei.....




Di sini juga saya mengambil kesempatan ini ingin menasihatkan diri saya dan juga para semua sahabat blogers dan juga readers berhati- hati di jalan raya.. jangan main mercun... dan juga mana duit raya utamakan keselamatan .. dah bayar zakat fitrah ke belum ? semoga raya tahun ini menjadi raya yang paling gembira buat anda semua... amin... mana duit raya ?


Okalah saya rasa cukulah buat kali ini... moga berjumpa di lain kali... lepas raya.... cuti tak lama...
kesian kan 16 hb kena kerja..... huk huk huk....

01 September 2010

Selamat Hari Merdeka ! MerdekaKah Anda ?

Asalamualaikum semua...

Mungk ini entry yang terpendek dan ringkas buat kali ini....

Tanggal 31 Ogos 2010 kita telah menyambut ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke 53 Tahun...

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Mari kita sama sama renungkan... Bersempena merdeka yang ke 53 ini, merdekakah anda dari penjajahan minda dan pelbagai lagi penjajahan yang menjadikan kita seperti masih di jajah ? berpaksikan penjajahan minda dengan segala perasangka buruk dan juga pelbagai masalah sosial yang tengah hangat melanda negera kita yang kita cintai ini.... adakah ini yang di katakan "MERDEKA" atau "BEBAS" .... jawapannya hanya ada dalam hati anda sendiri.. sebab anda boleh tipu seluruh dunia tapi bukan hati anda sendiri....

Tanbah lagi Merdekakah minda "Namewee" ?

Fikir fikirkan lah ya........ dan apa kata anda ?

Contoh pakaian yang masih di jajah mindanya !

Layanzzz ajer