cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

25 February 2011

Siapa Diri anda ?

Asalamualaikum Semua !

Just nak kongsi benda baik nie.

Memetik kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz....

1) Rajin Bercakap, Rajin berkerja   - Bagus sekali,


2) Rajin Berkerja, Malas bercakap -  Kena Buli,


3) Malas berkerja, Rajin bercakap  - Wayang Cina (ops! tak der maksud apa apa yer)


4) Malas Berkerja, Malas Bercakap - Tak Berguna,


5) Malas Bercakap, Suka Mengadu - Nyanyuk,


6) Malas Berkerja, Selalu Ponteng   - Baik Berhenti,


7) Malas berkerja, Suka menyibuk  - Baik Mati !



TQ yahoo.com

Jadi siapakah anda ? rasanya blogers tak macam nie kan.. saya tahu ramai yang rajin, dan berkata kata - walaupon hanya tulisan yang berkata kata....

Jadi tak dinafikan kata kata seorang profesor ulong ini - merupakan seorang pemikir yang hebat di Malaysia, siapa yang tak kenal dengan beliau ?


Jadi jangan jadi tak guna dalam hidup ini !


Apa komen anda ?

macam biasa ... Layanzzz ajer !

18 February 2011

aku hanya sebutir beras di dalam beras yang seguni !

Asalamualaikum semua !

Aku hanyalah sebutir beras di kalangan beras yang seguni ! andainyer tercicir tak akan berikan sedikit pon impak dan kesan pada timbangan.. malahan akan di sapu terus dan di buang sahaja.... begitulah rutin kehidupan ini !


Apa apa pon layanzzz ajer !

15 February 2011

Selamat Menyambut & Meraikan Maulidur Rasul !

Asalamualaikum semua ! Salam Maulidur Rasul SAW.

Asalamualaikum buat Junjungan besar Nabi Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muthalib serta ibunya Aminah Binti Wahb Binti Abdul Manaf, juga buat Ibu susuan baginda Halimatus Sa'adiah
Nabi Muhammad SAW telah diputerakan di Makkah, pada waktu Subuh  hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M) atau lebih di kenali sebagai Tahun Gajah !

Mari kita perdengarkan Selawat Nabi dari kumpulan nasyid terkenal ini... insallah kita di berkati....






Jadi yang bercuti selamat bercuti.. saya terpaksa bertugas hari ini.. jadi... apa apa pon Layanzzz ajer !

14 February 2011

Mintak pendapat - kalau nak bagi pendapatan pon boleh !

Asalamualaikum semua ! Salam sejahtera semua...

Saya Yang bermana Abd Karim Bin Mat Jidi (tu sbb pakai Abd Karim MJ - tu nama ayah den!) dengan ini nak tanya dan nak mintak pendapat - kalau nak bagi pendapatan pon boleh jugak (ayat skema abis...) kawan kawan dan semua visitor kat blog saya yang tak seberapa ini ....

Betul ker kata orang (orang kata bukan saya yang kata...)

Kalau Kita dapat sesuatu yang baru kita akan kehilangan sesuatu yang lama ?  Sejauhmana kebenaranya yer ?
(buat karangan dalam bahasa pasar tidak kurang dari 150 patah perkataan  dan masa yang di peruntukkan ialah 10 minit- mcm sekolah lah pulak ! ** tak perlulah buat karangan just tinggalkan komen ajer ! cukup !)


 bukan ini yang hilang ! (thanks yahoo.com)

jadi mintak sangat tolong kat kawan-kawan semua seiklhas hati dapat beri komen yer... 
Apa apa pon... Layanzzz ajer ....


08 February 2011

Amalan Terbalik - Mari kita sama sama betul kan...

 Asalamualaikum Buat semua kawan2 serta readers sekalian.. Salam sejahtera buat yang berkenaan... bertemu kembali di ruangan blog ini ! agar dapat berkongsi seba sedikit dengan rakan rakan sekalian....


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-





1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah  telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia  menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau  menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri  kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik
.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 


 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.  Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan  tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan maklumat atau link dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan maklumat tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward maklumat dan peringatan sebegini kepada kawan2 kita??..... 


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)



Jadi apa komen anda ? tolong komen yer.... Apa apa pon Layanzzz ajer !